Anda di halaman 1dari 1

Allah SWT terlalu tinggi maruahnya Sesungguhnya Allah SWT terlalu tinggi maruahnya, maruahnya tersentuh bila manusia

membuat segala yang diharamkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim) Allah SWT itu Ghairat iaitu terlalu tinggi maruahnya. Ada juga yang mentafsirkan Ghairat itu cemburu, namun yang lebih tepat ialah terlalu tinggi maruahnya. Allah yang menjadikan manusia, kerana itu maruah dan kehebatannya tersentuh apabila manusia tetap melakukan perkara yang dilarang oleh NYA. Syurga suka orang yang malu, neraka pula sebaliknya. Orang yang bermaruah diterima masuk ke dalam syurga. Sebaliknya orang yang dayus (tidak bermaruah) nerakalah tempatnya. Tidak malu yang maksimum ialah dayus. Dayus bukan setakat curang dalam hubungan suami-isteri, tapi juga dayus kepada agama, bangsa dan negara jika tidak mempertahankannya. Semakin tinggi iman, semakin tinggilah maruah seseorang. Bila malu terangkat dan hilang, iman pasti bergoyang. Dalam hadith disebut:Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula. [Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.] Babi diharamkan kerana ia haiwan yang tidak bermaruah. Babi membiarkan sahaja perlakuan sumbang pasangannya, tidak seperti ayam, kambing, lembu. Begitu juga orang yang makan babi, mereka kurang bermaruah dan tidak malu untuk melakukan maksiat atau kejahatan di khalayak ramai. Sensitiflah pada Allah, jangan buat apa yang dilarang yang menyentuh maruahnya. Dihari Kiamat semua filem kita akan ditayangkan. Oleh itu bertaubatlah dan tingkatkanlah ibadah. Buatlah amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit.Misalnya zikir Laila ha illallah 100 kali setiap sehari. Allah suka amalan yang berterusan walaupun sedikit.

Anda mungkin juga menyukai