Anda di halaman 1dari 27

TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

MENGINGATI PELAJARAN
“Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata
pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab
itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk
mengulangkaji.”
BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN?
“Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di
luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi
tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di
rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing
subjek berkenaan.”
TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA
• Buat nota ringkas
• Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru
• Wujudkan kata kunci
• Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa
• Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
• Ulangkaji di rumah secara berterusan.
TIP MENGUAT INGATAN
 Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas.
 Berfikiran positif.
 Fikir perkara berf.aedah saja
 Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda.
 Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan
ringan & makanan segera.
 Jangan minum minuman bergas.
MENGHAFAL @ MEMAHAMI
Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran
membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu
terlebih dahulu.Faham lebih penting.
“Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham
mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat
apa-apa ilmu.”

LANGKAH MENGULANGKAJI
 Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji.
 Baca tajuk besar terlebih dahulu.
 Baca tajuk kecil.
 Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam
bab tersebut.
 Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail.
 Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta
minda dalam buku nota khas.
 Cari @ reka sendiri kata kunci.
 Pada masa yang sama mengingat.
 Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

KAEDAH MEMAHAMI
 Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh.
 Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal.
 Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham.
 Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
 Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.
STUDY HARD @ STUDY SMART?
Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami
sesuatu topik.
Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya
menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan.
Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard
dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’.
Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study
hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda
mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun
korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apa-
apa yang tidak difahami.
TETAPKAN TEKNIK BELAJAR.
“Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa
kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan
senang & mendapat keputusan yang cemerlang.”
PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS
“Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan
analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.Soalan
ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan
adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100%
kepadanya.”
“Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini
mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah
terbentuknya soalan ramalan.”
PENTINGNYA STUDY GROUP
“Di sekolah,saya ada study group sendiri.Kami semuanya gigih belajar,
mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang
di dalam kelas.Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di
kantin,di taman,@ di pusat sumber.
“Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang
mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami
bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.”
“Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak
difahami .Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.”
“Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik
perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan
menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang
di tetapkan.”
PERANAN NOTA
 Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan.
 Mengelakkan membaca buku teks yang tebal
 Mengukuhkan kefahaman.
 Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi
penting sahaja.
 Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.
 Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain.
 Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya
mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
 Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan
peperiksaan.
PERANAN PETA MINDA
“Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut
teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda
dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses
@ peristiwa
“Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @
dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan
merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih
mengingat.”
“Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji
dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @
aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.
MENGULANGKAJI

“Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji


sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan
yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah
petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai.
“Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk
mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.
HARI SABTU & AHAD
Hari Sabtu & Ahad hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan
menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu.Pastikan
mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada
guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin.
Di sampimg itu,gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang
akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.
FUNGSI ULANGKAJI
o Memantapkan ingatan
o Mengukuhkan kefahaman
o Menambahkan keyakinan
o Memberi latih tubi kepada minda
o Memenuhi aktiviti belajar dengan aktif
KAEDAH MENGULANGKAJI YANG BERKESAN
o Siapkan semua kerja rumah terlebih dahulu
o Buat kerja rumah dengan cepat & jangan bermalas-malas.
o Banyak buat latihan
o Ulangkaji apa yang telah diajar oleh guru pada hari yang sama.
o Ulangkaji secara berterusan supaya tidak mudah lupa.
o Guna masa ‘prime time’ untuk ulangkaji matapelajaran yang susah.
o Gerakerja yang aktif dilakukan apabila letih belajar.
GERAKERJA AKTIF KETIKA MENGULANGKAJI
• Membaca dengan kuat,tetapi jangan sampai mengganggu orang lain.
• Dapatkan sumber bacaan seperti dari sumber IT @ VCD @ Internet.
• Cari bahan tambahan dari majalah @ ensiklopedia.
• Adakan Study Group.
• Adakan kuiz dengan kawan-kawan.
• Pindahkan bahan ulangkaji dari teks kepada gambarajah,lukisan,jadual,@ carta
aliran.
• Bahan pelajaran dijadikan poster & tampal di dinding.
PENGURUSAN MASA

Masa yang efektif adalah suatu perkara yang selalu dibincangkan.Ramai orang
menganggap bahawa masa yang dipunyai mereka tidak
mencukupi.Sebenarnya ini merupakan alasan semata-mata.
Sebenarnya,peruntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada
manusia itu berjaya atau tidak.Cuba kita lihat tokoh-tokoh dalam bidang
masing-masing.Semuanya adalah manusia dan diperuntukkan masa sama
dengan kita.
Jadual harian adalah termasuk:
• Membaca buku atau mengulangkaji
• Bermain atau beriadah
• Mnonotan televisyen
• Menyelesaikan kerja sekolah
• Membantu ibu & ayah
• Menziarahi rumah kawan
Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa
lamakah aktiviti dan perlakuan itu berlaku.Ianya perlukan disiplin yang jitu
daripada kita.Perkara ini bukan perkara remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita
maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas & ianya mesti dipaatuhi.
Selalunya kita mendengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa
seolah-seolah kita tidak mendapat apa-apa dari pembelajaran tersebut.Berbeza
kadang-kadang kita belajar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari
tetapi mendapat keputusan yang cemerlang.Perbezaan antara individu ini
adalah kualiti masa yang digunakan.Oleh sebab itu pentingnya kita memberi
perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa & kualiti masa
yang anda gunakan.
BEBERAPA PRINSIP ASAS
PENGURUSAN MASA
MENGUBAH TABIAT LAMA YANG NEGATIF
Tabiat lama yang selalu juga disebut sebagai habit.Tabiat negatif mesti dibuang
dari ianya kekal di dalam diri.Jika selama ini kita merupakan orang selalu
menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian tentang perkara
ini.Misalnya sebagai pelajar,tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan
secepat mungkin.Selalunya kita manangguhkan tugasan & menyiapkan pada
‘minit terakhir’ kadang-kadang hingga larut malam ,yang terlebih teruk lagi
apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung.Mka
tabiat seumpama ini perlu diubah.Tabiat ini ialah tabiat negatif yang begitu
dominen dalam diri pelajar.
Oleh sebab itu tabiat ini mestilah diubah supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-
tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih
kepada aktiviti mentelaah pelajaran.Kita belajar semestinya lebih awal bukan
melaksanakannya pada saat akhir.
Kita lihat kebanyakan orang menyatakan perasaan tertekan apabila mendengar
tentang peperiksaan.Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat
persediaan pada peringkat awal.Kadang-kadang ini memberi kesan yang lebih
teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan
pada pelajaran.Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya.
Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas
sekolah,mengulangkaji pelajaran &bertindak pada saat yang awal. Elakkan
daripada melakukan perkara yang tidak baik & melakukan pada minit
‘terakhir’.
KOMUNIKASI
Komunikasi adalah fakor amat penting dalam pengurusan masa.Komunikasi juga
memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan
berkesan & terbaik.
Kita sering membazirkan masa kita,kerana kita sering berkomunikasi dengan cara
yang tidak baik.Sebagai contoh:Semasa guru tiada di dalam kelas,kita sering
berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan & perkara yang
sia-sia yang mana tiada kaitan langsung dengan pelajaran.Semasa ketiadaan
guru juga bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam
pelajaran. Ini sebenarnya suatu pembaziran masa yang amat ketara & begitu
merugikan.Ramai pelajar tidak mengetahui & menganggap ini suatu perkara
yang ringan.Jika diteliti kita banyak membuang masa dalam sehari tanpa
mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran.Kita sepatutnya
melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat
kita membuat kerja-kerja yang lain @ mengulangkaji pelajaran.Ini sebenarnya
tidak memberi tekanan & bebanan di rumah nanti.
Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Ssungguhnya masa mencukupi
tetapi cara kita manguruskan masa menyebabkan masa tidak
mencukupi.Sebagai contoh lagi,semasa berada di dalam bas kita merasa
bosan.Kerana apa?kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita
sampai ke rumah @ ke tempat yang dituju. Sepetutnya semasa di dalam bas @
tempat menunggu bas,kita menggunakan peluang ini untuk kita mngingat
fakta apa yang diajar oleh guru.Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-
nota kecil agar masa di dalam bas & sebagainya digunakan dengan berkesan &
terbaik.
Dari segi komunikasi perkara yang penting juga adalah tentang perasaan
malu.Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan kawan-kawan
tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan hal pelajaran.Namun kelemahan
komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan
komunikasi untuk bertanya kepada guru-guru @ rakan tentang topik yang
tidak diketahui.
Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya
komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam
diri).
Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru,sebenarnya ini adalah suatu
perkara yang baik.Masalah yang wujud adalah komunikasi intrapersonal
negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri.Komunikasi intrapersonal
seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh.Jika kita
bertanya,mungkinkawan-kawan menganggap kita pelajar lemah.Mungkin juga
menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita.Ini yang
membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar.Maka
penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan&
ditentang.
Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal(bertanya guru)dengan sebaik
mungkin.Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu
maka akan wujudlah keyakinan dalam diri.
PENUMPUAN
Selalunya kita akan merasa bosan & jemu apabila perkara tersebut berkaitan
dengan pelajaran.
Apabila guru-guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajarankita sememangnya
jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang
perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya,semuanya itu kita
dapat beri tumpuan walaupun kita di dalam keletihan.Oleh sebab itu,ubah
susana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran.Jika guru
sedang memberikan pengajaran,berikan tumpuan.Gangguan yang lain perlu
dielakkan.
REHAT
Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara.Rehat adalah faktor penting dan sering
dikaitkan dengan tidur.Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup.
Kita sering menganggap bahawa tidur cukup perlu untuk pembelajaran yang
berkesan.Dalam hal ini terdapat pelbagai definisi tentang masa untuk tidur
yang baik dalam setiap hari.Sebenarnya apabila kita
berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan
kualiti.Maksudnya kita tidur @ berehat adalah apabila kita benar-benar terasa
bahawa kita perlu tidur.Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan
bahawa mereka perlu tidur pada waktu petang selama 3 jam & waktu malam
selama 8 jam.Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.Sepatutnya kita mesti
menguruskan waktu tidur dengan berkesan.
Sebagai contoh;kita perlu rehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan
untuk menyegarkan kembali daripada keletihan.Setelah itu kita akan lebih
bertenaga & segar.Pada malamnya pula kita umpamanya tidur pada 11.30
malam & bangun pada awal pagi & setelah kita menunaikan solat Subuh,maka
kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-
buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang
seumpama ini (selesai solat Subuh)sebelum bersiap-siap pada waktu pagi
selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar,tapi melakukan
perkara yang sia-sia.Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik
untuk mentelaah pelajaran & mengingat.Pengurusan waktu rehat & tidur
adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan.
Jelaslah kepada kita bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui
oleh kita.Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk
mendisisplinkan diri & membuat jadual waktu untuk aktiviti pembalajaran.
TEKNIK BELAJAR BERKESAN
PENGENALAN
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberapa pendekatan
belajar telah diamalkan.Para pengkaji teknik belajar juga telah juga
menghasilkan beberapa pendekata pembelajaran yang berkesan.
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang
paling sesuai & paling mudah difahami.Untuk memebantu pelajar di sini
terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.
Teknik Belajar 5R-STUV:
5. Recopy [salin semula]
6. Rework all model 5x [buat semula contoh/cepat/5x]
7. Recite uot luod Repeatedly[lafaz kuat berulang kali]
8. Recheck [semak semula]
9. Reasonneblenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

• S-sumarize [ringkaskan nota penting]


• T-test your self [uji diri anda]
• U-use [gunakan]
• V-visualize [bayangkan selalu]

• Teknik Belajar Secara Pembayangan


Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan & otak kiri. Otak kiri melibatkan
pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan,nombor,kebolehan
saintifik,matematik,bahasa,analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan
irama,imaginasi,warna,khayalan,ilham,corak,dimensi dan penggunaan
tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan
bijaksana.Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita
untuk mengkhayalkan pelajaran @ adakah kita selalu digunakan untuk
mengkhayalkan & mengimaginasi masalah peribadi,angan-angan
kosong,dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam,& perasaan yang tidak
berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak kanan belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan
pelajajaran,maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan &
imaginasi kosong & segerakan menggunakan setiap saat yang ada untuk
khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pmbayangan perlu penumpuan.Penumpuan yang serius amat perlu.Sebaik-
baik suasana adala sunyi sepi seperti berehat,semasa berbaring sebelum
tidur malam,semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran,semasa
menunpang bas & teksi,semasa di stesen bas & lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur.Bilik sudah
gelap>Keadaan sunyi sepi.Dalam suasana ini,tenangkan fikiran. Mula
bayangkan soalan-soalan,raja,sifir,graf,& apa jua yang telah
dipelajari.Bayang ia satu demi satu.Untuk menguatkan tumpuan tuli,lukis
apa yang ingat di atas tilam menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini
setiap malam.Soal diri anda,satu ke satu soalan,mata pelajaran ke mata
pelajaran,hinggalah anda tertidur.Ulangi bila terbangun di tengah
malam.Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu,sebulan ke
sebula bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.Bila ruangan
khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat,anda akan rasakan hasil
usaha ini.Bagi anda yang belum mengamalkanya,cuba mula dari sekarang.
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
• Masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur.Amalkan teknik belajar
secara bayangan.Menulis @ menyelesaikan masalah dengan menggunakan
jari telunjuk di atas tilam.
• Masa terbangun di tengah malam (Belajar seperti no. 1)
• Masa bangun tidur.Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
• Masa ke tandas waktu pagi(ingatkan perkara yang telupa)
• Masa ke tandas waktu malam(sama seperti no. 4)
• Masa bercermin(lekatkan nota penting dekat cermin)
• Masa sarapan pagi(baca selembar dua surat khabar)
• Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir & formula)
• Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota @ bayangkan)
• Masa di dalam bas @ kereta(Ulangkaji harian/cepat)
• Masa berjalan ke sekolah(Tanya diri pasal sifir/formula/lain-lain)
• Masa sampai awal ke sekolah(ulangkaji harian @ cepat)
• Masa menunggu guru yang terlewat(Ulangkaji cepat)
• Masa rehat (ke perpustakaan(baca ringkas buku)
• Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
• Masa berjalan pulang (Tanya diri pasal sifir)
• Masa berada dalam bas (Baca kad nota)
• Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
• Masa rehat selepas makan malam (baca renacana akhbar & lain-lain)
• Masa menonton tv (melukis rajah-rajah,peta,tulis formula & lain-lain)
MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG
Masa Belajar Waktu Subuh
Masa yang perlu diurus:
17) Semasa ditelefon(Pendekkan perbualan)
18) Semasa membantu ayah & ibu(Belajar teknik bayangan)
19) Semasa menunggu doktor(Ulangkaji kad nota)
20) Semasa berjalan di persekitaran sekolah(Tanya/jawab diri anda)
21) Semasa mesyuarat(Ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
22) Semasa mendengar radio(kurangkan masa)
23) Semasa menunggu kawan(Ulangkaji kad nota)
24) Semasa pelawat ke rumah(jika ramai,belajar di perpustakaan)
Jika anda mangamalkan masa-masa belajar ini dengan betul,pasti anda akan
berjaya dengan cemerlang.
Teknik belajar PV3R:
27. Tinjauan awal
28. Soal diri
29. Baca,garis,dan tanda
30. Lafaz dan tulis nota
31. Tinjauan akhir
32. Ringkaskan
33. Uji diri anda
1. Gunakan
2. Bayangkan
AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN
Faham
Pecahkan masa belajar
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat
Percaya pada diri sendiri
Ulang berkali-kali
Reka kata kunci,kata isyarat,kata rahsia,dan ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur @ semasa bangun tidur.
Ulangkan selalu(20 peringkat masa cemerlang)
BELAJAR SECARA
BERKESAN

Mengulangkaji Merujuk Membuat latihan

• Menyemak • Berbincang 1. Latih tubi


• Memahami • Bertanya 2. Kuiz
3. Soal jawab
• Menghafal • Mengakses maklumat 4. Analisis soalan
• Menganalisis kelemahan dari pelbagai sumber /rangka jawapan
• Mencatat
Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu mendatangkan kesan.Belajar secara
berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar @ berapa banyak perkara yang
dapat.Belajar secara berkesan perlulah mempunyai 3 konponen tindakan yang
terdapat di rajah berikut(ada rajah motivasi).
2. Mengulangkaji:Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai
pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad kepada
pembacaan sahaja.Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan
beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari,memahami
konsep,menghafal formula yang penting,menganalisis isi-isi penting @
mengenalpasti kelemahan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut
dalam bentuk nota ringkas peta minda konsep @ pengurusan grafik.
3. Merujuk:Merujuk bahan tambahan,bertanya dengan guru @ berbincang dengan
rakan amatlah penting dalam proses mengulangkaji.Rujukan boleh dilakukan
melalui seperti buku rujukan,akhbar & majalah.Pendidikan Utusan merupakan
satu bahan yang baik untuk pelajar membuat rujukan.Rujukan juga bolah
dijalankan melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan(
www.tutor.com.my) yang secara langsung memberi maklumat tentang mata
pelajaran utama peperiksaan umum.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman
web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui ejen pencari
maklumat seperti(www.yahoo.com).
4. Membuat latihan:Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi,kuiz,soal
jawab,menganalisis soalan tahun-tahun lalu serta merangka jawapannya.
Ketiga-tiga komponen diatas perlulah di integrasikan agar proses belajar dapat dialami
dengan lebih berkesan tanpa berasa bosan,mengantuk @ tertekan.
TIP MENGULANGKAJI MENJELANG
PEPERIKSAAN
(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan)

LANGKAH A-ANALISIS TOPIK


5. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari.
6. Senaraikan semua topik seperti ysng terdapat dalam sukatan pelajaran(anda
bolah dapat dari buku teks @ sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru
@ membelinya di kedai buku .
7. Buatkan perbandingan & kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari @
belu difahami.
LANGKAH B-MENCARI MAKLUMAT
• Topik-topik yang belum difahami sila cari mklumat sama ada dari guru atau
membuat nota @ berbincang dengan rakan-rakan.
• Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami
walaupun ianya dianggap tidak penting.
• Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda @ lain-lain cara yang mudah
diingati.Rujukan @ membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang
disahkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan isi-isinya tepat.Untuk
maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan
Kementerian Pendidikan.
LANGKAH C-MENGULANGKAJI
• Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks @ buku kerja
terutama bagi mata pelajaran maths & sains.
• Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan @ lain-lain mata
pelajaran,pilih soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas @ soalan-soalan
dari buku teks & buku kerja ,kemudian catatkan isi-isinya dalam kertas latihan.
• Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang
dibuat.Latihan-latihan ini adalah merupakan nota bagi anda.
TIPS LANGKAH PERANCANGAN
STRATEGIK UNTUK BELAJAR
Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh
seseorang pelajar dalam rancangan setiap hari.
• Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)
• Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA,PELAJARAN &
TOPIK.
• Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu
contohnya sebelum 2.00ptg.bagi hari sekolah.@ sebelum 7.00
pg.pada hari cuti.
• JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.
• Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat.Contoh 2.30 ptg-3.30
ptg.
• Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin
diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk @ topik & disertai
dengan muka surat & nombor soalan yang ingin
dibuat.Contoh:Matematik,(pelajaran),operasi tambah(topik0,ms.34
soalan 1-15.
• Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh
dimasukkan dalam JPMS ini.
9. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.
• Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya
dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu
topik.
• Ianya membantu pemahaman & dapat mengingati satu-satu topik
dengan lebih cepat.
• Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini.Bagi pelajar-pelajar
sekolah rendah,peta konsep pengurusan grafik adalah sesuai
digunakan.Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat perangan
cara membuat peta minda ini.Disini disediakan contoh membuat
peta konsep
• Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.
• Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta,huraian ringkas &
juga gambar.
• Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.
• Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah
dilihat dengan segera & dapat diingat dengan cepat.
3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE)
• Ianya merupakan satu analisis @ rumusan sepanjang minggu pelajaran
yang dipelajari di sekolah.
• Tujuannya adalah mencatat & mengenalpasti topik-topik & juga bahagian-
bahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang
minggu.
• Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya
pada guru,membuat latihan lanjutan & sebagainya.
• Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA
PELAJARAN,TOPIK,ISI /HURAIAN TOPIK /BAHAGAN YANG
TIDAK DIFAHAMI & TINDAKAN.
Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap
pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan.
Untuk maklumat ibu bapa,perancangan diatas adalah merupakan sebahagian
daripada Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) yang dijalan
kan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.
10 langkah mewujudkan keyakinan
diri
Berikut merupakan 10 langkah ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:
2. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah sama seperti orang lain.
3. Orang lain boleh buat,kenapa anda tidak boleh buat?
4. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda & baikinya.
5. Jangan takut-takut @ teragak-agak untuk melakukan perkara yang positif.
6. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
7. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan,ianya
sebagai warm up mengaktifkan diri seseorang.
8. Kemas diri & anggapkan diri anda adalah yang terbaik pada hari itu.
9. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka & mata orang yang kita
sedang berinteraksi dengan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan
sesuatu.Jangan terlalu kaku.
10. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah,
tetapi fikirkan tentang hasil yang akan dapat selepas tugas tersebut.
11. Sentiasa peka terhadap waktu,jangan berlengah-lengah @ bertngguh
dalam melaksanakan suatu tugas.
INSYAALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA
DIRI ANDA!
SESUNGGUHNYA ANDA ADLAH INSAN YANG MULIA
INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI
DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDPATKAN
HASILNYA!
BAGAIMANA HENDAK JADI “SMART”
Kita sering kali mendengar istilah “SMART” yang digunakan dalam melaksanakan
pelbagai urusan.Sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka
ianya membawa pengertian bahawa seseorang itu perlu menggunakan daya
intelektulnya serta digabung & diimbangkan dengan aspek fizikal dan
segala pilihan & tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang
terbaik serta memberi faedah daripada sebarang pembaziran.
Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “SMART” sebagai
satu perkataan akan membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat
menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan kita.
Pada saya “SMART” membawa pengertian sentiasa Mahu Ambil Risiko &
Tanggungjawab.Huraian seperti berikut:-
• S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu
perlulah secara berterusan.Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan
semalaman tetapi melalui ketekunan yang pada setiap hari sedikit demi
sedikit secara bereterusan.Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit.”
Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan.Tekanan akan
terasa sekiranya tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari
masa yang lalu.
• M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan.Ianya lahir dari
dunia yang suci.Kemahuan ada kaitannya dengan matlamat
hidup.Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka
panjang @ matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi & keinginan
untuk terus berusaha mencapai kejayaan berketepatanlah dengan pepatah
melayu berbunyi “Di mana ada kemahuan,disitu ada jalan”.
• A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak
melakukannya.Dengan lain kata sekiranya kita tidak mengambil inisiatif
untuk melaksanakan segala yang diidamkan, tanya hanya akan wujud
dalam imaginasi & ilusi sahaja.Oleh itu tindakan harus diambil utuk
mengejar matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. “Bulat tidak akan
datang bergolek & pipih tidak datng melayang” tanpa usaha yang gigih.
• R (Risiko) – Risiko bermaksud cabaran.Kehidupan ini penuh dengan
cabaran.Seseorang yang hendak mencapai kejayaan harus sanggup
menghadapi cabaran.Cabaran dapat menggerakkan kita kearah kehidupan
yang lebih dinamik.Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya
penuh dengan cabaran.Oleh itu,ia mematangkan seseorang itu dalam meniti
usianya.
• T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada
setiap individu.Sesetengah orang yang bertanggungjawaqb akan berusaha
untuk melakukan sesuatru tindakan yang dapat memberi faedah pada
dirinya,keluarga,masyarakat & negara.Seseorang yang bertanggungjawab juga
akan cuba tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan
kerugian serta keburukan.
Dari huraian yang ringkas `tadi kita dapati seseorang yang “SMART” adalah
mereka yang setiasa mahu berjaya & bertanggungjawab.
Sebagai pelajar,anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu
pengetahuan tanpa jemu.Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah
tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.
Sebagai seorang insan anda harus cekal menhadapi cabaran.Cabaran adalah
merupakan mainan dalam kehidupan.Kesabaran adalah ubat yang paling
utama dalam menghadapi cabaran & kesabaran adalah separuh iman.
Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala
tindakan.Anda perlulah yakin terhadap diri sendiri.Sekiranya anda yakin &
bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan,maka InsyaAllah
tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.
Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur & ikhlas,tanpa
dipaksa & dengan tanggungjawab.Sebagai seorang guru pula sifat berani
mengambil risiko & tanggungjawab adalah yang paling mulia.Sesungguhnya
golongan guru sentiasa menanggung risiko & tanggungjawab dalam
melaksanakan tugas mereka.
Risiko & tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan & aktiviti
yang dijalankan di sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang
cemerlang.Mereka lakukan ini tanpa mengira masa & tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan
segala kreativiyi yang berfaedah kepada mereka malah ianya merupakan
penghalang ke arah proses anjakan paradigma.
Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART”?Buatlah satu
refleksi diri sendiri berdasarkan ciri yang dihuraikan di atas.
MENGAPA ANDA SELALU LUPA
Adakah masalah lupa merunsingkan anda?Itu sudah pasti,bukan?Sekiranya anda
dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca,maka tahniah!! Itu tandanya
manusia normal.Hasil kajian menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari
ini akan lupa dalam masa 24 jam.
JANGAN CARI ALASAN.
Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar @ membuat
ulangkaji terlalu awal.Buat apa baca sekarang esok lupa juga” .Inilah kata-kata
yang sering diucapkan.Tahukah anda,sebenarnya anda tidak lupa,Cuma anda
belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.Mudah bunyinya
bukan??
Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim
peperiksan.Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu &
untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebai-baiknya.Jangan risau
kalau masih banyak yang perlu ingat,yang penting telah banyak tajuk-tajuk
yang anda telah faham.
FAHAMI APA YANG DIBACA.
Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha
untuk menghafalnya.Menhafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan
yang sia-sia.Sekiranya anda belajar awal,anda pasti punya banyak masa &
berpeluang untuk bertanya kepada guru-guru & rakan- rakan agar setiap
kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.
Setelah anda benar-benar faham,sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda
gunakan setiap kali datangnya nmusim peperiksaan.Sediakan juga nota-nota
poket & peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang
terlah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.
HAFAL KATA KUNCI.
Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.Mereka cuba
mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.
Contoh fakta :Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan
& otak kiri.
Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada
anda dalam fakta tersebut.Keduanya barulah hafal fakta tersebut,tetapi bukan
menghafal keseluruhan ayat.Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang
merupakan kata kunci kepada fakta.Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti
anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.Sebab
itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!!
PECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL.
Sekiranya anda terpaksa hafal terlalu banyak fakta,jamgan hafal kesemuanya
serentak.Tidak perlu terburu-buru.Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada
beberapa kumpulan kecil & hafal setiap fakta dalam kumpulan itu.
Misalnya,kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat,pecahkan fakta-fakta ini
kepada 3 kumpulan kecil.Setiap kumpulan mempunyai 5 fakta.Baik,sekarang
mana yang lebih mudah dihafal,kumpulan yang 15 fakta @ kumpulan yang
mengandungi 5 fakta?Lihat!mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.Sekali lagi
jangan terburu-buru.Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan
kesabaran & ketekunan yang tinggi.
SERING MEMBUAT IMBASAN.
Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk
tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.Awal-awal lagi telah
dibuktikan bahawa 80% apa yang dipelajari akan lupa dalam 24 jam.Sekiranya
anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat,maka
jangan pelik kalau anda terpakasa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali
lagi dimusim peperiksaan.Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif,anda
perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara
sistematik.Petu di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
Imbas 5 setiap 2 minggu.
Imbas 5-10 minit dimusim peperiksaan.
GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK INGATAN.
Untuk memudahkan lagi mengingati fakta,anda perlu ada kemahiran tertentu
seperti teknik nemonik,teknik menggambar cara,teknik ceraian & pelbagai
lagi.Pastikan anda kemali kesini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan
dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.
ELAKKAN DARI TIDUR PETANG.
Ini lagi satu penyakit.Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak
anda.Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.Oleh
itu hentikan tabiat buruk anda ini.Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar
selepas solat Zuhur.Ini sunnah Rasulullah S.A.W. badan akan terasa lebih
bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.
AJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN.
Cari peluang untuk mengajarkan apa yang anda ketahui kepada orang lain.Libatkan
diri secara aktif dalam perbicangan kumpulan.Hanya dengan mengajarkannya
sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.Raikan
setiap soalan & hujah daripada rakan.Galakkan mereka bertanya kepada
anda.Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk
mencari jawapan.
MENGURUS MASA BELAJAR
Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara
aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain.Kegagalan mengurus
dan mangatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam
pelajaran.Sebagai pelajar,anda mestilah:
2. Pastikan waktu mgulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari.Malah
semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5-7 jam
sehari.Jangan pula salah faham,maksud 5-7 jam ini bukanlah belajar secara
berterusan.Anda mungkin belajar 1 jam di waktu Subuh,2 jam di waktu
petang & 3 jam di waktu malam.Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam
sehari.
3. Tahap konsentrasi @ tumpuan belajar adalah berbeza.Ada pelajar yang
boleh tumpu selama 1 jam & ada pula yang hanya bertahan selama 20
minit.Jangan paksa diri anda.Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula
terganggu,ambillah rehat seketika.iaitu lebih kurang 5 mint.Selepas itu
sambung semula belajar.Sebelum anda sambung belajar,cuba imbas
kembali apa yang telah anda ketahui sebelumnya.
4. Dalam satu sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak
jemu.Selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,menceritakan
semula apa yang telah dipelajari,membuat peta minda @ peta
konsep,menjawab soalan-soalan,melakar rajah & sebagainya.
5. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar.jumlah bahan yang
mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya
dalam masa belajar yang telah ditetapkan.Misalnya,meletakkan matlamat
untuk membaca 100 muka surat dalam masa satu jam adalah tidak
realistik. Sebaliknya,matlamat untuk menghabiskan & memahami 20 muka
surut lebih munasabah & boleh dicapai.
6. Sediakan jadual belajar @ perancangan mingguan tentang bahan-bahan
yang mahu diulangkaji.Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu
berapa benyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi
membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
7. Sediakan senarai tugas harian ( “TO DO”lists) pada malam
sebelumnya.Mananya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok
hari.Tentukan tahap keutamaan & kepentingan setiap butiran tugas yang
telah disenaraikan.Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey “Put first
thing first”.
1. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas.Setakat mana anda jayakan
perancangan anada?Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan
jayanya dalam senarai “to do” anda.
2. Ganjari anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang
telah anda senaraikan.
3. Gunakan teknik membaca yang berkesan.Membaca 1 jam penuh tumpuan
lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang.
4. Fokus sekurang-kurangnya 50% dari masa belajar anda terhadap proses
“RECALL”.Iaitu proses memanggil semua maklumat.
5. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil
diantara kelas,ketika menunggu selepas rehat sebelum masuk kelas,&
lain-lain.Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda
akan dapati julahnya 1-2 jam dalam sehari.Oleh itu manfaatkan pecahan
masa ini dengan mengimbas Kad Kecil.
6. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari,ini bermakna
anda hanya belajar selama 15 hari saja dalam setahun?Kemana perginya
lagi 350 hari masa anda?
TAHUKAH ANDA?
Kalau anda ditakdirkan hidup selama 90 tahun,anda menghabiska 30 dari usia anda
hanya untuk tidur.