Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SEKSYEN 7, SHAH ALAM


SELANGOR DARUL EHSAN

DINAMIK PENDUDUK

“FAKTOR-FAKTOR
YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN DI
KAWASAN SEKSYEN 7
SHAH ALAM”

NAMA : MUHAMMAD AQIL HAFIZ BIN JAMALUDDIN


NO. K/P : 940909-10-5569
TINGKATAN : 2 EFEKTIF
TAHUN : 2008
NAMA GURU : PUAN NIK NOOR SAMIHAH BT.NIK MAHMOOD
TARIKH HANTAR :
MARKAH :

……………………. ………………………..
T/TANGAN T/TANGAN
PELAJAR : GURU :

1
SENARAI KANDUNGAN :

Lampiran
• PENDAHULUAN 3

• PENGHARGAAN 4

• OBJEKTIF KAJIAN 5

• KAWASAN KAJIAN 6

• KAEDAH KAJIAN 7

• HASIL KAJIAN 8

• KOMPOSISI PENDUDUK 11

• RUMUSAN KAJIAN 12

• RUJUKAN KAJIAN 13

• PETA KAWASAN KAJIAN 14

2
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Geografi, semua


murid Tingkatan 2 di wajibkan untuk melakukan kerja kursus
Geografi ini dan kajian ini adalah berdasarkan tema-tema yang
telah dipelajari di Tingkatan 2.

Oleh itu saya, Muhammad Aqil Hafiz Bin Jamaluddin dari kelas
2 Efektif tahun 2008 telah memilih tajuk “Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Petempatan Penduduk di Kawasan Seksyen 7,
Shah Alam”.

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Shah Alam dan berjaya


disiapkan dalam masa enam (6) minggu. Selain itu, saya juga
telah berjaya mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi
oleh penduduk setempat di Seksyen 7, Shah Alam ini.

Hasil daripada kajian saya ini diharapkan dapat membantu


menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk setempat di
masa akan datang.

3
PENGHARGAAN

Saya, Muhammad Aqil Hafiz Bin Jamaluddin ingin mengambil


kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa saya, En
Jamaluddin dan Puan Rafizah yang banyak membantu serta
memberi sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga, saya rakamkan ribuan terima kasih kepada


Pn Hajjah Alawiyah, Pengetua Sekolah SMKS 7, Pn Nik Noor
Samihah Guru Geografi saya yang banyak membantu serta sudi
meluangkan masa memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang
berguna serta semua rakan-rakan yang banyak membantu saya
sepanjang kajian ini di jalankan.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama baik
secara langsung atau tidak lansung dan ingin memohon maaf jika
ada kesilapan dipihak saya semasa menyiapkan tugasan ini.

Sekian Terima Kasih.

4
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum :

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi kehendak dan keperluan


sukatan pelajaran Geografi Tingkatan 2 sebagaimana yang
dikehendaki dan diarahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Objektif Khusus :

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor dan hubung


kait diantara bentuk muka bumi dan kegiatan manusia di kawasan
Seksyen 7 Shah Alam, seperti :

1. Bentuk muka bumi.

2. Komposisi penduduk di kawasan Seksyen 7.

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan petempatan


Seksyen 7.

4. Mengetahui masalah berkaitan dan langkah-langkah mengatasi


masalah tersebut.

5
KAWASAN KAJIAN

Saya memilih kawasan Seksyen 7 Shah Alam sebagai kawasan


kajian saya kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal
dan sekolah saya.Oleh itu ia memudahkan saya mengumpul
maklumat yang diperlukan.Selain itu,Seksyen 7 kian pesat
membangun.

Seksyen 7 terletak di tengah Bandaraya Shah Alam dalam Daerah


Petaling dan bersempadan dengan Daerah Klang di Negeri
Selangor. Ia juga dikenali sebagai “Kawasan Bistari” kerana
Universiti Teknologi Mara (UiTM) terletak disini. Jarak dari Seksyen 7
ke pusat Bandar ialah 5 km dan mengambil masa hanya 8 minit
dengan pengangkutan awam seperti Bas dan Teksi.

Kawasan kajian ini mempunyai kemudahan jalan untuk Keluar-


Masuk kerana dihubungkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang
(NKVE), Lebuhraya Shah Alam-Kuala Lumpur (KESAS) dan Lebuhraya
Persekutuan.

Kawasan kajian ini juga mempunyai pelbagai fungsi diantaranya


sebagai tempat kediaman dan pusat kegiatan Sosial dan Ekonomi
yang pesat. Kebanyakan kegiatan Ekonomi yang dijalankan di sini
ialah jenis Perniagaan dan Perkhimatan.

6
KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini


ialah :

1. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian :


Kaedah ini dibuat untuk mengenal pasti jenis bentuk muka bumi
yang terdapat di Seksyen 7.

2. Kaedah Soal Selidik :


Kaedah ini perlu dilakukan bagi mendapatkan maklumat tepat
tentang komposisi penduduk di kawasan Seksyen 7 mengikut
kategori setiap kaum, Agama dan Usia.

3. Kaedah Temu Bual :


Kaedah ini dilakukan bagi mengumpulkan maklumat tepat
tentang perkembangan petempatan di kawasan kajian.

4. Rujukan di Perpustakaan :
Rujukan adalah penting bertujuan mendapatkan maklumat tepat
dan terperinci tentang factor-faktor yang mempengaruhi
perkembangan petempatan di kawasan kajian.

7
HASIL KAJIAN

Untuk pengetahuan, Seksyen 7 di Shah Alam adalah salah satu


kawasan perumahan yang padat dengan petempatan di Negeri
Selangor dan sedang pesat membangun kerana faktor muka
buminya yang rata dan sedikit berbukit yang menyebabkan ia
sesuai bagi kawasan petempatan dan perindustrian. Dari hasil
kajian kami didapati kaum Melayu adalah majoriti dipetempatan
ini dengan 50% berbanding dengan kaum-kaum lain.

Jadual berikut menunjukan pecahan kaum di Seksyen 7

Kaum Bilangan (%)


Melayu 50 %
India 25 %
Cina 15 %
Lain-lain 10 %
Jumlah 100 %

Hasil daripada kajian kami, didapati bahawa Seksyen 7


berkembang dan membangun pesat kerana faktor-faktor berikut :

• Muka buminya yang sesuai bagi kawasan petempatan


• Kawasan perumahan dibina secara tersusun,
• Terdapat beberapa kawasan berbukit yang menarik
pemandangan serta,
• Terdapat jaringan jalanraya yang baik dan lancar.

8
Dari permerhatian kami juga, didapati beberapa faktor telah
dikenal pasti yang turut mempengaruhi petempatan disini.
Antaranya :

• Faktor Kegiatan sosio-ekonominya,kerana pelbagai jenis


perniagaan seperti Kedai Runcit, Restoran, kedai Hardware,
perkhidmatan Internet, Klinik, kedai dobi dan pengangkutan
awam yang mudah didapati disini. Ini memberikan banyak
peluang pekerjaan bagi penduduk disini.

• Faktor Dasar Kerajaan menjadikan Shah Alam sebagai pusat


perindustrian terpenting di Selangor, telah menarik ramai
rakyat luar bandar dan dari negeri lain bertumpu dikawasan
ini bagi mencari peluang pekerjaan dan berniaga.

• Faktor infrastruktornya, seperti jaringan jalanraya terbaik yang


menghubungkan Seksyen 7 dengan beberapa lebuhraya
memudahkan laluan keluar masuk penduduk disini. Antara
Lebuhraya penting yang menghubungi Seksyen 7 ialah
Lebuhraya Shah Alam-KL (KESAS), Lebuhraya Baru Lembah
Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan.

• Faktor Bandar Bistari, menjadikan Seksyen 7 tumpuan bagi


pelajar-pelajar untuk menuntut ilmu disini kerana terdapat
beberapa institusi pengajian tinggi ternama antaranya
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL)
banyak mempengaruhi petempatan disini.

Hasil daripada kajian dan temu-bual yang kami jalankan,


beberapa masalah telah dikenal pasti terdapat di kawasan
petempatan Seksyen 7. Antaranya :

• Wujudnya masalah kurangnya kawasan Hijau di sekitar


Seksyen 7 seperti pokok-pokok dan rumput ditanam disini.
Ini menyebabkan kawasan ini sering berdebu dan tanah
sering terhakis apabila hujan lebat. Masalah ini timbul kerana
sikap kurang perihatin pihak pemaju.

9
Bagi mengatasi masalah ini, adalah disarankan agar pihak
pemaju,Kerajaan Negeri dan penduduk setempat mengambil
tindakan yang perlu dengan menanam lebih banyak pokok-
pokok yang sesuai bagi menghalang hakisan dan debu yang
berterbangan selain dapat menwujudkan suasana indah dan
redup di kawasan petempatan Seksyen 7. Selain itu ia dapat
membantu mengatasi masalah pemanasan global.

• Wujudnya masalah peningkatan kes demam denggi di


Seksyen 7 baru-baru ini. Kemungkinan peningkatan kes
demam denggi ini berpunca daripada aktiviti projek
pembinaan yang banyak dijalankan di sini menyebabkan
nyamuk Aedes mudah membiak.

Bagi mengatasi masalah ini, adalah disyorkan agar pihak


yang berkenaan seperti Kerajaan Negeri, Persatuan Penduduk
dan pihak pemaju mengambil insiatif dengan mengadakan
aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan
petempatan mereka. Pihak Kerajaan Negeri pula perlu
menjalankan aktiviti penyemburan dan kempen pencegahan
pembiakan nyamuk Aedes yang lebih kerap.

• Wujudnya masalah kes kecurian dan pecah rumah juga


terdapat di sini. Masalah ini timbul kerana aktiviti projek
pembinaan yang dijalankan dimana majority pekerjanya
adalah rakyat asing yang sering menimbulkan masalah sosial.

Bagi mengatasi masalah ini, adalah dicadangkan pihak


Persatuan Penduduk mengadakan aktiviti kawalan Rukun
Tertangga atau mengupah Syarikat Keselamatan bagi
mengawal dan membendung masalah kes kecurian dan
pecah rumah dikawasan petempatan mereka. Pihak berwajib
seperti Polis juga diminta lebih kerap mengadakan rodaan di
sekitar kawasan petempatan Seksyen 7 Shah Alam.

10
50

45

40

35

30

25

20

15

10

MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN

KOMPOSISI PENDUDUK DI SEKSYEN 7

11
RUMUSAN KAJIAN

Penduduk di Seksyen 7 Shah Alam terdiri daripada masyarakat


majmuk iaitu kaum Melayu,kaum Cina dan kaum India. Ia
merupakan salah satu kawasan perumahan yang padat dengan
petempatan di Negeri Selangor dan sedang pesat membangun
kerana faktor-faktor muka buminya yang rata dan sedikit berbukit,
kawasan perumahan yang dibina secara tersusun dan
pemandangan yang menarik. Selain itu kegiatan sosio-ekonominya
yang banyak memberi peluang pekerjaan serta infrastruktornya
yang terbaik seperti lebuh raya dan juga pusat pengajian tingginya
banyak mempengaruhi petempatan disini.

12
RUJUKAN KAJIAN

Antara rujukan yang saya gunakan sepanjang menjalankan kajian


ini ialah :

1. Internet
a)http://www.googlemap.com/
b)http://www.dromoz.com/

2.Perpustakaan
a)Akhbar
b)Atlas
c)Majalah yang berkaitan

3.Buku Rujukan
a)Buku Teks Geografi
b)Ensiklopedia

4.Rakan-rakan dan semua yang membantu

13