Anda di halaman 1dari 2

Beberapa Isu Berkaitan SPPBS Yang Dikenal Pasti :

ISU 1 : kaedah pengajaran sepatutnya mengikut rancangan pengajaran tahunan yg ditetapkan... contohnya mp sains tahun 1 - ajar ikut unit. cikgu ajar macam biasa... JADI kemungkinan unit 1 (Benda Hidup dan Benda Bukan hidup) dijalankan pada bulan Januari dan Februari. Oleh yang demikian
Trait yang perlu ditanda bagi bulan januari/februari mungkin hanya melibatkan trait-trait berikut: B1D1E1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup

B2D1E1 Mengenal pasti keperluan benda hidup untuk bernafas, bergerak, membesar dan membiak B5D1E1 Memperihalkan tentang ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Ini bermakna guru perlu melangkau BAND. MANAKALA bagi tajuk yang lain yang belum diajar, cikgu hanya tandakan trait tersebut setelah unit tersebut diajar. Contohnya Tajuk Deria yang mungkin diajar sekitar Julai.
B1DS5E1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan, bau, rasa, sentuh dan pendengaran B2DS5E1 Menggunakan deria penglihatan untuk mengenal pasti warna, bentuk asas dan saiz objek B2DS5E2 Menggunakan deria bau untuk mengenal pasti benda-benda yang berbau dan tidak berbau B2DS5E3 Menggunakan deria rasa untuk mengenal pasti rasa bahan makanan B2DS5E4 Menggunakan deria sentuh untuk mengenal pasti ciri dan keadaan bahan B2DS5E5 Menggunakan deria pendengaran untuk mengenal pasti pelbagai bunyi

B3DS4E1

Menggunakan deria penglihatan untuk menaakul kepentingan warna, bentuk dan saiz dalam kehidupan
B3DS4E2

Menggunakan deria bau untuk menaakul kepentingan bau dalam kehidupan


B3DS4E3

Menggunakan deria rasa untuk menaakul kepentingan rasa bahan makanan


B3DS4E4 Menggunakan deria sentuh untuk menaakul kepentingan ciri dan keadaan bahan dalam kehidupan B3DS4E5 Menggunakan deria pendengaran untuk menaakul kepentingan bunyi dalam kehidupan

Penandaan trait pada sistem dibuat berdasarkan unit topik yang diajar WALAUPUN melangkaui Band.