Anda di halaman 1dari 1

Terdapat dua jenis kritikan dalam persejarahan sejarah. Iaitu Kritikan luaran dan kritikan dalaman.

Bentuk Kedua-dua kritikan ini adalah berbeza dari satu sama lain. Di dalam buku Penghantar Sejarah tulisan Dr.P.Sivarajan, beliau telah mendefinisikan beberapa faktor yang ada hubung kait dengan konsep kritikan sejarah. Kritikan luar bermaksud usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengesahkan sesuatu sumber primer. Pengesahan sesuatu pengesahan sesuatu sumber primer ini perlu dilakukan akibat daripada perbuatan memalsukan sumber-sumber primer. Terdapat pelbagai sebab yang mendorong segelintir pihak terlibat dalam cubaan untuk memalsukan sumber-sumber primer. Antaranya ialah untuk mengesahkan tuntutan politik dan juga hasrat untuk mencari wang. Bagi memastikan ketulenan sumber-sumber primer maka dokumen-dokumen yang dirujuk oleh ahli-ahli sejarah perlu melalui empat ujian utama iaitu ujian kimia, ujian bahasa , ujian tulisan tangan dan ujian bahan. Keempat-empat ujian dalam kritikan luar adalah sangat mustahak dan sangat penting dalam membuktikan dan mengesahkan kesahihan bahan bukti sejarah. Ujian kimia dilakukan oleh pakar kimia bagi memastikan bahan bukti sejarah itu tulen yang ubah mengikut peredaran masa dari kontent serta alat yang ditemui. Kajian ujian kimia akan mengesahkan kesahihan serta lamanya bahan bukti sejarah yang ditemui. Contohnya kajian arkeologi yang menemui bahan tulang manusia zaman purba. Ujian kimia akan menentukan tulang itu milik siapa dan zaman., Selain ujian kimia,, ujian bahasa ke atas sumber-sumber sejarah amat penting untuk ahli-ahli sejarah. Gaya bahasa bagi sesuatu bahasa sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan zaman. Oleh itu gaya bahasa akan berubah dari sudut nahu, istilah , struktur ayat, ejaan dan tanda bacaan. Contohnya gaya bahasa tahun 1500 tidak sama dengan gaya bahasa tahun 2000. Seterusnya ujian tulisan tangan adalah hanya digunakan terhadap sumber-sumber primer yang melibatkan dokumen yang ditulis dengan tangan dan bukan ditaip ataupun cetak. Namun bahan tulisan tangan boleh dipalsukan ataupun dimanipulasikan dengan niat mengaut keuntungan. Akan tetapi, penggunaan peralatan yang berteknologi tinggi dapat mengesan bahan sejarah yang ditulis dengan tangan itu memang asli. Manakala ujian bahan digunakan demi mengkaji ketulenan bahan-bahan sumber sejarah yang didapati melalui arkeologi.

Anda mungkin juga menyukai