Anda di halaman 1dari 6

KEMAHIRAN

MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND

2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis.

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

B2 DL1 Mendengar dan memahami sesuatu perkara.

EVIDENS

B2 DL1 E1 Menceritakan perkara yang didengar

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. Guru memperdengarkan rakaman perbualan. 2. Guru meminta murid menceritakan perkara yang didengar oleh mereka. 3. Guru mengemukakan beberapa soalan sebagai rangsangan bagi membantu pelajar untuk menjawab secara lisan.

Contoh Rakaman Perbualan : HASMA: Syukurlah kita ada dalam tingkatan yang sama.Mudah-mudahan kita dapat saling membantu, bagai aur dengan tebing. DAYANG: Guru tingkatan kita pun mesra nampaknya. Mudahmudahan kita dapat mengikuti pelajaran dengan lebih baik. ZUL: Luas sungguh kawasan sekolah kita. Tentu ada banyak kemudahan. RADEN: Betul kata awak, sekolah kita ada perpustakaan, makmal komputer, makmal sains dan kedai koperasi. HASMA: Lihatlah padang permainan sekolah kita yang luas menghijau. Pokok-pokok bungan di sekitar kawasan pula menambahi keindahan persekitaran sekolah kita. Kita harus membantu pihak sekolah menjaga keindahan dan keceriaan sekolah kita. RADEN: Taman Sains sekolah kita memang canggih. Di dalamnya ada taman herba, taman burung mini dan kolam ikan. Di tepi kolam ikan ada tiga ekor itik dan

enam ekor arnab. Arnab-arnab itu dipelihara di dalam sangkar khas. ZUL: Tadi saya menolong Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan. Ada berbagai-bagai jenis ikan di dalam kolam itu. Ada ikan jelawat, lampam jawa, patin dan tilapia. DAYANG: Kita mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah Kita bersama-sama. ZUL: Saya bersetuju dengan pendapat Mohan itu

Contoh Soalan Lisan : 1. Apakah kemudahan yang disediakan di sekolah baru mereka? 2. Apakah haiwan yang dipelihara di Taman Sains? 3. Siapakah murid yang membantu Cikgu Harun memberi burung dan ikan makan? 4. Pada pendapat anda,apakah yang perlu kita lakukan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah?

KEMAHIRAN

MEMBACA

BAND

2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar dituturkan, dibaca dan ditulis

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks

EVIDENS

B2 DB1 E1 Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. Guru menayangkan dialog dan meminta pelajar membaca dialog. 2. Guru meminta beberapa orang murid memberikan maksud perkataan yang telah digariskan.

Contoh Petikan : ZUL : Mengapakah awak kelihatan tidak ceria? RADIN : Saya tidak menyukai sikap Semanto yang suka memperkecil kebolehan orang lain. ZUL : Saya pun sedar akan sikap Semanto itu. RADIN : Bolehkah kita berterus-terang kepadanya? ZUL : Kita perlu mencari masa yang sesuai untuk menemuinya. Kita juga perlu berhati-hati agar dia tidak tersinggung. RADIN : Saya setuju.

KEMAHIRAN

MENULIS

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR

B2 DT1 Menulis jawapan pemahaman

EVIDENS

B2 DT1 E1 Menjawab soalan pemahaman secara bertulis dengan menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI PENTAKSIRAN

1. 2. 3.

Guru mengedarkan petikan kepada murid. Guru meminta murid-murid membaca dan memahami petikan tersebut. Murid-murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan

petikan.

Contoh Petikan : Bangunan Unik di Kuala Lumpur Kuala Lumpur kaya dengan bangunan yang pelbagai bentuk dan seni binanya. Bentuk bangunan ini berbeza-beza antara satu sama lain. Perbezaan ini terjadi kerana berlakunya perubahan zaman. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan tinggalan masa lampau. Reka bentuknya bercirikan seni bina Islam dengan berpuluh-puluh kubah kecil dan sebuah kubah besar. Bangunan ini menempatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bangunan Istana Budaya mempunyai keistimewaan tersendiri. Bangunan ini terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Reka bentuknya berteraskan gubahan sirih junjung yang terdapat dalam adat perkahwinan Melayu. Pelan bangunannya berkonsepkan rumah Melayu yang mempunyai rumah ibu (dewan), rumah dapur (pentas) dan serambi (lobi). Atapnya berwarna biru dan tangga masuk ke dewan utama amat luas. Pentasnya pula amat luas dengan sistem lampunya yang menggunakan teknologi terkini. Di dewan ini dipentaskan drama bertaraf dunia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara telekomunikasi yang ke-4 tertinggi di dunia. Menara konkrit ini berdiri setinggi 421 meter dari aras laut. Reka bentuknya yang unik menggunakan seni reka Islam yang diberi nama Murqarnas. Seni reka ini hasil daripada kerja tangan yang halus yang melambangkan tujuh lapis langit dengan sinar matahari di bahagian tengahnya.

Contoh Soalan Pemahaman: 1. Nyatakan reka bentuk bangunan Sultan Abdul Samad. 2. Bangunan apakah yang merupakan menara telekomunikasi yang ke-4 tertinggi di dunia? 3. Senaraikan keistimewaan bangunan Istana Budaya.

Anda mungkin juga menyukai