Anda di halaman 1dari 15

ESEI KECERDASAN EMOSI EN. ZAKARIA 1.

0 PENGENALAN Goleman (1997) mengatakan bahawa koordinasi suasana hati adalah inti dari hubungan sosial yang baik. Apabila seseorang pandai menyesuaikan diri dengan suasana hati individu orang lain atau mampu berempati orang tersebut akan memiliki tingkat emosionaliti yang baik dan akan lebih mudah menyesuaikan diri dalam pergaulan sosial serta lingkungannya. Lebih lanjut Goleman mengatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasi diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan menunda kepuasan, serta mengatur keadaan jiwa. Dengan kecerdasan emosional tersebut seseorang dapat menempatkan emosinya pada kedudukan yang tepat, memilih kepuasan dan mengatur suasana hati. Cooper dan Sawaf (1998) mengatakan bahawa kecerdasan emosional adalah kemampuan merasakan, memahami dan secara selektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber tenaga dan pengaruh yang manusiawi. Howes dan Herald (1999) mengatakan bahawa kecerdasan emosional merupakan komponen yang membuatkan seseorang menjadi pintar menggunakan emosi. Saya diminta menyediakan esei berkaitan kecerdasan emosi tentang seorang guru yang bernama Encik.Zakaria b.Hamid. Encik. Zakaria bin Hamid seorang guru yang berusia 45 tahun, kelihatan agak kacak, bersopan santun dan menarik. Bagaimanapun tingkah lakunya yang sebenar dapat dikesan oleh beberapa orang rakannya. En. Zakaria adalah seorang yang mengambil kesempatan atas rakan lain. Tugas-tugas yang diberikan kepadanya diserahkan kepada rakan sekerja. Dia juga

memungut wang tanpa kebenaran dari murid-murid sekolah. En. Zakaria adalah seorang kaki judi, kaki arak, penipu, pembohong, mungkir janji dan mempunyai skandal dengan beberapa wanita. En. Zakaria gagal mempunyai rakan untuk jangka panjang. Rakannya semuanya lari apabila menjadi mangsa. Dia akan memangsakan guru-guru yang baru datang ke sekolah itu. Akhirnya, dia tiada rakan, sunyi dan merasa malu. Di sekolah dia pula sukar ditemui, selalu ponteng, tidak menjalankan tugas dengan sempurna dan dia adalah membebankan orang lain. Secara keseluruannya, En. Zakaria merupakan seorang yang gagal menguruskan kecerdasan emosinya.

2.0 KONSEP KECERDASAN EMOSI Menurut Mayer dan Salovey. (1993), kecerdasan emosi membolehkan kita berfikir dengan lebih kreatif dan memudahkan proses penyelesaian masalah. Mereka telah membahagikan kepintaran emosi seseorang individu kepada empat cabang kebolehan. Cabang yang pertama merujuk kepada Persepsi Emosi ( Emotional Perception). Ia melibatkan kebolehan seperti mengenal pasti emosi melalui mimik muka, muzik, cerita atau sebagainya. Cabang kedua merujuk kepada Memudahkan Perhatian Terhadap Emosi (Emotional Facilitating of Thought). Ia melibatkan kebolehan mengaitkan emosi dengan sensasi mental lain seperti rasa dan warna, dan menggunakan emosi dalam menyelesaikan masalah. Cabang ketiga pula merujuk kepada Memahami Emosi (Understanding Emotion), di mana ia melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah emosi seperti mengetahui emosi mana yang serupa atau bertentangan, dan mengenal pasti apakah perkaitan yang wujud antara

emosi terbabit. Cabang keempat merujuk kepada Pengurusan Emosi ( Emotional Management). Ia melibatkan pemahaman terhadap implikasi perbuatan sosial dalam emosi dan pengawalan emosi dalam diri orang lain Selain itu, terdapat enam domain EQ yang dikategorikan oleh ahli psikologi Salovey dan Mayer (1990) iaitu kesedaran kendiri, mengendalikan emosi, empati, berhubung, kerjasama dan menyelesaikan konflik. Ia digunakan bagi menjelaskan kualiti-kualiti diri khusus yang terdapat pada emosi yang penting supaya seseorang dapat mencapai kejayaaan. Kesedaran kendiri adalah keupayaan menyedari satu-satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu. Aras ini juga merujuk kepada kesedaran hubungan antara buah fikiran, perasaan dan tindakan. Individu sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang merangsang perasaaannya. Tambahan lagi kesedaran adalah perasaan yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu. Paling penting, kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan bijak. Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri.

Mengendalikan emosi adalah kesedaran apa sebenarnya berada di sebalik satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan mempunyai kesan yang kuat kepada kebolehan kita bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh pemikiran negatif. Harapan dan rasa optimis, sebaliknya adalah satu elemen yang amat berguna dalam menjana kejayaan. Kita perlu mencari jalan meredakan perasaan yang meluap-luap kerana marah atau kecewa. Kita cuba memahami apa yang akan

terjadi apabila emosi marah menggelodak apabila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak berkenaan akibat baik dan buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

Empati adalah kebolehan menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain. Timbang-rasa yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain tanpa menjadikan kita emotional adalah penting. Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain daripada tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah penting.

Berhubung adalah kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunyai kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar apakah jenis perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan dan pengharapan ada kait-mengait sama juga halnya dengan pesimis dan perasaan ataupun pendapat tanpa melahirkan perasaan atau kebenciaan adalah kunci kepada kejayaan.

Kerjasama adalah kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak menjadi ketua ataupun pemimpin dan ila pula menjadi pengikut adalah penting dalam kerjasama. Sifat pemimpin yang unggul bukan terletak pada paksaan ataupun kuasa tetapi lahir daripada kebolehan menggalakkan orang yang dipimpin dapat berkerjasasama antara satu dengan yang lain secara baik bagi mencapai satu tujuan bersama. Menyedari kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan bagi menghasilkan kebaikan

daipada memberi arahan ataupun mengkritik. Pada ketika yang sama, kita perlu menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari kesan atau akibat daripada keputusan yang dibuat dan meneruskan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Menyelesaikan konflik adalah memahami mekanisme yang hendak digunakan semasa penyelesaian masalah. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya dihantui ataupun terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara lebih rasional. Penyelesaian konflik apat dicapai dengan menggunakan kebolehan emosi. Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi bermaksud semangat dan

ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi , kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin.

3.0 ANALISIS KELEMAHAN EN. ZAKARIA DALAM KAITANNYA DENGAN EQ.

Encik. Zakaria perlu mengatasi kelemahannya mengikuti elemen-elemen kecerdasan emosi yang diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer. En. Zakaria tidak mempunyai kesedaran kendiri kerana dia merupakan seorang kaki judi, kaki arak dan mempunyai skandal dengan beberapa wanita. Dia perlu mempunyai kesedaran kendiri kerana ini akan membantu dia untuk menyedari implikasi dan identifikasi yang datang dari orang lain dengan perbuatannya.

Encik. Zakaria juga tidak mampu untuk mengendalikan emosinya kerana dia tidak boleh mengawal emosi dan terjerumus dalam kancah-kancah jenayah seperti meminum arak, main judi, dan mempunyai skandal dengan beberapa wanita. Bagi menyelesaikan masalah di atas dia perlu mengendalikan emosinya dan perlu menyedari apa sebenarnya berada di sebalik perasaan atau emosi itu.

Seterusnya, Encik . Zakaria tidak mempunyai perasaan empati. Perkara ini boleh dibuktikan melalui perangainya dan tingkah laku seperti penipu,

pembohong,dan mungkir janji. Dia perlu mempunyai empati kerana ia akan membantu untuk menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain.

Selain itu, Encik. Zakaria juga seorang yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain. Dia suka mengambil kesempatan atas rakan lain. Tugas-tugas yang diberikan kepadanya diserahkan kepada rakannya. Rakannya semuanya lari apabila menjadi mangsa. Dia juga akan memangsakan guru-guru

yang baru datang ke sekolah. Dia perlu berhubung dengan orang lain untuk menjalin hubungan silaturrahim yang sihat kerana dia mendapat pandangan buruk daripada orang lain kerana sikapnya buruk. Encik. Zakaria juga perlu mengenali emosi orang lain untuk mengelakkan persefahaman antara masyarakat sekelilingnya dan diri sendiri. Akhir sekali, dia perlu memiliki keupayaan pengurusan kendiri dan berempati untuk mengendalikan perhubungan demi mengenali emosi orang lain.

4.0 NILAI-NILAI MURNI YANG SEPATUTNYA DIMILIKI SEORANG GURU YANG MEMPUNYAI EQ.

Seorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ) haruslah memiliki beberapa nilai-nilai murni. Antaranya bertanggungjawab merupakan salah satu nilai murni yang wajib ada pada seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ). Seseorang guru harus bertanggungjawab untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Seseorang guru yang mempunyai EQ perlu bertanggungjawab dengan membuat tugasnya tanpa mengira masa dan juga wang.

Selain itu, harga diri juga nilai murni yang patut ada pada seseorang guru yang mempunyai kemahiran EQ. Guru yang mempunyai kecerdasan emosi patut mempunyai nilai murni harga diri demi mendapat keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kalangan masyarakat dalam kehidupan. Nilai harga diri amat penting untuk seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi untuk mengelakkan orang lain memandang rendah terhadap mereka. Seseorang guru yang mempunyai EQ perlu menjaga harga dirinya tanpa terlibat dalam apa-apa gejala yang salah.

Kemudian, guru yang mempunyai kecerdasan emosi juga perlu amanah. Hal ini kerana amanah merupakan sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Seseorang guru yang mempunyai EQ perlu amanah terhadap tugasnya dengan membuat tugas yang diamanahkan dengan

tungkus-lumus dan dengan penuh semangat. Keadaan ini dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain terhadap seseorang guru.

Pada masa yang sama, guru yang mempunyai EQ perlu mempunyai nilai berdikari. Nilai berdikari ini sangat memerlukan kepada seseorang guru kerana mereka sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang guru yang mempunyai kecerdasan emosi perlu berdikari dengan

menyiapkan tugasannya dengan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Perkara ini akan mendorong seseorang guru untuk menjadi guru yang cemerlang.

5.0 KEMAHIRAN EQ YANG PERLU DIKUASAI OLEH SEORANG GURU YANG BAIK. Seseorang guru yang baik perlu menguasai beberapa kemahiran kecerdasan emosi. Kemahiran intrapersonal merupakan salah satu kemahiran yang paling penting. Seseorang guru yang menguasai kemahiran intrapersonal dapat membuat pertimbangan diri. Seseorang yang mempunyai pertimbangan diri dapat membuat pertimbangan untuk menilai diri sendiri. Selain itu, guru yang menguasai kemahiran intrapersonal juga akan mempunyai kesedaran emosi diri. Mereka sentiasa dapat mengawal emosi sendiri dalam apa jua keadaan. Guru yang menguasai kemahiran intrapersonal juga akan mempunyai penonjolan diri. Mereka sentiasa akan dapat perhatian daripada pelajar dan menjadi contoh yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama, guru yang menguasai kemahiran intrapersonal juga akan berdikari dengan kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Akhirnya, guru yang menguasai kemahiran intrapersonal juga akan mempunyai kesempurnaan kendiri. Mereka yang mempunyai kesempurnaan kendiri dapat membezakan kenyataan betul dan salah.

Selain itu, guru yang baik juga perlu menguasai kemahiran interpersonal. Guru yang menguasai kemahiran interpersonal akan mempunyai perasaan empati. Seorang guru yang baik perlu empati untuk mendapat kebolehan menguasai keadaan dan bertindak dengan bijak memerlukan keprihatinan kita pada perasaan orang lain dan melihat sesuatu daripada kaca mata orang lain. Kemudian, guru yang menguasai kemahiran interpersonal juga akan mempunyai tanggungjawab sosial. Mereka akan mempunyai perasaan tanggungjawab terhadap masyarakat berbilang kaum. Akhirnya, guru yang menguasai kemahiran interpersonal juga akan

mempunyai

hubungan

interpersonal.

Mereka

akan

mempunyai

hubungan

interpersonal dengan mengamalkan komunikasi yang efektif dengan individu yang lain.

Pada masa yang sama, seorang guru yang baik juga perlu menguasai pengurusan tekanan. Dengan adanya pengurusan tekanan seorang guru yang baik dapat membuat toleransi tekanan. Guru yang mempunyai toleransi tekanan dapat mengawal tekanan dalam situasi yang mencabar dan sentiasa sabar. Selain itu, guru yang menguasai pengurusan tekanan dapat membuat kawalan impuls. Guru yang mempunyai kawalan impuls dapat mengawal emosinya semasa ada dalam situasi yang mencabar yang disebabkan oleh individu yang lain.

6.0 REFLEKSI TERHADAP TAHAP KOMPENTENSI EQ SEORANG GURU DAN CARA MENGURUSKAN EMOSI DALAM SATU SITUASI MENCABAR.

Sebagai seorang guru yang cemerlang, seseorang individu itu perlulah mempunyai tahap kompentensi kecerdasan emosi. Tahap kompentansi EQ seorang guru dapat dibahagikan kepada dua. Iaitu kompentensi personal dan kompentensi sosial. Menurut Goleman.D 1998, kompentensi personal terdiri daripada tiga elemen utama.

Antaranya, kesedaran kendiri merupakan salah satu elemen yang penting dalam kompentensi personal. Seseorang guru yang menguasai kesedaran kendiri dapat mempunyai kesedaran emosi sendiri. Dengan adanya kesedaran emosi sendiri dapat mengenal emosi sendiri. Selain itu, seseorang guru yang mempunyai kesedaran emosi sendiri dapat mengetahui sebab yang mendatangkan emosi sendiri. Kemudian, beliau juga dapat mengenali perkaitan dengan emosi sendiri. Akhirnya, beliau dapat mengidentifikasi pengaruh dan kesan yang muncul daripada emosi sendiri.

Selain itu, seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri dapat menguasai ketepatan taksiran kendiri. Dengan adanya ketepatan taksiran kendiri seseorang guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. Pada masa yang sama, seseorang guru yang menguasai ketepatan taksiran kendiri dapat

memperbaiki kelemahan diri dengan efektif.

Keyakinan kendiri juga salah satu aspek daripada kesedaran kendiri. Seseorang guru yang menguasai keyakinan kendiri akan mempunyai keyakinan terhadap keupayaan kendiri. Beliau akan sentiasa yakin terhadap perbuatannya. Selain itu, seseorang guru itu akan berketerampilan yang baik. Orang lain akan menghormati beliau. Kemudian, seseorang guru itu juga akan berani menyuarakan pandangan dan berani membuat keputusan.

Pengurusan kawalan kendiri juga merupakan salah satu elemen daripada kompentensi personal. Seseorang guru yang menguasai pengurusan kawalan kendiri akan mempunyai sikap kawalan kendiri. Seseorang guru yang mempunyai kawalan kendiri mampu mengurus emosi yang distruktif. Emosinya sentiasa dalam keadaan yang terkawal.

Selain itu, seseorang guru yang menguasai pengurusan kawalan kendiri akan mempunyai sikap amanah. Dengan adanya sikap amanah seseorang guru itu dapat kekal piawai dan integriti. Kemudian, sikap amanah ini juga boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.Ketekunan juga salah satu aspek pengurusan kawalan kendiri. Seseorang guru yang mempunyai ketekunan akan sentiasa bertanggungjawab terhadap prestasi diri.

Pada masa yang sama, seseorang guru yang menguasai pengurusan kawalan kendiri akan mempunyai sikap kebolehsuaian. Seseorang guru yang mempunyai sikap kebolehsuaian akan dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan yang berlaku di persekitaran. Selain itu, guru tersebut juga akan

mempunyai sikap inovasi. Seseorang guru yang bersikap inovasi akan rasa selesa dengan idea dan maklumat baru.

Akhirnya, kecekapan motivasi juga salah satu elemen kompentensi personal. Seseorang guru yang mempunyai kecekapan motivasi akan sentiasa kearah pencapaian dengan berusaha menambahbaikan piawaian kecemerlangan. Selain itu, seseorang guru yang mempunyai kecekapan motivasi akan memberi komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan dan organisasi. Kemudian, seseorang guru yang mempunyai kecekapan motivasi juga akan mempunyai sikap inisiatif dengan kesediaan bertindak apabila ada peluang. Seseorang guru itu juga akan mempunyai sikap optimisme dengan cekal mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Semasa situasi yang mencabar seseorang guru perlu mengurus emosinya dengan cara yang efektif. Antaranya, menghadapi cabaran dengan sabar adalah salah satu cara yang penting. Dengan menghadapi cabaran dengan sabar

seseorang guru dapat mengawal emosinya dengan cepat. Selain itu, seseorang guru perlu mengurus tekanan semasa cabaran. Dengan mengurus tekanan semasa cabaran seseorang guru dapat mengelakkan dirinya daripada cepat marah dan sentiasa tenang. Menyesuaikan diri dengan cabaran juga merupakan salah satu cara untuk menguruskan emosi.

Anda mungkin juga menyukai