Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN HIDUP INDIVIDU BERMASALAH PENGLIHATAN TASK ANALISIS

Task analisis : Menyediakan Jus Lobak merah Kemahiran Peralatan : Kemahiran Menggunakan Pengisar : 1) Pengisar 2) Gelas 3) Senduk / sudu Bahan : 1) Lobak merah (siap dipotong dadu) 2) Air kosong ( 1 gelas besar siap disukat) 3) Susu Pekat ( cawan siap disukat) Langkah-langkah keselamatan dan kebersihan. 1. Pastikan tangan sentiasa bersih semasa penyediaan terutamanya ketika menyentuh mulut gelas dan pengisar dan menyentuh jus semasa menuang. 2. Pastikan jus disediakan ditempat yang besih atau beralas. 3. Pastikan kain tuala yang digunakan untuk mengelap tangan bersih untuk diguna. 4. Pastikan tangan kering semasa menekan picu dan suis utama pengisar. 5. Elakkan sebarang cecair tertumpah ke atas pengisar sepanjang penyediaan jus.

Langkah Penyediaan: Bil 1 Task Analisis Mengenalpasti dan menyusun alatan. Sub-task Susun alatan mengikut susunan: Jam 9: sudu Jam 11 : gelas Jam 1 : air Jam 2 : susu pekat Jam 3 : lobak merah Pengisar berada diletakkan ditengah-tengah. Buka penutup pengisar dan letakkan disebelah kiri pengisar. Pegang mulut pengisar dengan tangan kiri. Masukkan lobak merah, diikuti dengan susu pekat dan air. Gunakan tangan kiri sebagai petunjuk supaya bahan dituang dengan baik ke dalam pengisar. Hidupkan suis utama pengisar. Tekan picu pengisar secara berulang kali selama kira-kira 10 saat setiap kisaran. Ulang sehingga 5 kali dan pengisar kedengaran agak ringan. Buka penutup pengisar dan letakkan di bahagian kiri. Sudukan satu sudu jus dari pengisar. Periksa sama ada jus sudah dikisar baik dengan meminumnya. Pengang bahagian mulut gelas. Masukkan seruas jari telunjuk ke dalam gelas. Letakkan mulut pengisar dibahagian tepi gelas. Tuangkan jus dan berhenti apabila jus menyentuh jari telunjuk.

1.

Memasukkan bahan ke dalam pengisar

2. 1. 2. 3. 4.

Mengisar jus

1. 2. 3.

Memeriksa jus

1. 2. 3.

Menuang jus

1. 2. 3. 4.