Anda di halaman 1dari 23

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

KEMAHIRAN BERFIKIR
MENGGUNAKAN MINDA UNTUK

MELAHIRKAN IDEA-IDEA YANG BERNAS, MEMBUAT KEPUTUSAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH

Tujuan
Melahirkan modal insan masa hadapan

yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya bersaing

PETA PEMIKIRAN
Di dalam program i-THINK, 8 peta pemikiran diperkenalkan.
Setiap peta pemikiran mempunyai proses

pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.

1. PETA BULATAN (CIRCLE MAP)


Proses Pemikiran: Memdefinasikan mengikut konteks Langkah Membina Peta Bulatan:

- Lukis sebuah bulatan kecil di bahagian tengah - Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan - Lukis sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut - Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea - Lukis bingkai dibahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

2. PETA BUIH (BUBLE MAP)


Proses Pemikiran: Menerangkan Menggunakan Kata Sifat Langkah Membina Peta Buih:

- Lukis sebuah bulatan di bahagia tengah dan labelkan topik utama di dalamnya. - Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata adjektif/kata sifat yang mewakili topik tersebut - Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus - Senaraikan seberapa banyak kata adjektif berkaitan sama ada positif/negetif - Contoh kata adjektif: cantik, baik hati, periang, pandai dll

3. PETA BUIH BERGANDA (DOUBLE BUBLE MAP)


Proses Pemikiran: Membanding Beza Langkah Membina Peta Buih Berganda:

- Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea - Lukiskan dua bulatan dibahagian tengah untuk menulis dua topik (objek/idea) yang ingin dibandingkan - Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya - Lukiskan beberapa bulatan disekelilingnya termasuk di antara dua bulatan utama - Sambungkan semua bulatan di antara dua topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan - Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja

4. PETA POKOK (TREE MAP)


Proses Pemikiran: Membuat Pengkelasan Langkah Membina Peta Pokok:

- Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya - Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori - Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan - Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori - Gariskan setiap contoh yang ditulis

Peta Pokok

5. PETA DAKAP (BRACE MAP)


Proses Pemikiran: Sebahagian daripada keseluruhan Langkah Membina Peta Dakap:

- Digunakan untuk mengkaji/menganalisa objek secara fizikal - Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya - Tuliskan bahagian/pecahan utama - Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya. - Lukiskan ( {)untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.

6. PETA ALIR (FLOW MAP)


Proses Pemikiran: Urutan Langkah Membina Peta Alir:

- Tuliskan tajuk (nama acara/langkah) - Lukiskan sebuah segi empat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan/membina/membuat . - Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan - Lukiskan segi empat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah yang seterusnya - Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan - Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya - Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama berkenaan

7. PETA PELBAGAI ALIR (MULTI FLOW MAP)


Proses Pemikiran: Sebab dan Akibat Langkah Membina Peta Pelbagai Alir:

- Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasi analisa sebab dan akibat - Lukiskan rajah segi empat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji - Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak berasingan - Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa - Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan peristiwa - Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan

8. PETA TITI (BRIDGE MAP)


Proses Pemikiran: Analogi (Hubungan yang sama, mencari faktor

penghubungan) Langkah Membina Peta Titi: - Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating faktor) di bahagian kiri - Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan anologi - Lukis garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan - Seterusnya, ikut langkah yang sama untuk pasanga yang berikutnya - Kedua-dua pasangan yang berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ) - Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat

RF

as

as

as

RF= Relating facror

As= sama seperti

GAMBARAN SECARA UMUM


Soalan Proses pemikiran Peta pemikiran (gambar peta)
Bagaimanakah anda mendefinisikan benda atau idea ini?Apakah konteksnya?Apakah rujukan kamu? Bagaimanakah kamu menerangkan sesuatu benda? Apakah kata sifat yang paling sesuai untuk menerangkan benda ini? Apakah persamaan dan perbezaan kedua-dua benda ini? Mana satu yang akan kamu pilihi?Kenapa? Apakah isi utama,isi sokongan dan maklumat berkenaan tentang informasi ini? Apakah komponen atau bahagian yang membentuk objek fizikal ini? Apakah yang berlaku? Apakah urutan bagi sesuatu peristiwa yang berlaku?Apakah peringkat perkembangannya? Apakah yang menyebabkan perkara ini dan kesan-kesannya? Apakah yang mungkin berlaku? Apakah perkaitan atau analogi antaranya? Mendefinisikan mengikut konteks Menerangkan kualiti

Membanding beza

Membuat pengelasan

Hubungan bahagian-seluruh

Urutan

Sebab dan kesan Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung)
as

21

Kata kunci
Peta Pemikiran Bulatan Buih Peta Buih Berganda Pokok Dakap Alir Pelbagai Alir Proses Pemikiran
Mendefinisikan mengikut konteks

Kata Kunci
Konteks/ Senaraikan, jelaskan, tuliskan semua yang anda tahu, sumbangsaran, kenalpasti, kaitkan dengan pengetahuan sedia ada, meneroka makna/ maklumat Terangkan, Jelaskan, Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan sesuatu, kualiti, sifat, ciri-ciri Bandingkan, bezakan,carikan persamaan dan perbezaan, bezakan antara A dengan B

Menerangkan kualiti

Membanding beza

Membuat pengelasan

Kelaskan, Asingkan, Kategorikan, Kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya

Hubungan bahagian-seluruh

Urutan

Sebahagian daripada.., tunjukkan struktur., ambil sebahagian daripada., kenalpasti struktur, komponen fizikal, anatomi Susunkan mengikut aturan yang betul, ceritakan/ kira semula, kitaran, tunjukkan proses, selesaikan masalah., mengkaji corak (trend) Sebab dan akibat, bincangkan akibatnya/ pengajaran, apakah yang akan berlaku sekiranya., jika.maka.., terangkan perubatan., kenalpasti pengajarannya, kenalpasti keputusan daripada., apa yang berlaku jika Kenalpasti perkaitan, meneka peraturan, simbol, analogi, kesetaraan

Sebab dan Akibat

Titi
22

Analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung)

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai