Anda di halaman 1dari 1

Nama: Athirah farhana Tingkatan : 4W Tajuk: Penderaan terhadap kanak-kanak Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai

harganya. Namun begitu, sesetengah individu tidak menghargai anugerah tersebut, sebaliknya sanggup mendera kanak-kanak yang tidak berdosa . Perkara yang lebih meyedihkan kita ialah ada sesetengah kes penderaan kanakkanak yang dilaporkan berakhir dengan kematian magsa. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kes ini berlaku. Banyak kes penderaan kanak-kanak berpunca daripada tekanan yang dihadapi oleh pendera. Ibu bapa yang menghadapi masalah rumah tangga seperti perselisihan faham, pergaduhan, masalah kewangan, dan sebagainya cenderung untuk menjadikan anak sebagai magsa melepaskan perasaan marah. Kadangkala masalah dan tekanan di tempat kerja diwa ke rumah. Apabila perasaan marah tidak dapat dikawal, anak dijadikan sasaran Selain itu, kes penderaan ini juga timbul dalam kalangan pasangan suami isteri yang berkahwin dan mendapat anak pada usia yang terlalu muda. Dalam usia ini, mereka tidak dapat berfikir secara rasional dalam mengawal karenah anak-anak dengan cara mudah. Mereka sering megikut kata hati dan sering kali memukul anak anak sehingga mendatangkan kecederaan walaupun anak-anak hanya melakukan kesalahan kecil Dalam pada itu, sikap masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri turut menjadi puncanya. Mereka tidak melaporkan kes penderaan yang dilakukan oleh jiran atau saudaramara mereka kerana berpegang pada alsan tidak mahu menjaga tepi kain orang. Faktor inilah yang menybebkan magsa penderaan terus teraniaya dan sesetengah daripadanya menemui ajal. Langkah megatasi masalah penderaan kanak-kanak sewajarnya dilakukan secara berterusan. Kempen kesedaran terhadap orang ramai dan ibu bapa harus digiatkan melalui penyebaran maklumat menerusi media massa, ceramah dan sebagainya. Selain itu, hukuman yang lebih ketat patut dikenakan terhadap pihak yang didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut dengan harapan supaya pesalah dan orang ramai insaf akan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.