Anda di halaman 1dari 14

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

PETA KONSEP

Pengenalan

1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,


British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

2. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang kemaraan


kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

3. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan


seorang Penasihat British.

Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu

1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19.

2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi
tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan
Rusia.

3. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk
membina Segenting Kra yang akan mengancam perdagangan British di Singapore.

4. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin
mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang.

5. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah
Melayu.

6. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk menghalang
mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam.

7. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah
berhubung dengan kuasa lain.
PETA NEGERI-NEGERI MELAYU
TIDAK BERSEKUTU

8. Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka


petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas
776 966 hektar kepada Duff Development Company.

9. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang
dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902.

10. Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan
Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan.

11. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di
Perlis. Sementara itu di Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat
Terengganu tidak akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing.

12. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara
kepada British. Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini
lalu terpaksa mengakuinya.

13. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok (1909) :


(a) Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British.
(b) Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.
(c) British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

1. British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui Perjanjian


Bangkok.
2. Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
3. Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah
menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu.

Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah)

1. Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Baginda juga
enggan menerima Penasihat British.

2. Namun pada tahun 1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British
di Kedah.

3. George Maxwell cuba menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah untuk
mengukuhkan kuasa British. Antaranya ialah :
(a) Cuti umum pada hari Ahad.
(b) Penggunaan kalendar Masihi.
(c) Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.
(d) Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.
(e) Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah.

4. Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis
Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud.

5. Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri Kedah
ialah:

(a) Cuti umum pada hari Jumaat.


(b) Penggunaan kalendar Hijrah.
(c) Surat rasmi tidak perlu ditapis.
(d) Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.
(e) Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.
Raja Syed Alwi (Perlis)

1. Raja Syed Alwi membantah tindakan siam menyerahkan negeri Perlis kepada British.

2. Baginda juga enggan menerima Penasihat British tetapi tidak dihiraukan oleh British.
Malah British tetap melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British.

3. Meadowe Frost cuba mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang dan


memperkenalkan jabatan baru seperti:
(a) Jabatan Hasil dan Cukai.
(b) Mahkamah Tinggi.
(c) Mahkamah Kadi.

4. Penguasaan terhadap Jabatan Kewangan merupakan strategi British untuk menguasai


pentadbiran Perlis.

Sultan Muhammad IV (Kelantan)

1. Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan British
bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British.

2. Kuasa untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun 1915.

3. British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan
Polis dan Pejabat Tanah.

Sultan Muhammad II (Terengganu)

1. Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal Abidin III.

2. Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat
bantahan,namun British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910.

3. Wakil British hanya berkuasa dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja.

4. Untuk memastikan kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal


Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
pada tahun 1911.

5. Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal
Abidin III yang mangkat pada tahun 1918.

6. Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani satu perjanjian di


Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British.

7. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.

8. Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu apabila
Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian
diletakkan di bawah Penasihat British.
Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM PEMIMPIN YANG BERWIBAWA (1825 - 1862)

Temenggung Daeng Ibrahim


1. Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun
1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkan sistem
birokrasi moden serta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran.

2. Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat
semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali. Beliau telah menjadi Temenggung
Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825.

3. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan Hussein
yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang.

4. Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan
ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada
hitam melalui Sistem Kangcu.

SULTAN ABU BAKAR "BAPA PEMODENAN JOHOR" (1862 - 1895)


Sultan Abu Bakar

1. Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor
pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.

2. Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan


mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.

3. Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk
kesejahteraan rakyatnya.

4. Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam
yang terbesar di dunia.

5. Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian


Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor
sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor
yang sah.

6. Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada
Pesuruhjaya British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.

7. Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya
bertugas sebagai Konsul.

8. Baginda juga telah mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan


negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor.

9. Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah
British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim.
PEMIMPIN JOHOR YANG BERWIBAWA

Dato' Jaafar bin Muhammad

1. Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama pada
tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1882 hingga 1919 dan
digelar sebagai Datuk Bentara.
2. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang
berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union Jack
dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang kedaulatan negeri.

3. Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat
rasmi kerajaan.

4. Dato' Abdul Rahman bin Andak pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885
dan juga Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi
Dato' Seri Amar Diraja.

Dato' Abdul Rahman Andak


5. Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan menjadi
perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan
Bahasa Johor sebagai bahasa yang terulung di Tanah Melayu.

Dato' Muhammad Salleh bin Perang


6. Dato' Muhammad Salleh bin Perang pula pernah memegang jawatan seperti Pesuruhjaya
British, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan telah dianugerah gelaran Dato'
Bentara Luar.

7. Beliau telah melukis peta pembangunan Johor dengan menunjukkan semua jalan dan
bandar yang akan dimajukan seperti di Endau, Muar, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat.

8. Seorang lagi pemimpin yang penting ialah Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi. Beliau
merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883 dan telah
dianugerah gelaran Dato' Bentara Alam dan juga Bapa Pendidikan Melayu Johor.

Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi


9. Beliau telah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor dan telah mendirikan
banyak sekolah. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama pada
tahun 1893.

JOHOR DI AMBANG PENJAJAHAN BRITISH

1. British mahu menguasai negeri Johor kerana takut Johor akan dikuasai oleh kuasa lain
dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan 1885 dengan meletakkan hal ehwal Johor
di bawah kawalan British.

2. British juga telah menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk menasihati sultan supaya
meminjam wang sebanyak 200 000 dolar dari Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan
kereta api dari Johor ke Singapura.

3. Tindakan British ini telah dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak lalu beliau telah
menasihati sultan supaya tidak menerima nasihat British itu.

4. British telah menasihatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya Dato' Abdul Rahman
dibersarakan dan dihantar ke London dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau.

5. Sultan Ibrahim pula terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Johor bagi membolehkan
pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

6. Pada tahun 1914, Douglas Campbell telah dilantik sebagai Penasihat British.
Sultan Ibrahim

Kesimpulan

1. Seluruh Tanah Melayu Berjaya dikuasai oleh British setelah Johor turut menerima Penasihat
British pada tahun 1914.

2. British telah menempatkan Residen British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan


Penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Utara.

3. Namun bidang tugas Penasihat British adalah terhad berbanding Residen British.