Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA 78300 MASJID TANAH MELAKA

Tel: 06-3841366 / Fax: 06-3844009 emel: mbb0044@pd.jaring.my

PROGAM EKSPLORASI KE TAMAN RAMA-RAMA & TAMAN BUAYA AYER KEROH, MELAKA.

Tarikh :
03 NOVEMBER 2011

Tempat :
TAMAN RAMA-RAMA & TAMAN BUAYA

Masa :
8.00 pagi hingga 01.00 tgh

Anjuran :
Panitia Pendidikan Moral

KERTAS KERJA PROGRAM EKSPLORASI KE TAMAN RAMA-RAMA & REPTILIA


PENDAHULUAN
Melaka Bandaraya Bersejarah terkenal dengan tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dilawati dan dikunjungi. Ekoran daripada itu, Panitia Pendidikan Moral SK Sri Laksamana merasakan satu tanggungjawab untuk membawa murid-murid Pendidikan Moral Tahun 1 hingga Tahun 6 melihat sendiri suasana pembelajaran di luar kelas dengan melawati tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Ayer Keroh. Program lawatan ke Taman Rama-rama & Taman Buaya merupakan antara aktiviti pembelajaran luar bilik darjah yang sangat berfaedah untuk murid-murid sekolah ini. Dengan cara ini, murid-murid dapat meneroka ilmu secara langsung mengenai keindahan alam flora dan fauna yang terdapat di negara kita berdasarkan pengalaman sebenar . Murid-murid juga berpeluang mengalami sendiri pengalaman meneroka sekitar tempat lawatan melalui aktiviti mencari harta karun yang menarik dan mencabar yang disediakan oleh pihak pengurusan taman rama-rama itu .

MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 1 Tahun 6 tentang kehidupan sebenar haiwan dan tumbuhan yang menarik dan jarang ditemui yang ada di sekeliling mereka.

OBJEKTIF
1. Mengenali flora dan fauna yang terdapat di sana dan menghubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang bermakna. 2. Berpeluang berinteraksi dengan masyarakat luar dan memupuk semangat kerjasama di antara kumpulan melalui aktiviti yang disediakan..

SASARAN

30 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6 berserta 4 orang guru pengiring

TARIKH, HARI & MASA


Tarikh : 03 November 2011 Hari : Khamis Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

TENTATIF PROGRAM
08.00 pagi 08.30 pagi 09.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh : : : : : : : Pendaftaran murid Bertolak ke Taman Rama-rama Lawatan sekitar Taman Rama-rama & Reptilia Minum Pagi ( Nasi Goreng dan Air Minuman ) Bertolak Ke Taman Buaya Lawatan sekitar Taman Buaya Bertolak balik ke sekolah

KEWANGAN Peruntukan kewangan :


1. Panitia Pendidikan Moral JUMLAH KESELURUHAN = RM 640.00 = RM 640.00 = RM 250.00 = RM 390.00

Perbelanjaan :
1. 2. Pengangkutan RM 250 x 1 buah bas Bayaran Tahun 1 & 6 RM 13 x 30 orang murid ( Tiket Masuk Ke Taman Rama-rama : RM 3 ) ( Sarapan Nasi Goreng , Air Minuman & Makan Tghhari : RM 7 ) (Tiket Masuk Ke Taman Buaya : RM 3 ) Jumlah : RM13 JUMLAH KESELURUHAN

= RM 640.00

ANJURAN
Panitia Pendidikan Moral.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM


JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Bendahari : : : : : : : En. Hamzah bin Othman ( Guru Besar ) Pn. Rabeah binti Jamaluddin ( GPK 1 ) Pn. Hanim binti Yasin ( GPK HEM ) En. Basri bin Ab. Ghani ( GPK KOKU ) Pn. Hjh Asaiah binti Hj. Ahmad ( GPK P. Khas ) Pn. Zaimahani binti Said Pn. Anisah binti Ab. Karim

GURU PENGIRING PROGRAM LAWATAN A ) Pn. Zaimahani binti Said B ) Pn. Siti Asiah binti Abdullah C ) Pn. Anisah binti Ab. Karim D ) En. Muhammad Faruz bin Ali

KESIMPULAN
Lawatan yang dirancangkan merupakan satu pendedahan kepada murid-murid dan diharap melaluinya mereka dapat mengetahui dan mengenali secara lebih dekat tentang flora dan fauna yang terdapat di Taman Rama-Rama & Taman Buaya di Ayer Keroh. Selain itu juga dapat mendidik murid-murid untuk berkomunikasi dengan cara yang bersopan-santun dan dapat mengenali antara tempat-tempat yang menarik di dalam sektor pelancongan di negara kita.

Disediakan oleh, ( ZAIMAHANI BINTI SAID ) Setiausaha Guru Bimbingan & Kaunseling SK Sri Laksamana 78300 Masjid Tanah, Melaka Disahkan oleh , .. ( HAMZAH BIN OTHMAN ) Guru Besar SK Sri Laksamana 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Disemak oleh , .. ( RABEAH BINTI JAMALUDIN ) Guru Penolong Kanan Satu SK Sri Laksamana 78300 Masjid Tanah, Melaka

Beri Nilai