Anda di halaman 1dari 3

Teori Behavioris Terdapat tiga komponen utama di dalam teori ini.

Komponen pertama diaplikasikan dari teori pelaziman klasikal dan juga dikenali sebagai pelaziman responden. Ivan P. Pavlov (1960) dan Hull( 1943) telah menjadi pengasas bagi kompenen ini. Pavlov dalam kajiannya telah menemui satu proses yang dikenali sebagai pengkondisian atau pensyaratan klasik. Percubaan tersebut telah dilakukan terhadap seekor anjing. Eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov sangat terpengaruh dengan pandangan behaviorisme di mana gejalagejala kejiwaan seseorang dapat dilihat dari perilakunya. Eksperimen ini telah menjadi perkara asas dalam kefahaman teori behaviorisme. Melalui eksperimen ini dapat disimpulkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan prinsip pembelajaran. Berdasarkan pandangan melalui pendekatan ini tingkah laku adalah satu gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya ransangan. Aspek emosi diberi penekanan dalam komponen pertama yang mengembangkan pendekatan behaviorisme. Komponen kedua adalah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B.F.Skiner (1953). Menurut kajian beliau peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Skiner menyatakan peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan ganjaran berbentuk wang atau pujian, manakala peneguhan negatif pula ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif sebagai contoh mengenakan kejutan elektrik atau dendaan. Menurut Skiner penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku individu dinamakan teknik modifikasi tingkah laku. Skiner menegaskan peneguhan adalah amat penting dalam proses

pembelajaran. Sekiranya peneguhan bagi sesuatu tingkah laku operan tidak diberikan dalam satu jangka masa yang panjang, besar kemungkinan tingkah laku operan tidak akan berlaku. Fenomena ini disebut sebagai penghapusan. Unsur ini merupakan elemen negatif yang boleh menamatkan sesuatu tingkah

laku operan. Oleh yang demikian dalam sesuatu proses pembelajaran peneguhan perlu disampai dari masa ke semasa dan secara kekal untuk menjamin berlakunya tingkah laku tersebut secara berterusan. Pendekatan ketingkahlakuan yang dinyatakan oleh Skiner ini merupakan salah satu komponen yang menyumbang kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. Komponen ketiga yang menyumbang kepada terbentuknya teori behaviorisme adalah dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif Cognitive behavior therapy. Terapi ini merupakan gabungan dari dua aliran pemikiran berbeza, iaitu pendekatan yang berasaskan tingkah laku dan satu lagi berasaskan kognitif. Istilah kognitif ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan menyelesaikan masalah. Menurut ahli psikologi dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Mereka juga berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang disimpan untuk membolehkan ia

menghubungkait pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapinya. Semua perkara-perkara yang dinyatakan oleh ahli psikologi di atas merupakan komponen-komponen yang memungkinkan wujudnya terapi behaviorisme.

Teori Rasional Emotif Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif. Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada orang yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan

psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk Reason and Emotion In Psychotherapy dan bersama sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul A Guide to Rational Living.

Anda mungkin juga menyukai