Anda di halaman 1dari 17

EDU 3104

Developing Assertiveness Skills


Aktiviti Membina Kemahiran Asertif
TEY HUI JING SHARMILA A/P THANGARAJU PONNMALAR A/P ALAGUMALAI UGANESVARI A/P RMUTHUSAMY

(PEN.PEMULIHAN)

Apakah maksud asertif?

Asertif berasal dari kata asing to assert yang bererti menyatakan dengan tegas. Asertif bermaksud peneguhan atau ketegasan diri. Suatu tingkah laku yang membolehkan seseorang itu bertindak dengan cara yang selesa dan tidak cemas, menyatakan perasaannya dengan cara yang jujur dan selesa serta menggunakan haknya tanpa mengenepikan hak orang lain.

Menurut Bourne (1995) untuk menjadi individu yang asertif seseorang haruslah: 1. Menilai/ menyatakan hak anda 2. menyatakan akibat/ masalah yang akan berlaku kepada anda terhadap orang yang menyebabkannya berlaku. 3. Meluahkan perasaan anda terhadap sesuatu situasi yang berlaku 4. Membuat permintaan anda secara terus terang. 5. Guna komunikasi asertif tidak verbal iaitu dengan mengadakan kontak mata, bertenang dan mempunyai keyakinan diri.

Samb.
6. Menyatakan permintaan anda secara ringkas dan mudah. 7. Mengelakkan membuat permintaan mendapat lebih daripada satu benda pada satu kali. 8. Tidak sekali kala memohon maaf untuk meminta sesuatu 9. Menggambarkan dan memberitahu kebaikan permintaan anda.

Situasi A
Sejak kebelakangan, Ali tidak membuat kerja rumahnya, emosinya juga mudah ubah. Pada akhir pelajaran, dia bertanya anda sama ada dia boleh menghantar kerja rumahnya lewat. Dia tahu bahawa anda telah menberi kebenaran kepada 2 orang murid yang menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat. Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Penyelesaian
1. Guru memastikan kontak mata dengan murid semasa bercakap, memberitahu bahawa. 2. Guru perlu memastikan dia berhadapan dengan Ali semasa dia bercakap dengannya. 3. Guru perlu memberitahu Ali bahawa dia menyedari perubahan sikap Ali, guru berharap dia akan berubah sikap negatif itu. 4. Guru harus menggunakan nada yang sesuai ketika berinteraksi dengan Ali.

Situasi B
Setelah kelas PJ, Ali dan Abu tidak meletakkan balik bola yang telah digunakan oleh mereka ke dalam stor. Mereka pergi ke kantin untuk memakan. Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Penyelesaian
1. Guru harus bersifat tegas menyatakan kesalahan murid. 2. Kontak mata terhadap kedua-dua murid perlu dipastikan oleh guru. 3. Guru haruslah memastikan postur, dan suaranya tidak menakutkan murid ketika memarahi murid. 4. Guru perlu memastikan murid memahami kesalahan mereka dengan menjelaskan akibat sikap tidak bertanggungjawab mereka.

Situasi C
Ali tidak membuat kerja yang disuruh oleh anda di dalam kelas. Anda mendapati bahawa dia sedang melipat kapal terbang ketika anda menjalankan pemulihan kelas dengan murid lain.
Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Penyelesaian
1. Guru harus bersifat tegas dan tidak bersenyum menyatakan kesalahan murid. 2. Guru harus suruh murid membuat kerja rumahnya. Guru memberitahu bahawa dia akan pergi menyemak kerja rumahnya sekejap lagi. 3. Guru haruslah memastikan postur, dan suaranya tidak menakutkan murid ketika memarahi murid. 4. Guru harus menggunakan nada yang sesuai tidak terlalu tinggi/ rendah ketika menyuruh Ali buat kerja rumahnya.

Situasi D
Sepanjang PdP, dijalankan, anda mendapati bahawa Ali sedang memakan coklat. Dia memakan coklat yang kedua sekali lagi ketika anda sedang mengajar.
Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Penyelesaian
1. Guru harus bersifat tegas menyatakan kesalahan murid. Guru juga haruslah memberi amaran kepada Ali untuk mengelakkannya memakan di dalam kelas sekali lagi. 2. Postur dan suara guru harus bersesuaian dan tidak menakutkan murid ketika memarahi murid. 3. Nada yang sesuai perlu dipastikan oleh guru.

Situasi E
Semasa perbincangan sedang berlaku, Susan & Kris bercakap dan membuat bising. Ini menyebabkan perhatian pelajar lain telah ditarik oleh mereka dan anda mula berasa tercabar apabila bersaing untuk mendapatkan perhatian kelas. Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Situasi F
Anda tidak hadir ke sekolah semalam dan kelas anda telah diganti oleh cikgu lain yang telah mengalami kesukaran untuk mengendalikan kelas anda. Beliau telah meninggalkan nota kepada anda (salinannya telah diberikan kepada Guru Besar), antara perkara yang ditulisnya ialah murid tidak membuat kerja rumah, sebanyak 4 murid pergi ke tandas & tidak pulang ke kelas sehingga tengah hari. Pada keesokan harinya, anda masuk ke dalam kelas. Sebagai seorang guru asertif, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?

Kesimpulan,

Untuk menjadi seorang guru yang asertif.

Guru perlu,
a) Memastikan kontak mata b) Penggunaan gestur dan isyarat badan yang sesuai c) Menyatakan mesej yang tepat. d) Menyelit unsur kecindan ( jika perlu) untuk mengurangkan situasi stress. e) Mengawal suara anda ketika memarah murid f) Guna expresi muka yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai