P. 1
Aku Sebuah Kereta

Aku Sebuah Kereta

|Views: 36|Likes:
Dipublikasikan oleh Roslan Abdullah
karangan
karangan

More info:

Published by: Roslan Abdullah on Apr 23, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/02/2013

pdf

text

original

AKU SEBUAH KERETA Aku sebuah kereta.

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam, Selangor. Aku diberi nama Proton Inspira. Aku dilahirkan bersama ramai kawan. Aku gembira melihat badanku yang berwarna merah dan hiasan dalaman yang berwarna coklat. Badanku kelihatan kukuh dan berkilat. Aku diperbuat daripada besi, kaca dan getah. Aku mempunyai empat kaki yang dikenali sebagia roda. Kaki ku diperbuat daripada getah. Aku juga mempunyai dua lampu yang akan menyuluh jalan apabila waktu malam. Pada suatu hari aku dan beberapa kawan ku dibawa menaiki sebuah lori, untuk dihantar ke sebuah kedai menjual kereta. Di sana aku melihat lebih ramai kawan-kawanku sudah berada di situ. Ada yang berwarna putih, merah, kuning, hijau dan lain-lain. Hatiku gembira kerana bersua dengan rakan-rakan baru. Aku dipamerkan di sebuah tempat yang berhampiran dengan pintu masuk. Setiap hari ramai pengunjung datang untuk melihat kereta disini. Ada juga yang memuji kecantikan ku. Aku merasa sangat bangga. Belum sampai seminggu aku di kedai itu, seorang lelaki kaya telah menghampiriku. Dia memuji kecantikan diriku. Setelah tawar-menawar lelaki muda itu bersetuju membeli ku. Aku diletak nombor pendaftaran CCT 229. Sebaik sahaja mereka berjabat tangan, aku terus dipacu keluar. Aku digunakan untuk membawa tuan ku ketempat kerja dan juga untuk bersiar-siar. Aku selalu dipuji oleh kawan-kawan tuan ku. Setiap minggu tuan ku akan memandikan aku untuk membersihkan badan ku. Semasa mandi tuanku membasuh ku dengan menggunakan syampu yang wangi. Pada suatu hari berlaku satu peristiwa sedih yang menimpaku. Hujan lebat yang turun sepanjang hari telah menyebabkan badanku dinaiki air. Pemiliku ketika itu tidak menyedarinya kerana sibuk bekerja. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat dirinya yang sudah dipenuhi lumpur dan kekotoran. Setelah bertahun-tahun berkhidmat aku semakin dilupakan. Warna dibadanku semakin pudar. Aku terdengar yang tuan ku ingin mebeli kereta baru. Aku berasa sedih kerana selepas ini tuan ku tentu tidak memerlukan perkhidmatan ku lagi

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->