Anda di halaman 1dari 22

176

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Topik

10

Kemahiran Pertolongan Cemas

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menghuraikan konsep pertolongan cemas; Menyatakan de nisi pertolongan cemas; Mengenal pasti matlamat asas pertolongan cemas; Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas pertolongan cemas; dan Mengaplikasikan beberapa teknik dan situasi untuk melakukan rawatan pertolongan cemas.

PENGENALAN

Seperti pepatah Melayu malang tidak berbau, kemalangan merupakan sesuatu yang tidak kita jangkakan. Apakah yang akan anda lakukan apabila menghadapi sesuatu situasi kemalangan? Kemalangan boleh berlaku di mana mana sahaja,mungkin di rumah, pusat pengajian, tempat rekreasi,tempat tidur dan sebagainya. Bila berlaku sesuatu kemalangan di tempat atau di persekitaran anda, beberapa perkara perlu dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa Kecemasan ialah situasi yang berlaku secara mengejut dan memerlukan tindakan yang serta merta. Situasi ini akan menyebabkan keadaan mangsa menjadi bimbang dan takut kepada mangsa kemalangan atau orang yang berada di sekitarnya. Situasi tersebut akan menjadikan keadaan mangsa menjadi kacau, takut dan gelisah. Mangsa perlu ditenangkan sementara menanti bantuan tiba. Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 177

mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan cemas adalah merupakan suatu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai salah satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang dialami oleh mangsa menjadi serius sementara menantikan bantuan tiba.

10.1

MATLAMAT PERTOLONGAN CEMAS

Apabila kita menghadapi sesuatu situasi kecemasan, maka bermulalah proses di mana pertolongan cemas dilakukan sebelum ketibaan bantuan dari pihak yang bertanggungjawab. Matlamat pertolongan cemas adalah untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa atau pesakit sebelum bantuan perubatan tiba di lokasi. Antara matlamat yang digariskan ialah; (a) Untuk menyelamatkan nyawa individu yang sedang kesakitan atau kemalangan Menggalakkan dan membantu pemulihan

(b) Mengehadkan kesan kesan kecederaan (c)

10.1.1 Kepentingan
Tujuan pertolongan cemas ialah untuk cuba menyelamatkan nyawa, mengurangkan keparahan kecederaan dan memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

10.1.2 Tindakan Ketika Kecemasan


Berikut adalah merupakan tindakan yang perlu dilakukan semasa memberi pertolongan cemas:1. Menilai situasi kecemasan (a) (b) (c) 2. (a) Menilai dengan pantas dan tenang keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku Memerhatikan keadaan sekitar dan mengawasi lain lain bahaya terhadap diri dan mangsa. Hindarkan diri anda dari sebarang risiko Pastikan keselamatan diri sebelum melakukan pertolongan terhadap mangsa

Memastikan kawasan kecemasan selamat

178

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

(b) (c) (d)

Cuba hindarkan mangsa dari bahaya iaitu pindahkan mangsa dari tempat yang dikhuatiri mendatangkan bahaya. Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda. Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah pada manamana kemungkinan bahaya.

Rajah 10.1: Jangan bertindak sendirian jika di luar kemampuan anda

3.

Menilai semua kecederaan dan memberi pertolongan cemas (a) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah pemulihan pernafasan ABC dan dapatkan bantuan dengan segera Pastikan keadaan mangsa yang tercedera mangsa sama ada:r 4FEBSTFQFOVIOZBBUBVUJEBL r .BTJICFSOBGBTUFUBQJUJEBLTFEBSLBOEJSJ r 5JEBLCFSOBGBTUFUBQJNFNQVOZBJEFOZVUBOOBEJ r 5JEBLNFNQVOZBJOBEJ

(b)

Rajah 10.1: Jangan bertindak sendirian jika di luar kemampuan anda

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 179

4.

Meminta bantuan (a) (b) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan di dalam perjalanan. Sementara bantuan tiba pastikan anda mendapat pertolongan dari orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:r .FNBTUJLBOLBXBTBOLFNBMBOHBOTFMBNBU r .FNCVBUQBOHHJMBOLFDFNBTBO r .FOEBQBULBOQFSBMBUBOQFSUPMPOHBODFNBT r .FOHBXBMMBMVMJOUBTBUBVLFBEBBOLFNBMBOHBO r .FOHBXBMQFOEBSBIBOBUBVNFOZPLPOHUVCVINBOHTB r .FNCBOUV NFOHBMJILBO NBOHTB LF UFNQBU ZBOH EJLJSLBO selamat.

Tindakan semasa menghadapi keadaan kecemasan Bagi menangani situasi kecemasan beberapa tindakan yang sepatutnya dilakukan semasa memberi pertolongan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan:1. Faktor D.R. A.B.C (a) (b) (c) D pastikan mangsa berada di dalam keadaan dan tempat yang selamat (danger) R cuba pastikan mangsa bertindak balas terhadap panggilan anda (response) A periksa saluran pernafasan untuk memastikan tidak tersekat atau tersumbat akibat dari lidah, cecair dari anggota badan atau sekitarnya atau benda benda asing seperti gigi palsu dan gula gula atau sebagainya. (check airways) B - periksa pernafasan mangsa (check breathing) C peredaran darah (circulation)

(d) (e) 2.

Teknik SAFE (a) (b) (c) (d) S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan) Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut) F - Free from danger (Bebas dari bahaya)

180

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

(e)

Ketika menghadapi situasi kemalangan salah satu perkara yang perlu dilakukan ialah mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular. Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada. Pelbagai situasi yang boleh dikategorikan bahaya seperti wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain. E - Evaluate casualtys condition (Menilai keadaan pesakit

(f) 3.

Faktor R.I.C.E R rehat (rest) I ais (ice) C balutan (sesuatu yang dapat mengawal pergerakan) (compressed) E meninggikan tempat yang tercedera (elevation)

10.1.3

Kit Pertolongan Cemas

Setiap rumah perlu memiliki satu kit bantuan kecemasan yang mudah diambil oleh orang dewasa tetapi tidak boleh dicapai dengan mudah oleh kanakkanak. Peti tersebut mestilah teguh dan kalis air. Kit bantuan kecemasan boleh mengandungi isi kandungan yang berbeza, bergantung kepada keperluan. Kit bantuan kecemasan peribadi mestilah disimpan di kawasan yang bersih dan kering serta tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak. Isi kandungannya mestilah diperiksa dalam satu jangka masa yang tertentu untuk memastikan ia masih ada dan lengkap, belum luput tarikh dan berada dalam keadaan baik. Satu kit yang asas mengandungi: (a) (c) Krim antihistamin untuk melegakan rasa gatal Tablet parasetamol atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 16 tahun) Plaster (sepeket) (b) Sebatian antiseptik (untuk membersihkan luka-luka kecil)

(d) Pembalut luka (bandage) (e)

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 181

Rajah 10.3: Contoh Peralatan dan Ubat ubatan di di dalam rst aid kit

182
(f)

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Pita bergam untuk membalut

(g) Crepe bandage (untuk rawatan terseliuh) (h) Pembalut elastik (i) (j) (l) Pembalut tiga segi Losen calamine untuk ruam yang gatal Pembalut luka atau dressing

(k) Kapas steril (1 gulung) (m) Gause para n (untuk luka terbakar) (n) Gause steril (o) Dressing untuk luka (2 saiz) (p) Basuhan mata (q) Lampu suluh (r) (s) (t) Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan) Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu Putik kapas (untuk meletakkan ubat)

(u) Pin (untuk menetapkan bandage) (v) Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan pertolongan cemas sahaja) (w) Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)

10.2

PEMULIHAN NAFAS

Darah adalah medium pengangkutan oksigen, nutrient dan benda benda lain ke dalam sistem tubuh manusia. Selain dari itu ia juga merupakan medium pengangkutan untuk toksik dan hasil kumuhan badan dari badan. Kesemua bahan yang diangkut masuk akan berfungsi mengikut peranan masing masing di dalam badan. Tenaga adalah perlu di dalam kehidupan. Bagi otak, ia memerlukan oksigen pada setiap masa dan ia akan lemah apabila kehilangan oksigen selepas 3 4 minit.

10.2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR)


Pernahkah anda melihat suatu kejadian di mana individu itu pengsan? Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila melihat orang pengsan? Terdapat dua kaedah untuk melakukan rawatan awalan iaitu melakukan Resusitasi Udara

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 183

Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR dan Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR). Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation - CPR) ialah merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar. Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan, peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit pertama. Terdapat lebih kurang 1.5 juta manusia dirawat setiap tahun kerana serangan jantung ataupun jantung terhenti. Keadaan jantung terhenti bukan hanya disebabkan oleh serangan jantung, tetapi oleh kemalangan seperti lemas atau kejutan elektrik mengikut kajian Persatuan Palang Merah Amerika (American Red Cross). Di Malaysia 30% daripada kematian yang disahkan di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Daripada kematian ini, terdapat juga yang berlaku di luar hospital, biasanya dalam masa dua jam pertama selepas wujudnya gejala-gejala sakit jantung. Teknik rawatan CPR adalah amat penting dan mudah untuk dipelajari. Maklumat mengenai pembelajaran CPR boleh diperolehi Persatuan St. John Ambulans ataupun Persatuan Bulan Sabit Merah yang berdekatan. Prosedur Resusitasi Kardiopulmonari atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) ialah salah satu prosedur pertolongan cemas untuk menyelamatkan mangsa akibat lemas, renjatan elektrik, panahan petir, strok, serangan jantung atau kemalangan lain yang menyebabkan denyutan jantung berhenti. Beberapa petunjuk yang perlu dipatuhi sebelum melakukan CPR di antaranya ialah; 1. 2. 3. 4. tidak bergerak tiada respon tidak bernafas tiada denyutan nadi

CPR perlulah dilakukan dengan patuhi prinsip prinsip tertentu supaya setiap tindakan dapat dilakukan dengan berkesan. Prinsip prinsipnya ialah; 1. 2. Hubungi ambulans atau meminta pertolongan daripada orang yang berhampiran. CPR dilakukan terhadap mangsa yang tidak bernafas dan tiada denyutan nadi.

184
3. 4. 5. 6.

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Mulakan dengan bantuan pernafasan. External Cardiac Compression (ECC) diberi secara berselang seli dengan bantuan pernafasan. Lakukan CPR sehingga mangsa pulih atau bantuan perubatan tiba. Setelah mangsa sedar atau pulih pastikan mangsa berada di dalam kedudukan pemulihan.

10.2.2 Prosedur CPR


Terdapat dua langkah utama untuk melakukan CPR, iaitu: Langkah l: Langkah Il: Bantuan pernafasan mulut ke mulut. Melakukan tekanan luaran atau External Cardiac Compression (ECC) pada bahagian tengah dada atau sternum mangsa.

Tekanan luaran atau ECC ialah suatu teknik untuk mengepam darah dari jantung secara manual.

Rajah 10.4: Langkah-langkah CPR

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 185

Teknik melakukan CPR bagi orang dewasa, kanak kanak dan bayi adalah berbeza. Kita perlu mengetahui perbezaan ini apabila hendak melakukan CPR supaya tidak memudaratkan mangsa iaitu; Langkah I: 1. 2. 3. 4. 5. Melakukan pernafasan mulut ke mulut

Baringkan mangsa di atas permukaan yang rata dan agak keras. Melutut di sisi kiri kepala mangsa. Buka saluran pernafasan dengan menolak dahi dan dagu mangsa ke belakang. Picit hidung mangsa untuk menutup lubang hidungnya. Lekapkan mulut kita pada mulut mangsa dan hembus nafas. Lakukan sebanyak dua kali. Melakukan ECC

Langkah II: 1.

Melutut di kiri badan mangsa. Kesan lokasi pertemuan di antara tulang rangka dengan cuaran xyphoid dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri. Letakkan pangkal tapak tangan kanan bersebelahan jari telunjuk tangan. Titik ini ialah tempat tekanan yang akan dilakukan. Letakkan tapak tangan kiri di atas tangan kanan yang berada di dada. Condongkan badan ke hadapan dan tekan bahagian dada sambil meluruskan bahagian siku. Tekan sehingga lebih kurang 5 cm ke bawah pada kadar kelajuan 80 tekanan seminit sebanyak 15 tekanan. Beri dua kali hembusan bantuan pernafasan. Langkah (5) dan (6) sehingga mangsa pulih atau sehingga bantuan tiba. Periksa denyutan nadi selepas 10 hembusan nafas.

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

186

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Kedudukan Pemulihan

Rajah 10.5: Kedudukan Pemulihan

Pelaksanaan CPR untuk bayi, kaedah 2 ibu jari dengan tangan membulat di kawasan dada adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah lama yang disarankan, iaitu menggunakan dua jari.

Rajah 10.6: CPR untuk bayi

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 187

Rajah 10.7: Resusitasi Mulut ke Mulut

10.2.3 Resusitasi Mulut-ke-Mulut


Resusitasi Udara Hembusan (Expired Air Resuscitation - EAR) adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah resusitasi mulut-ke-mulut. Terdapat tiga teknik yang digunakan di dalam EAR ini: 1. Mulut ke mulut Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut Mulut ke hidung Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar.

2.

188

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Rajah 10.8: Bantuan pernafasan EAR

3.

Mulut-ke-hidung-dan-mulut Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah pernafasan tertentu seperti asma atau em sema yang boleh menyebabkan pernafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa. Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan. Indikasi untuk EAR iaitu Sianosis atau kepucatan Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit.

Prosedur EAR (a) Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. (b) Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu). (c) Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 189

(d) Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru. (e) Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.

(f)

(g) Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. (h) Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR). (i) Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. dan menekan-nekan dada jika

(j)

(k) Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut pernafasan dan nadi masih tidak ada. (l)

Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

190

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

10.3

PERTOLONGAN CEMAS PRIMER

Perkara-perkara perlu dilakukan apabila mendekati mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk:(a) Saluran udara - periksa sama ada saluran udara mangsa diperiksa bagi memastikan sama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atau pun benda asing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.

(b) Dua jari digunakan untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat. (c) Periksa dan keluarkan gigi palsu sekiranya alat tersebut longgar. (d) Pastikan tangan tidak dimasukkan terlalu dalam kerana ia boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara. (e) (f) 1. Periksa sama ada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan. Periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada) Memulihkan keadaan tercekik Jika mangsa tercekik disebabkan makanan ataupun objek-objek lain dan mangsa berhenti bernafas, lakukan bantuan pemulihan pernafasan. Objek perlu dikeluarkan bagi mengelakkan gangguan kepada pernafasan mangsa Keyakinan penting sebelum melakukan tindakan tersebut. Pastikan dapat mengeluarkan objek yang menyumbat kerongkong mangsa dengan memasukkan jari atau tangan ke dalam mulut mangsa. Tanggalkan pakaian untuk mendedahkan bahagian dada Ikut arahan untuk memberi bantuan pemulihan pernafasan

Rajah 10.9: Rawatan Tercekik bagi Kanak - kanak

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 191

Rawatan Tercekik bagi kanak-kanak Pemulihan bagi kanak-kanak ialah dengan menghalakan kepala mangsa ke bawah. Badannya di atas lengan atau lutut kamu. Buka mulutnya dan suruh mangsa batuk. Sekiranya orang dewasa tercekik, biarkan mangsa tunduk dalam keadaan kepala lebih rendah daripada paru-parunya. Suruh mangsa batuk. Di dalam kedua-dua keadaan, sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, tindakan yang perlu dilakukan ialah mengekalkan kedudukan asal dan tepuk belakang mangsa. Jika benda penghalang kelihatan tetapi tidak dapat diluahkan, ia perlu diambil benda tersebut dengan jari. Sekiranya benda penghalang masih tidak keluar, mangsa perlu dirujuk ke hospital. Rawatan tercekik bagi Orang Dewasa

Rajah 10.10: Rawatan Tercekik bagi orang dewasa

2.

Merawat luka terbakar Apa yang di maksudkan ialah rawatan bagi kecederaan kecil ketika perkhemahan. Di dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segera. Buangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat. Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembap di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai. Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan di bawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara. Jika luka terbakar tersebut adalah besar cuba tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatan. Menghentikan pendarahan Kecederaan yang melibatkan pendarahan adalah situasi yang hampir kerap berlaku. Di antara tindakan yang perlu dilakukan ialah penggunaan tekanan secara langsung ke atas anggota badan dan tangan adalah perlu iaitu dengan menekan pada luka dengan beralaskan kain yang bersih atau bahan lain yang sesuai. Tindakan ini akan meminimumkan sebarang jangkitan.

3.

192

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Pegangan tangan ataupun kaki perlulah pada paras jantung. Teruskan tekanan sehingga pendarahan berhenti ataupun sehingga pasukan ambulans tiba. Jangan alihkan kain yang digunakan walaupun ia telah basah dengan darah. Tambahan lapisan kain dan kenakan tekanan yang mapan perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan. Kaedah ini juga boleh digunakan tekanan secara langsung untuk menghentikan pendarahan di bahagian-bahagian lain. Seorang yang mengalami pendarahan boleh mati dalam masa satu minit jika saluran darah utama terpotong. Tindakan yang segera untuk menghentikan pendarahan dengan serta-merta perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

Rajah 10.11: Rawatan bagi luka akibat tercucuk benda tajam

4.

Merawat renjatan Dalam situasi pertolongan cemas, rawatan bagi renjatan mestilah dilakukan dengan segera sebaik sahaja selepas disahkan keadaan renjatan itu dan setelah punca kemalangan dialihkan. Baringkan mangsa dengan telentang serta angkat kaki mangsa untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Selimutkan tubuh mangsa untuk mengelakkan kesejukan ataupun

Rajah 10.12: Merawat Renjatan

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 193

kehilangan haba dan longgarkan pakaian yang ketat dan tali pinggang untuk mengurangkan jerutan di kawasan leher, dada ataupun pinggang. Jangan berikan sebarang cecair kerana ia tidak dapat diserap dengan mudah jika diberi melalui mulut dan hubungi ambulans dan bawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Tinggikan kaki untuk mengurangkan perjalanan darah ke jantung. 5. Merawat kecederaan mata Cara yang paling baik bagi mengeluarkan benda asing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluar. Basuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mata. Jika benda asing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas. Jika benda asing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikkan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segera. Jangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius.

Rajah 10.13: Kaedah rawatan kecederaan mata

6.

Cirit birit dan muntah Keadaan ini merupakan suatu keadaan yang sering terjadi kepada individu individu semasa berada di kawasan perkhemahan atau kawasan persekitaran kediamannya. Ia berpunca dari keracunan makanan,air tercemar atau makanan yang luar biasa (tidak biasa dimakan). Cirit birit dan muntah yang teruk boleh mendedahkan kepada risiko penyahidratan. Matlamat rawatan ialah untuk memulihkan kehilangan air dan garam yang hilang semasa cirit birit dan muntah. Rawatan awalan ialah beri mangsa minum banyak air dan apabila selera sudah pulih beri makan makanan berkanji selama 24 jam. Kekejangan Kekejangan otot biasanya berlaku selepas bangun tidur, latihan yang melampau dan kehilangan garam dan air yang banyak akibat dari

7.

194

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

perpeluhan. Kekejangan boleh dirawat dengan cara mengurut dan meregangkan otot yang sakit. 8. Kecederaan Fraktur Salah satu kecederaan yang sering berlaku ialah kecederaan fraktur (retak) dan patah tulang. Apabila suatu tulang patah atau retak, beberapa masalah lain akan timbul yang berkaitan dengan otot, tendon, saraf dan salur darah kerana struktur-struktur tersebut melekat atau berhampiran dengan tulang. Kecederaan tulang dapat dikenal pasti apabila berlaku simptom-simptom berikut:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Rasa sakit pada bahagian tulang. Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah. Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera. Berasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota yang tercedera. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal. Bengkak atau warna kebiruan pada bahagian yang tercedera. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.

Jika kecederaan itu baru berlaku, demah tempat yang tercedera dengan ketul-ketul ais atau dengan tuala yang telah direndam dalam air sejuk. Cara ini akan mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan. Balut bahagian yang tercedera dengan kain kapas. Pastikan ikatan splin pada bahagian menyokong tulang yang patah atau retak. Bagi mendapatkan sokongan yang lebih teguh, bahagian yang tercedera perlu diampu pada bahagian anggota yang tidak tercedera bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas. Sebagai contoh, bagi kecederaan fraktur anggota bahagian atas, lengan hendaklah sentiasa diampu pada badan dengan anduh.

Rajah 10.14: Kain segitiga (anduh)

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 195

Rajah 10.16: Keretakan bahagian menyokong tulan yang patah atau retak

Rajah 10.17: Keretakan bahagian lengan

Balut kaki yang tercedera bersama-sama dengan kaki yang tidak tercedera. Ketul-ketul ais membantu mengurangkan kesakitan. Tinggikan bahagian yang cedera sementara menunggu bantuan atau semasa membawa mangsa ke hospital.

Rajah 10.17: Keretakan bahagian lengan

196

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

Perkara yang perlu diberikan pertolongan cemas ialah:(a)

perhatian

semasa

memberikan

Bertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahan

(b) Jangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukan (c) Dapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemas Bertenang dan tenangkan mangsa Jangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair

(d) Jangan tarik pakaian mangsa luka terbakar (e) (f)

RUMUSAN
r 1FSUPMPOHBO DFNBT BEBMBI CBOUVBO QFSNVMBBO BUBV SBXBUBO QFSUBNB ZBOH diberi kepada seseorang yang tercedera dalam suatu kemalangan atau sakit secara mengejut sebelum mendapat rawatan daripada pengamal perubatan yang bertauliah. 1FSUPMPOHBO DFNBT ZBOH EJCFSJLBO LFQBEB NBOHTB EBQBU NFOHVSBOHLBO kesakitan, mencegah kecederaan daripada menjadi lebih serius dan dapat menyelamatkan nyawa mangsa. ,FDFEFSBBO GSBLUVS CPMFI EJCBOUV EFOHBO NFMBLVLBO QSPTFEVS 3*$& merehatkan atau menenangkan mangsa (rest), mendemah bahagian yang tercedera (ice), melakukan tuaman pada bahagian yang tercedera (compression) dan meninggikan bahagian yang tercedera. .BOHTB LFDFEFSBBO ZBOH NFOHBMBNJ UFSTFLBU QFSOBGBTBO CPMFI EJCBOUV dengan prosedur E.A.R iaitu meninggikan (elevation) bahagian atas laluan udara (airway) supaya laluan udara tidak tersekat.

r

r

r

TOPIK 10

KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS

W 197

Resusitasi udara (Expired Air Resuscitation EAR) Fraktur

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)

UJIAN 1
1. 2. 3. Apakah tujuan pertolongan cemas? Nyatakan peralatan peralatan yang perlu ada di dalam kit pertolongan cemas. Terangkan perbezaan antara resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan resusitasi udara hembusan (EAR).

UJIAN 2
1. 2. 3. 4. Terangkan tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi kecemasan. Terangkan maksud S.A.F.E dan bila ia sesuai diaplikasikan. Nyatakan langkah langkah yang digunakan semasa melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Nyatakan tanda tanda yang menunjukkan seseorang itu memerlukan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

RUJUKAN
Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin & Abdul Manaf Hamid. (1990), Pertolongan Cemas Prinsip Dan Amalan., Cresent News. Kuala Lumpur St. John Ambulan Malaysia, ( 2001). Kuala Lumpur Manual Pertolongan Cemas www.expage.com/page/lacieking www.mayoclinic.com/health/FirstAidIndex/FirstAidIndex http://dir.yahoo.com/Health/First_Aid/

Anda mungkin juga menyukai