Anda di halaman 1dari 7

SMK Putrajaya Presint 11(2)

2.6 Amalan Pemakanan yang Sihat (B6D2E1)


Ahli Kumpulan: 1.Ungku Azman Hakim 2.Muhammad Fadhil 3.Muhammad Ashraf Nama guru: Pn. Noorhayati

Definisi

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan. Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat membolehkan seseorang manusia itu menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran fizikal manusia. Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.

Piramid makanan

Kategori Makanan
Karbohidrat membekalkan tenaga utama pada badan. Makanan yang mempunyai karbohidrat ialah tepung gandum, nasi, roti, ubi keledek dan kentang. Makanan yang mempunyai karbohidrat perlu diambil secukupnya. Protein diperlukan untuk pertumbuhan, khususnya membina, membaiki dan mengganti sel-sel yang rosak. Makanan yang mempunyai protein ialah daging, ikan, susu, ayam dan kekacang. Ianya perlu diambil secara sederhana.Vitamin penting untuk mengekalkan kesihatan dan pertumbuhan badan. Vitamin yang diperlukan seperti vitamin A,B,C,D,E dan K. Vitamin terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit.Lemak, minyak, gula dan garam perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang mempunyai nutrien ini ialah seperti minyak masak, majirin, mentega dan kacang tanah.

Prinsip pemakanan yang sihat

Makan pelbagai jenis makanan Makan bijirin dan kekacang secukupnya Makan buah-buahan dan sayur-sayuran Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol Kurangkan pengambilan garam dan gula Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari

Sarapan Pagi
- Hidangkan sarapan yang berkhasiat. - Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka serat dan pembekal serat. - Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu. - Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.

Makan Tengahari
- Sediakan hidangan yang ringkas. - Jika makan di luar, pelbagaikan pilihan anda setiap hari. Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat. - Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan.

Makan Malam
- Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini. - Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau. - Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.

Sekian Terima Kasih Assalamuailaikum

Anda mungkin juga menyukai