Anda di halaman 1dari 1

LATAR BELAKANG

Asal Usul Perayaan : Hari Deepavali (bahasa Hindi: , bahasa Tamil: ) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: . Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya,telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Upacara khusus dalam Perayaan : Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yangdilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. Individu yang Mengetuai Upacara Khusus : Di kuil, tok sami akan mengetuai upacara memuja. Tempat Khusus Sambutan Dijalankan : Pada pagi hari Deepavali, penganut agama Hindu akan ke kuil untuk bersyukur kepada Dewa Krishna yang telah mengalahkan Raja Naragasura. Selepas itu, mereka akan melawat rumah saudara-mara atau akan mengadakan rumah terbuka di rumah sendiri.

Anda mungkin juga menyukai