Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Dasarwasa ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun di sebalik itu, kita acapkali tersentak oleh permasalahan pencemaran alam sekitar yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dikatakan negara kita mempunyai kadar pencemaran alam yang tinggi. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Dalam konteks ini, kadar pencemaran alam dikatakan begitu tinggi walaupun pihak berkuasa cuba menafikannya berkali-kali. Impak-impak negatif seperti pencemaran sungai, penggondolan bukit dan pembakaran secara terbuka menceritakan betapa buruknya pencemaran alam itu selain kejadian tanah runtuh yang kerap kali berlaku kebelakangan ini. Media massa turut membuat laporan yang memberikan gambaran bahawa pencemaran alam di negara ini begitu kritikal. Oleh itu, pemahaman tentang punca-punca pencemaran alam amat penting bagi menangani kemelut ini. Dalam zaman yang serba canggih ini, salah satu penyumbang utama dalam pencemaran alam di negara ini adalah sektor pembalakan yang begitu meluas dan intensif di Sabah, Sarawak dan Pahang. Aktiviti pembalakan sama ada yang dibenarkan atau haram telah menyebabkan banyak kawasan hutan dalam negara ini hilang dalam sekelip mata sahaja. Kita semua sedia maklum bahawa hutan menjadi salah satu alat penapis pencemaran semulajadi tetapi jika hutan sudah tiada bermakna kita sudah kehilangan sistem yang mampu menapis pencemaran ini. Sesungguhnya pencemaran alam di negara ini berlaku kerana sektor pembalakan hutan. Kita sering membaca di dada-dada akhbar, salah satu punca pencemaran adalah aktiviti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai, lautan, dan sistem takungan air negara. Kebanyakan kilang atau syarikat perindustrian lebih gemar membuang sisa toksik ke kawasan semulajadi ini kerana mereka tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membersihkannya terlebih dahulu. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan hampir kesemua saliran di negara ini mengalami pencemaran yang tinggi. Maka bayangkanlah betapa dahsyatnya kesan daripada pencemaran air di mana air juga menjadi habitat semulajadi kepada hidupan akuatik dan keperluan asas bagi manusia. Natijahnya, pencemaran alam ini telah berlaku dan akan terus berlaku tanpa ada langkahlangkah pencegahan yang konkrit, sistematik dan pragmatik. Usah kita menunding jari menyalah satu sama lain kerana itu bukanlah caara yang matang untuk menyelesaikannya. Demi merialisasikan visi kudsi wawasan 2020, marilah kita sama-sama memepuk sikap tidak kira dari golongan tua mahupun muda. Hanya kita yang mampu mengatasinya kerana tiada sakit yang tiada penawarnya. Mahukah kita kiranya anak-anak kita di generasi akan datang menanggung parahnya. Tepuk dada tanya Iman!