Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengerusi Program BIG Penutupan

Aturcara Ketibaan Tetamu Kehormat Teks Sapaan Cue: Apabila Cue diberikan dan tetamu kehormat masuk dewan. Catatan

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Mohd Shukor bin Abbas Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abd Razak diiringi oleh______________________________________ _________________________________________ ______________________________________. Cue: Apabila selesai usher memberikan buku program

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Songket direntang bersulam intan, Tenunan hiasan permata seri Selamat datang kami ucapkan, Tandang bersopan ke majlis ini. Yang Berusaha Encik Mohd Shukor B. Abas, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak. Yang Dihormati saudara Muaz bin Ab.Rahman Pengerusi BIG fasa 4 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak. Yang dikasihi Mohd Nur s Salam Alhafiz bin Othman Penghulu BIG fasa 4 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak.

Para Pensyarah, serta rakan guru pelatih yang dihormati sekalian. Selamat Datang ke Majlis Penutupan Rasmi Program bina Insan Guru Fasa 4 tahun 2010 IPG kampus Tun Abdul Razak Sesungguhnya kehadiran hadirin dan hadirat sekalian akan menambahkan seri majlis kita pada hari ini Bacaan Doa Cue: Setelah Saudara Sarifudin bersedia, usher menjemput Hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada petang ini , dipersilakan saudara syariffudin dari PISMP Sains untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cue: Setelah saudara Syariffudin turun pentas dan duduk Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian lagu

Cue: Setelah Audio dan Multimedia serta hadirin bersedia Hadirin yang dikasihi, Majlis akan diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan IPTARku Gemilang Untuk itu, semua hadirin dijemput berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Cue: Selesai semua lagu dimainkan

Hadirin hadirat dipersilakan duduk. Selayang Pandang Cue: selepas hadirin duduk

Hadirin yang dihormati sekalian, Seterusnya majlis akan disajikan dengan sedikit selayang pandang Mari kita sama-sama saksikan Cue: setelah tamat selayang pandang

Ucapan Pengerusi BIG

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas perhatian sidang hadirin. Cue: Selepas Selayang Pandang Hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis pada hari ini, dijemput saudara Muaz________________________ untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Cue: selepas VIP mengambil tempat

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan yang telah disampaikan.

Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat

Cue: Apabila Tetamu kehormat bersedia dan usher menjemput ke pentas Sidang hadirin yang dikasihi sekalian Bicara manis penambah seri Bicara amanat inspirasi diri Sekarang dijemput, Yang berusaha En Mohd Shukor b Abbas Ketua Jabatan Hal-Ehwal Pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk menyampaikan kata-kata amanat dan seterusnya menutup rasmi Program Bina Insan Guru Semester 4 Tahun 2010. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan.

Cue: Setelah Tetamu Kehormat selesai dan usher menjemput ke tempat perasmian Majlis mengucapkan ribuan terima Kasih diatas Ucapan Perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi.

Nyanyian Lagu Negeri Sarawak

Cue: Setelah Audio dan Multimedia serta hadirin bersedia Hadirin yang dikasihi, Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu ibu Pertiwiku. Untuk itu, semua hadirin dijemput berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

Cue: Selesai semua lagu dimainkan

Penutup

Hadirin hadirat dipersilakan duduk. Cue: Usher bersedia dan protokol sedia Kelicap terbang di mega pagi Bersama cencala hinggap di paya Silap dan salah harap maafi Moga berjumpa di lain tika Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang diruas buluh Kalau ada silap dan salah Sembah berkarang jari sepuluh Mengumumkan, tetamu kehormat meninggalkan majlis, diiringi oleh para pensyarah dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Pengumuman: Apa yang baik datangnya dari Yang Maha Esa dan apa yang kurang datangnya dari diri kami sendiri. Semoga bersua pada lain waktu. Sekian, Wabilahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum wbt.