Anda di halaman 1dari 4

Definisi Lukisan

Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya:

Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari

dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermasud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus

yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering.

Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual

manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit).

Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang pelukis

yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.

Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan dengan

keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya visualisasi, daya emosi dan daya estetika.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ianya adalah milik semua manusia. Pengalaman anak-anak kecil menconting di atas kertas atau dinding merupakan fitrah manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi. Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di guagua, lukisan itu menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari nafkah

SEJARAH LUKISAN

Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah berkisahkan tentang kehidupan seharian sepeti perburuan dan pengembaraan. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

Di Malaysia lukisan pada gua telah dijumpai di gua Niah Sarawak & Gua Tambun, Perak. Lukisan purba yang terkenal terdapat di beberapa gua di Perancis terutama di Gua Lascaux. Lukisan yang dijumpai di Gua Chauvet, Ardeche, Perancis dipercayai lukisan paling awal iaitu pada tahun 15000-13000 S.M. Lukisan tersebut menggambarkan sekumpulan kuda atau binatang perburuan yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik

Pada zaman Mesir purba lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan. Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan satu dokumentasi sejarah yang gemilang. KEPENTINGAN LUKISAN

Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya ialah:

untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar.

untuk merakamkan sesuatu peristiwa

sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)

sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yg terbaik.

JENIS JENIS LUKISAN

1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit

kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka.Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

2. Lukisan Kajian Lukisan kajian merujuk kepada kegiatan melukis sesuatu benda untuk tujuan kajian. Pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contohnya, melukis tumbuh-tumbuhan atau memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci. Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman) penyelidikan, kajian dan perakam peristiwa. Selain itu lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta data menyimpan memori pelukis bagi penghasilan karya terbaik dalam media pilihan.

Anda mungkin juga menyukai