Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN SEMASA DI DALAM DEWAN

1. Semua tetamu dikehendaki berdiri semasa juruacara mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha Tn. Hj. Abd. Aziz b. Abd. Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah ( Murid ) Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Perhatian kepada semua pelajar agar tidak membuat bising semasa berada di dalam dewan dan terima kasih kepada tuan tuan, puan puan dan sidang hadirin kerana sudah mematikan telefon bimbit. 3. Pohon kerjasama tuan tuan, puan puan dan sidang hadirin supaya tidak meninggalkan dewan ini sehinggalah majlis tamat. 4. Semasa nyanyian lagu Negaraku semua hadirin dikehendaki berdiri dan sama sama menyanyi mengikut iringan muzik. 5. Semasa lafaz ikrar semua pelajar dikehendaki berdiri dan mengangkat tangan kanan untuk sama sama melafazkan ikrar. Kerjasama tuan tuan, puan puan dan sidang hadirin amat diharapkan untuk memastikan kelancaran majlis pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai