Anda di halaman 1dari 1

GURU BERTUGAS UCAPAN PAGI PERHIMPUNAN Nilai murni: Bekerjasama Cuba kita tepuk tangan kita dengan satu

jari, bunyinya sangat perlahan dan kadang kala tidak begitu kedengaran. Jika kita guna dua jari, bunyi lebih kuat akan terhasil tetapi masih perlahan. tepuk pula semua jari kamu, kuatkah bunyinya? sangat kuat kan? itulah pentingnya kerjasama. Contohnya apabila lidi sebatang, dengan mudah kita dapat mematahkannya. Jika kita kumpulkan sepuluh batang lidi, amat susah sekali untuk kita mematahkannya. Maksud bekerjasama ialah bekerja bersama-sama dan tolong-menolong; bergotong-royong. Peribahasa yang boleh digunakan ialah bersatu teguh bercerai roboh. Justeru, kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama dalam kehidupan dan bukannya mementingkan diri sendiri.

Semarak Minda : Allah tahu apa yang kita lakukan Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Apa yang kita buat, Allah tahu kerana Allah dapat melihat apa jua yang kita lakukan.