Anda di halaman 1dari 2

Sinopsis Drama Dato Onn mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajah dan menuntut

kemerdekaan sehingga ke akhir hayatnya.Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura. Di sana Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpkampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka inannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Kemudian Jepun menyerang Tanah. Tema PERJUANGAN SEORANG PEMIMPIN MELAYU UNTUK MENYATUPADUKAN BANGSA MELAYU KE ARAH KEMERDEKAAN. PERSOALAN Keperluan untuk bersatu padu untuk mencapai hasrat Konflik yang timbul dikalangan ahli politik. Keadaan politik dan sosial di Tanah Melayu pada zaman sebelum kemerdekaan. Pengorbanan demi memperjuangkan kemerdekaan negara

WATAK DAN PERWATAKAN DATO ONN JAAFAR

Bersemangat Patriotik: Dato Onn nekad untuk memerdekakan Tanah Melayu. Berpandangan Jauh: Dato Onn memberi amaran bahawa orang Melayu akan melakukan kesilapan yang paling besar sekiranya bergabung dengan MPAJA. Berani: Beliau berani menyuarakan pendapatnya tentang penindasan penjajah Inggeris terhadap bangsa Melayu kepada ketuanya yang merupakan pegawai atasan Inggeris. HALIMAH

Penyayang: Sayang akan suaminya Setia: Sanggup hidup dalam keadaan terhimpit bersama-sama suaminya. Dia sanggup menjual kuih di warung. Rasional: Menyedarkan suaminya dan Syed Hussein bahawa modal diperlukan untuk menubuhkan akhbar sendiri.

PENJAJAH INGGERIS Penindas Rakyat: Dato Onn yang bekerja sebagai pemungut hasil negeri tidak diberi kemudahan seperti pengawai penjajah. Penuh Dengan Tipu Muslihat: Menubuhkan Malayan Union untuk memusnahkan orang Melayu. Berniat Jahat: Maxwell tekad untutk memastikan Onn dikeluarkan daripada perkhimatan awam negeri Johor. Latar Latar Masa 1. 1927, Dato Onn menjadi nelayan 2. 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union. 4. 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas Dua Latar Tempat 1. Singapura Dato Onn menjadi nelayan. 2. Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM. 3. Kuala Lumpur, Kongres bersama pemimpin Melayu menentang Malayan Union 4. Istana Johor, Dato Onn dianugerahkan Darjah Kerabat Kelas Dua Latar Masyarakat 1. Masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air 2. Masyarakat penjajah yang suka menindas dan mengaut kekayaan negara yang dijajah NILAI DAN PENGAJARAN Patrotisme: Kita hendaklah bersemangat patriotik seperti Dato Onn yang berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu. Kasih Sayang: Kita perlu menyayangi keluarga kita seperti Dato Onn yang amat menyayangi adiknya Muhammad Kesabaran: Kita patut bersabar apabila berhadapan dengan masalah seperti Dato Onn yang menasihati pihak yang berbalah di Batu Pahat agar bersabar dan tidak melayani perasaan amarah yang boleh merugikan semua pihak. Ketabahan: Kita perlulah tabah menghadapi cabaran kehidupan seperti Dato Onn yang tabah menghadapi kesempitan kehidupan di Singapura tatkala beliau bekerja sebagai nelayan.

Anda mungkin juga menyukai