Anda di halaman 1dari 3

Kesan Negatif Pemindahan Organ

Menghadapi Tengtangan Dari Masyarakat Menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat yang tidak bersedia

untuk menjadikan pendermaan organ sebagai amalan hidup.Generasi lama kurang terbuka untuk menerima amalan ini.

Timbulnya Isu Komersialisai Wujudnya soal ganjaran dan bayaran yang harus diberi terhadap

pengorbanan yang telah dilakukan .Hal ini

menimbulkan kontroversi

sesetengah pihak megharapkan pendermaan dilakukan atas dasar sukarela tanpa mengharapkan ganjaran.

Komplikasi Yang Timbul Terhadap Penderma Organ Penderma akan menghadapi komplikasi akibat daripada kekurangan

organ yang sebelum ini sihat tanpa masalah.Penderma terpaksa menghadapi risiko kesihatannya terancam.

Pengabaian Soal Kerelaan Penderma Pengabaian soal kerelaan penderma disebabkan oleh keadaan

masyarakat yang terlalu menekankan tanggungjawab sosial.Oleh itu,wujud tekanan untuk menderma.Jika tidak,mereka takut disisih oleh keluarga atau institusi masyarakat.

Pencabulan Hak Asasi Pendermaan dilakukan sewenang-wenangnya terhadap individu yang

telah meninggal dunia tanpa kebenaran daripada waris atau wasiat si mati.Pencabulan hak asasi manusia juga dilakukan terhadap banduanbanduan yang dihukum mati yang terpaksa mendermakan organ mereka setelah hukuman dilaksanakan.

kekurangan Penderma Organ Kekurangan penderma organ disebabkan prasangka ,agama,dan kurang

jelas tengtang pandangan agama masing-masing terhadap pendermaan organ.Bilangan pesakit yang menunggu rawatan pemindahan organ adalah banyak ,sedangkan penderma adalah terhad.Menurut Pusat Sumber Transplant Nasional ,hanya 30 orang telah berjaya menjadi penderma sebenar pada tahun 2002.

Penolakan: Walaupun diberi ubat-ubatan, penolakan tubuh pada `organ baru' masih

boleh berlaku. Penolakan ini boleh berlaku sama ada hiper akut, penolakan yang berlaku pada masa organ dipindahkan ke tubuh atau antara dua hingga tiga hari selepas pemindahan.

Jangkitan kuman: Apabila sistem pertahanan tubuh rendah akibat pemberian ubat-ubat

antipenolakan, pesakit terdedah dengan sebarang jangkitan kuman.

Organ baru yang dipindahkan rosak: Saintis masih mencari jawapan mengapa sesetengah organ baru yang

dipindahkan tidak boleh berfungsi atau rosak, sekalipun sebelum itu organ tersebut boleh digunakan.

Masalah saluran pernafasan sempit: Radang boleh mengakibatkan kekerapan berlakunya jangkitan dalam

saluran pernafasan mengakibatkan ia menjadi sempit seterusnya kesukaran bernafas.

Anda mungkin juga menyukai