Anda di halaman 1dari 21

Satu

TAHUN

12 Bulan 52 Minggu 365 Hari 8760 Jam 525600 Minit 31536000 Detik

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 tahun-70 tahun (majoriti)

Puratanya manusia meninggal -+65 tahun.


Baligh: Bermulanya diperhitungkan amal seseorang samada baik atau buruknya selama hidup di dunia Laki-laki Baligh : -+ 15 tahun Wanita Baligh : -+ 12 tahun Mati Baligh = Baki Usia : 65 15 = 50 tahun

50 tahun= 18250 hari = 458000 jam Waktu kita tidur -+8 jam/hari

Dalam 50 tahun waktu yang habis digunakan untuk tidur sahaja 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan (17 tahun)

Waktu aktiviti kita di siang hari -+ 12 jam; Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun Waktu rehat -+4 jam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 73000 jam = 8 tahun 17 tahun tidur + 25 tahun belajar/kerja + 8 tahun rehat = 50 tahun

Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual

waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik.


Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: sesi pembelajaran aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.

Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian?

Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran.

Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata


pelajaran atau topik. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad.

Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain

Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: berehat membuat kerja rumah bersukan membantu ibu bapa melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas

tambahan.

Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ?

Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: Mengurangkan pembaziran waktu Lebih memberi fokus kepada pelajaran Pengurusan masa lebih teratur Mengambil kira semua mata pelajaran Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja

MODUL PENGURUSAN MASA-SURVIVAL SERIES PUZZLE LANGKAH: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap

kumpulan terdiri daripada 5 hingga 10 orang.


2. Wakil setiap kumpulan memilih satu sampul 3. Setiap kumpulan diminta untuk membuka sampul dan

keluarkan serpihan gambar dalam sampul tersebut.


4. Dalam masa yang ditetapkan ahli kumpulan dikehendaki mencatumkan serpihan kertas tadi menjadi sekeping gambar. 5. Kumpulan yang pertama Berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dikira pemenang.

MODUL PENGURUSAN MASA - DUIT OH DUIT

LANGKAH: 1. Sehelai kertas akan diedarkan kepada setiap kumpulan. 2. Guru menunjukkan duit RM 1 kepada setiap kumpulan. 3. Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta

melukiskan duit tersebut dengan tepat mengikut masa yang telah


ditetapkan. 4. Guru menunjukkan sekali lagi duit tersebut kepada setiap

kumpulan .
5. Guru meminta wakil murid dari setiap kumpulan ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing.