Anda di halaman 1dari 22

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI PENGENALAN Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah

dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. OBJEKTIF Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas tari. Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, joget, inang, asli dan tarian etnik/rakyat yang bersistematik. Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya. Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.

SUKATAN PEMBELAJARAN Sejarah Tarian Menonton Video/Gambar Pengenalan Tempo Pergerakan Asas Ragam Gerak Susunan Gerak

ALAT BANTUAN MENGAJAR VCD CD lagu CD player Video player Buku modul

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI SEJARAH TARIAN ZAPIN Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN ZAPIN ASAS GERAK TARI ZAPIN (LAGU : YA SALAM) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Setempat Maju Setempat Undur Setempat Ragam Acah Setempat Ragam Melingkar Setempat Ragam Acah Setempat Ragam Melingkar Setempat Maju Setempat Undur Setempat PERGERAKAN KIRAAN 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8 2x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN ZAPIN BIL 1 RAGAM Langkah Melingkar SUSUNAN PERGERAKAN a. Silang kaki kanan ke belakang kaki kiri sambil kaki kiri diangkat sedikit ke atas. b. Letak kaki kiri, melangkah kaki kanan (45 darjah) dan angkat kaki kiri sekali lagi sambil dibengkokkan. c. Pusing, letak kaki kiri, susun kaki kanan, susun kaki kiri dan akhirnya buka kaki kanan ke sisi. d. Ulang ragam yang sama sekali lagi. a. Melangkah maju ke hadapan kaki kanan dan kaki kiri. b. Acah ke kanan dan ke kiri. c. Pusing, balik ke tempat asa.l d. Ulang ragam ini sekali lagi tetapi arah yang berbeza. a. b. c. d. e. f. g. Angkat kaki kanan dan turun. Angkat kaki kiri dan turun. Angkat kaki kanan dan terus bertinggung. Angkat kaki kanan dan turun. Angkat kaki kiri dan turun. Angkat kaki kanan dan terus bertingggung. Angkat kaki kanan dan terus tertinggung. KIRAAN 1,2 3,4 5,6,7,8 1x 8 1, 2 3, 4 5,6,7,8 1x8

Acah

Wainab

1 2 3,4 5 6 7,8 1&2

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN INANG Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran tentang kelembutan dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga atau masyarakat. Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama masri. Lengok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik, Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN INANG ASAS GERAK TARI INANG (LAGU : TIMANG-TIMANG ANAK) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Setempat Maju Setempat Undur Setempat Ragam huruf C (sudi - kanan) Undur Ragam huruf C (sudi - kiri) Undur Ragam huruf L dan C (pusing melalui kanan) Ragam huruf L dan C (pusing melalui kiri) Setempat Maju Setempat Undur Setempat PERGERAKAN KIRAAN 2x8 1x8 1x8 1x8 2x8 1X4 1x4 1x4 1x4 2x8 2x8 2x8 1x8 1x8 1x8 1x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN INANG BIL 1 RAGAM Membuat Huruf C (sudi) 1,2,3,4 5,6,7,8 SUSUNAN PERGERAKAN a. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, membuat huruf C sudi. b. Undur dan balik ke tempat asal (sebelah kanan). c. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, membuat huruf C sudi. d. Undur dan balik ke tempat asal. (sebelah kiri). e. Ulang ragam yang sama sekali lagi tetapi ke arah kiri pula. KIRAAN 1, 2, 3, 4 5, 6, 7, 8 1, 2, 3, 4 5, 6, 7, 8

2 5,6,7,8

1,2,3,4

Membuat Huruf L dan C 5,6,7,8

a. Melangkah kaki kanan terus ke hadapan dimulai dengan kaki kanan. b. Pusing melalui bahu kiri 90 darjah dan undur.

1,2,3,4 c. Membuat huruf C balik ke tempat asal.

1,2,3,4,5,6,7,8

5,6,7,8 1,2,3,4 d. Ulang ragam yang sama sekali lagi tetapi di sebelah kiri pula.

1,2,3,4,5,6,7,8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN ASLI Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Tarian ini wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya adalah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN ASLI ASAS GERAK TARI ASLI (LAGU : GURINDAM JIWA) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Setempat Maju Setempat Undur Setempat Ragam Petik Bunga kanan Setempat Ragam Petik Bunga kiri Setempat Setempat Ragam Silang Kaki ke Kanan bertemu dan buka tangan ke sisi 12 Ragam Silang Kaki ke Kiri bertemu dan buka tangan ke sisi 13 14 Setempat Setempat 1x8 1x4 1x8 PERGERAKAN KIRAAN 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x4 1x4 1x4 1x4 1x8 1x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN ASLI BIL 1 RAGAM Petik Bunga - Kanan SUSUNAN PERGERAKAN a. Kaki kanan langkah ke sisi kanan kemudian kaki kiri silang ke kaki kanan. b. Tangan kiri perempuan mencubit peha kiri manakala tangan kanan petik bunga a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri kemudian kaki kanan silang ke kaki kiri. b. Tangan kanan perempuan mencubit peha kanan manakala tangan kanan petik bunga. a. Silang kaki kanan di depan kaki kiri manakala tangan bertemu di tengah dan buka ke sisi dalam kedudukan 45 darjah. b. Tangan kilas angin di sisi badan ke atas a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri dengan kiraan berganda (double) kemudian kaki kiri silang ke kaki kanan. b. Tangan kiri wanita mencubit peha kiri manakala tangan kanan petik bunga. KIRAAN 1X8

Petik Bunga - kiri

1X8

Silang Kaki ke kanan Bertemu dan Buka Tangan ke Sisi

1X8

Silang Kaki ke Kiri Bertemu dan Buka Tangan ke Sisi

1X8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN JOGET Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari lelaki dan perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga popular ditarikan secara beramairamai dalam pesta keramaian dan dikenali sebagai joget lambak.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

TARIAN JOGET ASAS GERAK TARI JOGET (LAGU : SERAMPANG LAUT) BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Setempat Maju Setempat Undur Setempat Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik) Setempat Maju Undur Setempat Ragam S, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi) Ragam S, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik) Setempat Ragam Terancang Setempat PERGERAKAN KIRAAN 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 2x8 1x8 1x8 1x8 1x8 2x8 2x8 1x8 2x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

15 16 17 18 19

Ragam Terancang Lompat Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri Ragam Angkat Kaki ke Hadapan Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur)

2x8 1x4 1x4 1x4 1x4

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN JOGET BIL 1 RAGAM Kunang-kunang Mabuk SUSUNAN PERGERAKAN a. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, membuat silang bersama kaki kiri di belakang kaki kanan. b. Kaki kanan dibuka ke sisi. c. Pusing badan, membuat kaki kiri di sisi. d. Silangkan kaki kanan ke belakang kaki kiri e. Membuka dan meletak kanan kiri di sisi dan pusing dengan membuka kaki kanan di sisi. f. Ulang ragam yang sama sekali lagi. a. Langkah berjuntai membuat separuh bulatan. b. Balas di sebelah dengan separuh bulatan juga. c. Langkah berjuntai maju ke hadapan dan undur. d. Langkah berjuntai keempat-empat penjuru. e. Ulang ragam yang sama sekali lagi hingga balik ke tempat asal a. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 darjah. Ibu jari kaki cecah ke lantai. b. Silangkan kaki kanan dengan kaki kiri. c. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 darjah sekali lagi. d. Susunkan kaki kanan di sebelah kaki kiri. e. Ulangkan di sebelah kaki kiri pula dan seterusnya hingga tamat lagu terancang. a. Sama dengan Terancang Setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan dengan melompat ke tempat KIRAAN 1,2

3 4 5,6 7,8 1x 8

S maju, undur dan empat penjuru

1,2,3,4 5,6,7,8 1,2,3,4 5,6,7,8 2x8

Terancang Setempat

1 2 3 4 5,6,7,8 1x8

Terancang Lompat

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN SUMAZAU Etnik Kadazan, Dusun, Penampang ialah sub etnik kumpulan Kadazan Dusun yang tinggal di daerah Penampang luar pinggir Bandar raya Kota Kinabalu. Tarian ini merupakan tarian suku kaum Kadazan yang paling popular wujud melalui kepercayaan spiritual iaitu kepercayaan terhadap Bambazon (semangat padi bagi masyarakat Kadazan-Dusun). Tarian ini pada zaman dahulu ditarikan untuk menyambut pahlawan-pahlawan yang pulang dari medan perang yang membawa kepala musuh. Kepala musuh yang terkorban akan digantung pada daun silat dan dibawa menari bersama-sama supaya roh yang terkorban tidak akan mengganggu atau menimbulkan bencana pada pahlawan dan masyarakat sekitarnya. Sumazau juga bererti menari dengan penuh keriangan dan kejayaan.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN ETNIK ASAS GERAK TARI SUMAZAU BIL 1 2 3 4 5 PERGERAKAN Henjut setempat (henjut kedua-dua belah kaki) Henjut bersilang setempat Henjut bersilang maju ke hadapan Henjut bersilang setempat Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan naik perlahan-lahan) 6 7 8 9 10 Setempat Bergerak ke sisi kanan Bergerak ke sisi kiri Setempat Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan-lahan) 11 12 13 14 Henjut bersilang setempat Undur Henjut bersilang kaki setempat Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik perlahan-lahan) 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 KIRAAN 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

15 16 17 18 19

Setempat Pusing ke kiri Balas pusing ke kanan Setempat Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun perlahan-lahan)

1x8 1x8 1x8 1x8 1x8

20

Henjut bersilang setempat

1x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

SEJARAH TARIAN WAU BULAN Pada musim menuai, di negeri- negeri sebelah pantai timur sering diadakan persembahan dan permainan seperti gasing, wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain. Bersempena dengan permaianan wau, maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta dan mendapat sambutan. Dahulu tarian ini mengisahkan cara anak muda bermainmain wau pada musim menuai. Kegembiraan dan kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan wanita. Tarian ini menggunakan muzik iringan seperti serunai, rebab, gendang, gong, kesi dan lain- lain.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN WAU BULAN BIL 1 RAGAM Gerak Berkepak Maju SUSUNAN PERGERAKAN a. Kaki kanan langkah ke hadapan sambil tangan kanan mengepak (45 darjah) mengikut arah kaki kanan. b. Kaki kiri langkah ke hadapan sambil tangan kiri mengepak (45 darjah) mengikut arah kaki kiri. a. Kaki kanan langkah ke hadapan dan lutut direndahkan sebelah kanan sambil menepuk tangan sebelum tangan kiri mengepak ke atas. b. Kaki kiri langkah ke hadapan dan lutut direndahkan sebelah kiri sambil menepuk tangan sebelum tangan kanan mengepak ke atas. a. Kaki kanan di depan kaki kiri manakala tangan digoyangkan bahu depan sambil duduk melutut. b. Kaki kanan di depan kaki kiri manakala tangan digoyangkan bahu ke belakang sambil duduk melutut. a. Bergerak ke sisi kanan sambil tangan bergerak tepis ke kanan. b. Bergerak ke sisi kiri sambil tangan bergerak tepis kiri. a. Bergerak ke kanan sambil menepuk tangan. Kaki kiri diangkatkan sedikit sementara pergelangan tangan dipusing dari arah dalam ke arah luar. KIRAAN 1, 3, 5, 7

2, 4, 6, 8

Gerak Berkepak Setempat

1, 2, 3, 4

5, 6, 7, 8

Gerak Goyang Bahu Depan/ Belakang Sambil Duduk

1, 2, 3, 4 5, 6, 7, 8

Gerak Tepis Zig-zag

1, 2, 3, 4 5, 6, 7, 8

Gerak Zig-zag Sambil Tepuk

1, 2, 3, 4

5, 6, 7, 8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

b. Bergerak ke kiri sambil menepuk tangan. Kaki kanan diangkatkan sedikit sementara pergelangan tangan dipusing dari arah dalam ke arah luar.

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI TARIAN WAU BULAN ASAS PERGERAKAN

BIL 1 2 3 4 Setempat Maju Undur

PERGERAKAN

KIRAAN 1x8 1x8 1x8 2x8

Gerak berkepak maju (dahulukan dengan kaki kanan)

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

Gerak berkepak setempat Goyang bahu ke depan sambil duduk Goyang bahu ke belakang sambil duduk Susun benang Tarik benang Goyang bahu sambil berdiri Gerak acah kanan Gerak acah kiri Setempat Setempat hayun dan jingkitkan kaki Setempat pusing 4 penjuru kanan

2x8 1x4 1x4 2x8 2x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8 1x8

______________________________________________________MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI

16 17 18 19 20

Setempat pusing 4 penjuru kiri Setempat hayun dan jingkitkan kaki Gerak tepis zig-zag Gerak zig-zag sambil tepuk kanan dan kiri Gerak bertepuk dan lompat

1x8 1x8 2x8 2x8 1x7