Anda di halaman 1dari 8

LAM PT 06-02

TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN Semester 1/2013
IPG Kampus Tuanku Bainun, WAJ 3115 5 JANUARI 2013

Institut: Mata Pelajaran: Tarikh Mula:

Nama Guru Pelatih: Unit: Tarikh Hantar: 23 APRIL 2013

HASIL PEMBELAJARAN: Hasil Pembelajaran Kursus i. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia. ii. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia. iii Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam komunikasi. iv Mengapliksikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa Melayu. v. Membandingbezakan laras bahasa Melayu. vi. Menjelaskan wacana yang utuh dalam penulisan bahasa Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan.

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

Objektif Kerja Kursus Pada akhir tugasan ini pelajar dapat: i. Menghuraikan konsep gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan dalam penulisan karya kreatif seperti novel, cerpen dan puisi. ii. Menganalisis jenis-jenis gaya bahasa dalam karya kreatif seperti novel, cerpen dan puisi. iii. Membuat ulasan/huraian dapatan kajian. ARAHAN SOALAN Berdasarkan sebuah novel/cerpen yang ditulis antara tahun 2000-2013 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau PTS, anda dikehendaki menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek yang berikut; a. Penggunaan gaya bahasa b. Kesan Penggunaan Gaya Bahasa c. Sistem sapaan d. Kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan Sub-tugasan 1. 2. a. b. Buat pemerhatian dan kumpul bahan sumber yang berkaitan kesantunan berbahasa dalam folio. Dengan merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau elektronik, huraikan secara terperinci tajuk berikut: Menghuraikan konsep kesantunan berbahasa, verbal dan non verbal. Jelaskan fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda dan nyatakan faktor-faktornya.

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

SECARA INDIVIDU:

Tulis satu refleksi mengenai pengalaman anda sepanjang menyiapkan tugasan ini. Refleksi anda harus meliputi aspek berikut: a. Gaya bahasa dalam penghasilan karya kreatif mutakhir di Malaysia. b. Kesantunan bahasa dalam generasi muda di negara kita. c. Keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan projek. d. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur dan mendengar) bagi anda sebagai seorang guru.

Tugasan anda hendaklah disediakan mengikut arahan yang berikut; a. Tugasan dilaksanakan secara individu b. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan font arial 12 dan langkau satu setengah baris c. Panjang ulasan anda hendaklah antara 1500 - 2000 perkataan d. Ulasan anda hendaklah asli. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Bahan yang digunakan hendaklah dilampirkan. e. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran markah 60% f. Pada kulit luar, perkara-perkara yang berikut hendaklah ditulis; - Nama pelajar - Kumpulan - No. Giliran - Nama mata pelajaran/subjek - Nama pensyarah - Tarikh menghantar tugasan Tugasan anda hendaklah dijilid dan mengandungi: i. soalan tugasan; ii. jadual pelaksanaan tugasan; iii. borang kolaborasi; dan iv. bahan rujukan dengan kadar minimum tiga buah buku

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: a. Sinopsis novel/cerpen yang dipilih. b. Analisis gaya bahasa yang digunakan. c. Analisis kesantunan bahasa dalam novel/cerpen. d. Analisis dan ulasan sistem sapaan. e. Menghuraikan kepentingan gaya bahasa, kesantunan bahasa dan sistem sapaan dalam masyarakat Malaysia. f. Fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan kajian harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN JABATAN MATA PELAJARAN SEMESTER : : : JABATAN PENGAJIAN MELAYU WAJ 3115 1 SPESIFIKASI PENILAIAN

Sfesifikasi Projek PEMEROLEHAN (25%) Konsep karya kreatif sama ada novel atau cerpen. Sinosis novel atau cerpen pilihan.

TAHAP PENGUASAAN (30%)


Memberi definisi

PEMINDAHAN (30%) Menunjukkan konsep karya kreatif dalam bentuk paparan grafik dan jadual; Mengemukakan contoh-contoh novel atau cerpen yang ditulis oleh penulis tempatan.

SAHSIAH (15%) Memperlihatkan kecenderungan ilmiah dan minat yang tinggi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab menyelesaikan tugasan projek; Menunjukkan bukti kolaborasi dan usaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh bimbingan dan tunjuk ajar secara profesional dalam kalangan pensyarah.

1.Konsep karya kreatif. 1.1 Definisi novel atau cerpen 1.2 Sinopsis novel atau cerpen pilihan

karya kreatif.
Memberikan definisi

atau konsep novel atau cerpen


Menyediakan

synopsis novel atau cerpen pilihan.

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

2. Analisis gaya bahasa yang digunakan. 2.1 Analisis kesantunan bahasa dalam novel/cerpen. 2.2 Analisis sistem sapaan dalam novel atau cerpen.

Gaya bahasa dalam novel atau cerpen. Kesantunan bahasa dalam novel dan cerpen. Sistem sapaan dalam novel atau cerpen.

Memberikan konsep

Menunjukkan contoh-

gaya bahasa dalam novel pilihan.


Menerangkan, aspek

kesantunan bahasa dalam novel atau cerpen pilihan


Menerangkan aspek

contoh penggunaan gaya bahasa dalam novel atau cerpen pilihan.


Menjelaskan dengan

sistem sapaan dalam novel atau cerpen pilihan.

contoh-contoh aspek kesantunan bahasa dalam novel atau cerpen pilihan.


Membuktikan dengan

contoh-contoh sistem sapaan yang digunakan dalam novel atau cerpen yang dikaji.

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG PERATURAN PEMBERIAN MARKAH (PMM)
ASPEK YANG DINILAI 1 KOMPONEN TUGASAN 0- 6 1.Konsep karya kreatif. 1.1 Definisi novel atau cerpen 1.2 Sinopsis novel atau cerpen pilihan A. Pemerolehan Ilmu (25%) Mencari dan mengumpul sumber Menjelaskan definisi novel atau cerpen. Menyediakan sinopsis novel atau cerpen yang dikaji. Maklumat disediakan tetapi tidak lengkap. 7 - 12 Maklumat yang dihasilkan kurang lengkap. 2 3 13 19 Maklumat yang dihasilkan lengkap tetapi kurang tersusun. 4 20 25 Maklumat yang dihasilkan lengkap dan tersusun.

B dan C Penguasaan Ilmu dan kemahiran (60%)

2. Analisis gaya bahasa yang digunakan. Analisis kesantunan bahasa dalam novel/cerpen. Analisis sistem sapaan dalam novel atau cerpen. Analisis sistem sapaan dalam novel atau cerpen.

1 0 14 Proses pembinaan bahan tugasan tidak lengkap

2 15 - 29 Proses pembinaan bahan tugasan kurang lengkap dan kurang mengikut spesifikasi/kriteria

3 30 45 Proses pembinaan bahan tugasan lengkap tetapi kurang mengikut spesifikasi/kriteria

4 46 - 60 Proses pembinaan bahan tugasan yang dihasilkan lengkap, tersusun dan menepati spesifikasi/kriteria

KKBI Semester 1

LAM PT 06-02

Refleksi - 5% komitmen (sikap + kolaborasi) - 10% Gaya bahasa dalam penghasilan karya kreatif mutakhir di Malaysia. Kesantunan bahasa dalam generasi muda di negara kita. Keyakinan penguasaan sepanjang melaksanakan projek. Kesedaran kepentingan kesantunan berbahasa (kemahiran bertutur dan mendengar) sebagai seorang guru.

1 03

2 4-7

3 8 11

4 12 15

D. Sikap dan Sahsiah (15 %)

Tidak menunjukkan refleksi dan komitmen yang memuaskan.

Kurang menunjukkan refleksi dan komitmen yang memuaskan.

Menunjukkan refleksi dan komitmen yang memuaskan.

Menunjukkan refleksi dan komitmen yang amat memuaskan.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

__________________________________(ENCIK ROSNAN BIN MAHMOD ZAHIDIN) PENSYARAH WAJ 3115

_________________________ (ENCIK OTHMAN BIN AHMAD) b.p KETUA JABATAN PENGAJIAN MELAYU

KKBI Semester 1