Anda di halaman 1dari 4

Retorik adalah satu seni berbahasa yang amat hebat.

Seorang yang bijaksana, tidak hanya cukup dengan ilmu yang ada di dada, malah perlu mem punyai kesenian dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan dan melekat pada nekad dan tekad para pendengar.Iitulah kunci dalam membawa sebuah perubahan. Dalam penggunaaan seni retorik sebenarnya, tidak kiralah sesuatu perkara itu benar ataupun salah, selagi si pemidato mempunyai seni yang hebat, mampu memujuk, mampu mempengaruhi audiens maka itu sudah cukup baik. Perkembangan ilmu retorik di alam Melayu amat perlahan dan mendukacitakan, kata siswazah peringkat falsafah Abu Hassan Abdul menerusi kajiannya berkaitan strategi retorik yang diluluskan oleh Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Walaupun ilmu retorik sudah ribuan tahun berkembang di Barat dan Timur Tengah, tetapi perkembangan ilmu ini di alam Melayu khususnya di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia amat perlahan dan mendukacitakan, tulisan beliau dipetik. Abu Hassan berkata demikian menerusi kajian tesis disertasi bertajuk Strategi Retorik Dalam Autobiografi Melayu: Perbandingan Karya Hamka Dengan Shahnon Ahmad. Seorang sarjana German, Arndt Graf dalam Bibliografi Retorik Melayu menjelaskan bahawa fenomena ini adalah kesan penjajahan Eropah. Menurut Graf, pengaruh bangsa-bangsa asing itu tidak hanya terasa sampai sekarang dalam bidang politik dan ekonomi, tetapi juga dalam bidang yang paling inti sebuah budaya iaitu dalam konsep-konsep tentang warisan bahasa, sastera dan budaya. Dengan kata lain, dunia Melayu yang menjadi korban penjajahan Eropah hampir-hampir melupakan disiplin retorik sebagai khazanah penting dalam persuratan Melayu sehingga istilah retorik itu sendiri hanya dikenali dan digunakan secara meluas selepas era 90-an khususnya dalam media berbahasa Melayu, katanya.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1326 ) retorik membawa maksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan.

Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca. JENIS-JENIS RETORIK i. Pemerian Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. ii. Pemujukan Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. iii. Penerangan Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. iv. Penceritaan Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. v. Pendedahan Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.

vi. Penghujahan Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.

MAKNA DALAM RETORIK Pemerian Contoh: Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun ialah RM25.00. Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas. Pemujukan Contoh: Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami. Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa. Penerangan Contoh: Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA4444. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya, kami menghargai kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih. Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan.