Anda di halaman 1dari 18

USAHAWAN DIGITAL

Teknik Power Penghasilan Produk Digital dan Jana Wang Tanpa Had

Oleh: Ferdy Fauzi

Usahawan Digital

Page 1

Isi Kandungan

Topik Mengenai Penulis Apa Itu Produk Digital Produk Fizikal vs. Produk Digital Langkah Utama Penghasilan Produk Digital Mitos dan Fakta dalam Perniagaan Produk Digital Menentukan Format Digital Checklist Perniagaan Produk Digital Penutup

Muka Surat 3 4 5 6 9 13 15 16

Usahawan Digital

Page 2

Mengenai Penulis
Ferdy Fauzi merupakan blogger, programmer dan usahawan internet yang banyak memberikan perrkongsian idea dan buah fikiran di laman blognya www.freejer.com. Mula membabitkan diri dengan perniagaan internet sejak 2008, beliau sudah menceburi pelbagai model bisnes perniagaan internet seperti affiliate, software, adsense, ebay dan sebagainya. Turut terlibat dalam pembangunan beberapa laman web korporat dan juga laman blog usahawan melalui platform Wordpress. Produk pertama yang dilancarkan secara besar-besaran ialah program PPL Software Sempoi di laman web www.softwaresempoi.com di mana bertujuan untuk memberikan software perniagaan internet secara percuma serta membina hubungan antara usahawan-usahawan internet yang lain. Add saya: www.facebook.com/ferdyfauzi dan lawati blog saya www.freejer.com Hakcipta Terpelihara. Anda boleh menggunakan ebook ini melalui syaratsyarat yang telah ditetapkan seperti di bawah: [YA] Boleh diberikan percuma kepada orang lain [YA] Disebarkan di laman web/email anda [YA] Diberikan sebagai hadiah atau bonus pembelian [YA] Disebarkan melalui forum, portal atau facebook [YA] Diletakkan dalam laman web keahlian percuma atau berbayar [TIDAK] Diedit dan ditukar isi kandungan dalam ebook ini [TIDAK] Copy dan paste isi kandungan ebook ini dalam bentuk yang lain [TIDAK] Dijual sebagai Resell Rights, Master Resell Rights atau Private Label Rights

Usahawan Digital

Page 3

Apa itu Produk Digital ?


Kini, perniagaan produk digital telah menjadi antara salah satu model bisnes pilihan bagi rakyat Malaysia. Ada produk digital yang menjadi dan menjana ribuan ringgit, ada juga yang kurang berjaya dan ada juga yang sederhana sahaja pendapatannya. Semuanya bergantung kepada permintaan orang ramai dan strategi yang di gunakan oleh usahawan tersebut. Bercakap mengenai produk digital, salah satu jalan yang paling mudah untuk menembusi pasaran yang menguntungkan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos ialah dengan menghasilkan produk digital yang berkualiti tinggi. Produk-produk digital terdapat dalam pelbagai format, termasuklah: Ebook Laporan (kurang dan lebih ringkas dari ebook) Tutorial Video Rakaman Audio Grafik/Animasi Software Teleseminar / Webinar

Usahawan Digital

Page 4

Produk Fizikal vs. Produk Digital


Perniagaan konvensional memerlukan banyak perbelanjaan untuk diuruskan dan dikendalikan dengan berkesan. Secara umumnya anda perlu membayar ruang pejabat, ruang gudang, dan inventori. Anda ada pekerja-pekerja yang memerlukan gaji bulanan dan bonus setiap tahun. Anda perlu membayar untuk membuat produk, atau cipta milik anda sendiri daripada bahan-bahan mentah yang mempunyai kos yang tinggi. Anda juga perlu menguruskan proses penghantaran dan pembungkusan. Perniagaan produk digital sebenarnya ada lebih banyak faedah berbanding menjual produk fizikal: Selepas siap dibuat, anda boleh jual produk digital berkali-kali tanpa perlu membuat apa-apa yang baru. Produk digital tidak memerlukan sumber-sumber mentah seperti produk fizikal. Produk digital tidak memerlukan anda menyimpan stok, membungkus barang, atau menghantar apa-apa. Menjual produk digital boleh dibuat dengan mudah dari rumah, jadi anda tidak perlukan sebarang lokasi fizikal. Anda tidak perlu upah apa-apa pekerja sehingga jumlah jualan anda memerlukan sokongan tambahan. Sebaik sahaja anda upah pekerja, kebanyakan bisnes anda boleh beroperasi secara autopilot untuk menjana pendapatan pasif.

Usahawan Digital

Page 5

Langkah Utama Penghasilan Produk Digital


Menghasilkan produk digital adalah sangat mudah. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu berdasarkan apa sahaja permintaan yang ada. Produk digital boleh jadi berkaitan komputer, software, produk informasi mengenai apa sahaja, asalkan mendatangkan keuntungan Untuk memudahkan anda membina produk digital, saya telah menyediakan enam langkah yang anda boleh ikut untuk menghasilkan produk digital anda sendiri. Enam langkah berikut adalah :

Langkah 1: Pilih satu topik di dalam niche anda.


Seperti biasa, langkah pertama dalam penghasilan produk digital adalah pemilihan tajuk. Cari satu tajuk yang agak kontroversi di dalam niche anda dan mempunyai banyak permintaan. Contohnya di dalam niche kewangan, anda boleh tulis tujuh cara memaksa diri sendiri untuk menyimpan wang. Untuk niche kerjaya pula, anda boleh tulis 7 teknik memenangi hati majikan ketika temudaga. Tidak kiralah apa tajuk yang anda pilih, ia perlulah mempunyai permintaan yang banyak. Ini kerana permintaan yang banyak boleh memberi keuntungan segera kepada anda.

Usahawan Digital

Page 6

Langkah 2: Buat kajian mengenai topik.


Selepas memilih tajuk, tanpa berlengah, anda cari sekurang-kurangnya tujuh tip yang berkaitan dengan topik anda. Katakan anda memilih topik tujuh cara memberitahu anak perempuan mengenai haid. Anda buat carian di Internet untuk cari maklumat mengenainya. Anda juga boleh bertanyakan pada mereka yang pakar dalam bidang tersebut supaya anda boleh mendapat maklumat yang lebih terperinci. Selain itu, anda boleh lakukan kajian di perpustakaan ataupun di dalam majalah yang berkaitan dengan topik anda. Selepas anda menyiapkan tip-tip tersebut, anda perlulah menulis rumusan bagi setiap tip atau panduan.

Langkah 3: Tulis 50 patah perkataan bagi setiap tips.


Tujuh tip yang anda cari itu, anda perlu tulis rumusan mengenai topik tersebut sekurang-kurangnya 50 patah perkataan. Anda perlu teruskan kajian mengenai topik yang anda pilih itu berdasarkan tujuh tip yang anda dapat cari. Bagi setiap tip pula, dengan menggunakan ayat sendiri, anda perlu tulis rumusan mengenainya.

Usahawan Digital

Page 7

Langkah 4: Jadikan sebagai satu bab bagi setiap tips,.


Proses seterusnya adalah melakukan kajian lebih mendalami bagi setiap tip atau panduan. Bentuk tujuh bab berdasarkan satu tip. Tulis segala maklumat penting yang ada bagi setiap tip dan bentuk setiap tip menjadi satu bab yang lengkap dengan maklumat.

Langkah 5: Buat video bagi setiap tips.


Langkah ini adalah pilihan. Kadangkala pembeli malas hendak membaca ebook dan mereka lebih senang untuk menonton video. Anda boleh cipta video berbentuk slide yang di sertakan dengan suara untuk menghuraikan segala maklumat yang ada di dalam ebook anda. Setiap tip, anda buat satu video.

Langkah 6: Pakejkan menjadi satu produk digital.


Ebook yang siap ditulis dan video yang siap dirakam di gabungkan untuk dijadikan produk digital. Tentukan harga bagi produk anda dan ia sedia untuk dijual kepada orang ramai.

Usahawan Digital

Page 8

Mitos dan Fakta dalam Perniagaan Produk Digital


Tidak semuanya mudah dalam perniagaan produk digtal di internet. Sekiranya anda masih bersemangat untuk meneruskan perniagaan digital, teruskan bacaan anda kerana terdapat tujuh mitos yang patut anda tahu mengenai perniagaan produk digital

Mitos #1 : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.


Kebanyakan Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Kebanyakkan orang pasti berfikir: tiada idea yang bernas, maka maka tidak ada orang yang akan membeli produk digital anda. Jika anda perhatikan sendiri, kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet. Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook atau produk digital yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.

Usahawan Digital

Page 9

Mitos #2 ; Anda perlu menjadi pakar.


Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menghasilkan produk digital. Apa yang anda perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti produk bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu kepada audience anda. Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat tersebut. Baca 3 jenis buku dalam niche yang sama dan anda faham apa yang di perkatakan di dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri sama ada dalam bentuk ebook, video, audio dan sebagainya. Kemudian jual produk kepada orang ramai di internet. Tidak sukar bukan?

Mitos #3 : Masa untuk menghasilkan sesuatu produk adalah lama.


Inilah mitos yang selalunya menghalang anda untuk terus menghasilkan produk digital. Tidak susah sebenarnya untuk menulis ebook, membuat video tutorial mahupun menghasilkan panduan berasaskan audio. Jangan terlalu perfectionist dalam menghasilkan produk anda. Anda cari masalah, selesaikan masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum. Proses penulisan produk informasi adalah sangat mudah.

Usahawan Digital

Page 10

Mitos #4 : Anda perlu ada minat yang mendalam


Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan sendiri produk tersebut. Lakukan kajian terhadap sesuatu topik yang akan anda hasilkan. Di sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk tersebut. Sebagai contoh, apabila anda menulis, anda perlu serapkan minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di baca.

Mitos #5 : Anda memerlukan testimoni yang kukuh sebelum menjual


Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan testimoni. Senang sahaja, anda menghasilkan produk digital, berikannya kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi. Testimoni adalah jaminan untuk anda terus menjual produk anda. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk dijadikan testimoni.

Mitos #6 : Niche tertentu telah tepu.


Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. Di dalam industri informasi, semua jenis produk boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua perkara telah di terokai.

Usahawan Digital

Page 11

Ada sahaja jalan untuk menjadikan produk anda lebih baik dari produk orang lain. Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah difahami dan lain-lain teknik lagi. Sekiranya sesuatu niche tersebut telah banyak diterokai, cuba anda hasilkan dalam bentuk lain seperti video tutorial, audio, forum tertutup dan sebagainya.

Mitos #7 : Sukar untuk menemui Unique Selling Point (USP)


Ia bermaksud apa yang produk anda ada tetapi tiada pada produk pesaing anda. Ini akan mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Di dalam industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda, contohnya dengan sekiranya pesaing anda sudah menghasilkan ebook mengenai jana wang melalui Clickbank, anda boleh menghasilkan tutorial Clickbank dalam bentuk video. Ini akan membuatkan produk anda unik dan menarik prospek untuk membeli produk anda.

Usahawan Digital

Page 12

Menentukan Produk Format Digital


Bila disebut tentang produk digital, ianya terdiri dari pelbagai aspek digital seperti perisian, audio, video, ebook dan beberapa lagi aspek digital lain. Masalah dalam penerbitan produk adalah apakah format digital yang sesuai untuk menerbitkan sesebuah produk. Berikut adalah beberapa format yang anda boleh gunakan dalam penerbitan produk berunsur informasi:

Ebook
Kebanyakan produk digital adalah dalam format eBook, yang mana adalah jenis buku yang boleh dimuat turun dan dibaca di komputer atau alat-alat elektronik lain. Format sebegini banyak digunakan dalam penerbitan produk-produk informasi. Hal ini kerana, eBook dapat dicetak dan dibaca dalam bentuk buku (hardcopy). Secara langsung ianya tetap dapat memberikan perasaan yang sama seperti membaca buku yang dibeli dikedai.

Video
Video adalah format yang amat popular. Sesetengah orang lebih gemar maklumat mereka dalam format video kerana ia lebih menyeronokkan, tetapi anda perlu ingat bahawa tidak semua orang menggemari kandungan video.

Usahawan Digital

Page 13

Terdapat juga orang yang mempunyai sambungan Internet perlahan yang tidak boleh tonton video secara online, jadi anda mesti pastikan untuk menawarkan kandungan bertulis bagi mereka yang tidak boleh muat turun video.

Audio
Audio adalah satu lagi kemungkinan bagi penerbitan produk digital anda. Anda boleh baca eBook anda dan letakkannya dalam format audio, upah jurucakap untuk bercakap bagi pihak anda, atau anda boleh tawarkan fail audio tambahan yang mempertingkatkan nilai produk anda. Sebagai contoh, jika anda ada produk tafakur, anda boleh tawarkan muzik yang menenangkan hati atau bunyi-bunyian alam semulajadi. Anda boleh juga gunakan kombinasi format-format ini dan cipta satu tawaran pakej. Ini akan membuatkan tawaran anda lebih memikat kepada prospek anda, dan ia juga akan membuatkan produk anda nampak lebih bernilai berbanding hanya eBook tunggal. Anda harus ingat, prospek mempunyai keinginan yang berbeza. untuk menarik minat prospek, anda harus memberikan mereka sesuatu yang mereka minati dan mempunyai tambah nilai kepada mereka.

Usahawan Digital

Page 14

Checklist Perniagaan Produk Digital


Bagi melancarkan produk online anda, berikut adalah senarai semak untuk anda memulakan perniagaan produk digital: Langkah Penyediaan Produk Digital Lakukan kajian untuk pasaran anda dan sesuaikan dengan idea yang anda ada. Beli domain untuk perniagaan anda. Beli Hosting. Pasang autoresponder di squeeze page sementara anda membina produk yang anda telah rancang. Bina produk anda Order minisite atau buat sendiri minisite untuk produk anda. Tulis surat jualan bagi produk Bina halaman terima kasih/halaman download untuk produk anda. Pilih cara terbaik untuk anda menerima bayaran dan bina order page. Muat naik segala data laman web ke dalam hosting. Bila semuanya sudah siap, beritahu kepada list anda. Bina sistem affiliate selepas anda selesai promosi pada list anda untuk membina pendapatan pasif. Lakukan promosi secara berkala. Ulang kembali langkah pertama untuk produk seterusnya.

Usahawan Digital

Page 15

Penutup
Dengan menggunakan tips yang saya senaraikan ini, saya pasti anda akan dapat penyelesaian bagi masalah bagaimana hendak menghasilkan produk digital pertama anda dan produk-produk seterusnya. Apabila anda sudah menemui topik yang anda rasa anda boleh hasilkan, teruskan matlamat anda sehingga ke garisan penamat. Jangan berhenti menulis, merekod video atau cuba-cuba untuk mengubah topik asal anda. Kadangkala, di dalam proses penghasilan produk, perasaan ingin cepat untung telah mengaburi minda anda untuk memperoleh idea bagi penulisan ebook anda. Sebaiknya, perasaan cekal dan fokus perlu ada supaya produk anda dapat dihasilkan pada waktu yang ditetapkan. Kekalkan matlamat anda, InsyaAllah produk anda akan siap dan boleh dijual kepada pengguna atau prospek anda. Semoga perniagaan produk digital anda akan terus berkembang dan menjadikan anda seorang usahawan berjaya nanti!

Usahawan Digital

Page 16

Tawaran Istimewa

Dapatkan di: http://itsferd.com/empayar


Apa kata mereka... "Kandungan yang lengkap dengan strategi dan taktikal yang Ammar Zahar gunakan selama ini" - Gero Azrul, Presiden PUIM (www.puim.my) "Cara paling pantas memiliki perniagaan internet selama 6 tahun dalam perniagaan internet dalam masa sehari dengan membaca buku ini!" - Shuth, Founder Forum WangCyber "Buku Perniagaan Internet yang Wajib Dihadam" - Smartzul, Usahawan Internet Inilah Strategi Sebenar yang Terbukti Berkesan, Membantu Anda Buat Duit Online, Pecat Bos Anda dan Bina Perniagaan Internet! Layari laman web ini: http://itsferd.com/empayar

Usahawan Digital

Page 17

Hadiah istimewa menanti anda bagi setiap pembelian

PERCUMA UNTUK ANDA!!

Satu-satunya tools yang dapat membantu anda dalam merealisasikan perniagaan internet anda! Software Mantap Perniagaan Internet!

Dapatkannya di http://www.softwaresempoi.com/

Usahawan Digital

Page 18

Anda mungkin juga menyukai