Anda di halaman 1dari 5

Peranan dan Tugas Mengajar Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci jika

mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Di antara tugas seorang guru ialah 1. menyampaikan ilmu pengetahuan 2. menyampaikan maklumat 3. menyampai dan 4. memberi kemahiran serta 5. memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas. Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu, contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa dan sebagainya. Jelas menunjukkan bahawa menjadi seorang guru merupakan satu tugas dan peranan yang agak berat. Sebenarnya, jika anda anggap tugas itu berat, maka beratlah ia. Jika anda terima ia sebagai satu cabaran dengan cara yang positif, maka mudahlah ia. Pengajaran Sains Berkesan Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani, minda serta jasad pelajar. Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani. Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani. Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada: a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran, b. Keperluan bahan pengajaran c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran d. Kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah: 1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari. 2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah 3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah 4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah. 5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah.

6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah. 7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah. 8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah. 9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah. 10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah. 11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan. Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja. Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan guru. Syarat Utama mengajar Sains Berkesan Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:` 1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar. 2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya. 3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan. 4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain. 5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain. 6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur. 7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya. 8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya. 9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar. 10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar. 11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar. 12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar. 13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar. 14. Mempunyai sikap suka mendengar. 15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar. 16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan. 17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif. 18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar. 19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar. 20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi. 21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan.

22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi. 23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya. 24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha. 25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya. 26. Sentiasa bertawakal kepada Allah. Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan. Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu: 1. Kaedah heuristik Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 2. Kaedah induktif. kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa. 3. kaedah deduktif. ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh. 4. kaedah Dogmatik Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat. 5. Kaedah projek. pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai. 6. Kaedah amali. Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 7. Kaedah Lawatan. Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah. 8. Kaedah Sintesis.

pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan. 9. Kaedah Topik Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan. 10. Kaedah Simulasi Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang mereka boleh mainkan. keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu. 11. Kaedah Cerita Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar. 12. kaedah perbincangan Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian. 13. kaedah Modular Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan. 14. kaedah soal jawab Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap. Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut: 1. Melakukan eksperimen 2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen 3. Membuat pemerhatian/pengamatan 4. Mengenal pasti perubahan 5. Mengenal pasti perbezaan 6. Mengenal pasti kesamaan 7. Membuat perbandingan 8. Mencatat data 9. Mengolah/memproses data 10. Meramal berdasarkan data 11. Mengingat kembali fakta 12. Membuat kesimpulan

13. Mentafsir data dan maklumat 14. Membuat hipotesis 15. Membuat inferens 16. Membuat laporan (berkomunikasi) 17. Menggunakan konsep 18. Memberi alasan/sebab 19. Melukis rajah 20. Melabel rajah 21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul 22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul 23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadapi UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia. Persediaan Pengajaran 1. Sediakan tajuk pengajaran 2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai: 1. Apakah konsep penting dalam tajuk 2. Apakah isi-si penting 3. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk 4. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah) 5. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan 6. Contoh yang berkaitan 7. kesimpulan yang disampaikan 3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang: 1. Induksi set 2. kaedah interaksi 3. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

Anda mungkin juga menyukai