Anda di halaman 1dari 11

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERATURAN KAWAD KAKI 1. MUQADDIMAH Berkawad adalah asas untuk membentuk disiplin dalam pasukan unit beruniform. Kemahiran kawad menjadi teras pembentukan pasukan dalam perlaksanaan Tatacara Perjumpaan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. 2. OBJEKTIF 1. Untuk membentuk ahli menjadi seorang yang berkeyakinan , bersungguhsungguh, berdayatahan dan berdayasaing 2. Membina disiplin diri dan disiplin pasukan yang tabah, cekal dan sabar menghadapi pelbagai cabaran. 3. Mewujudkan semangat setiakawan dan bekertjasama dalam satu pasukan 4. Melahirkan ahli yang bertatatertib , kemas dan segak sepanjang masa

3. SIFAT-SIFAT SEORANG JURULATIH Berkawad adalah pelajaran yang tetap den berkehendakkan tenaga. Sifat-sifat berikut boleh membantu dalam perlaksanaan latihan kawad. 1. Kesabaran ~ janganlah hilang fikiran dan naik darah tidak terkawal sehingga melupakan kemanusiaan 2. Ketabahan dan kesungguhan ~ Teguran kepada kesalahan untuk tujuan membina sahsiah dan kemajuan pembelajaran kawad 3. Kemahuan ~ Bersiap sedia dan sentiasa berusaha untuk pencapaian yang terbaik 4. Berkeyakinan dan berfikiran positif 4. Rekrut selalu mengikut tauladan dan arahan jurulatih 1. Apabila anda kawadkan mereka anda hendaklah berdiri SEDIA 2. Apabila bergerak atau berpusing , berjalan dan pergerakan yang lain , tentukan anda tunjukkan yang betul dan tentukan skuad itu buat seperti kemahuan anda 3. Apabila memberi pertunjukkan , mesti berdiri dengan betul 4. Jangan gunakan perkataan maki 5. Pakaian anda kemas dan segak 6. Jangan gopoh dan mengelabah 7. Boleh memberi hukuman dengan jelas , betul dan terang

6. MEMBINA BAHASA HUKUMAN Ingatan , perbuatan yang cergas dan baik itu berhubungan juga dengan hukuman kawad yang nyaring , betul dan terang.

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Peringatan ini adalah memberi peringatan kepada skuad anda apa yang mereka akan buat misalnya BERGERAK KE KANAN BERTURUTTURUT Harakat ; peringatan yang panjang kepada skuad misalnya KE KANAN .. Perbuatan ; Dengan suara yang nyaring dan tajam misalnya PUSING Kadang-kadang ada juga tidak digunakan PERINGATAN HUKUMAN KAWAD seperti BARIS SEDIA dan ada juga tidak ada harakat seperti MAJU atau GERAK 7. MASA UNTUK MEMBERI HUKUMAN KAWAD Untuk hukuman kawad ada diterangkan menunjukkan di atas kaki hukuman kawad akan diberi . Harakat-harakatnya seperti berikut;1. Semasa berhenti iaitu 3 harakat seperti 1-2-3-1 2. Semasa cepat jalan lebih kurang 4 langkah 3. Semasa jalan perlahan lebih kurang 3 langkah manakah

Ingatan : Langkah-langkah ini sama harakatnya seperti para (1) di atas tadi 8. MEMBINA BAHASA HUKUMAN KAWAD a. Kawad Perhubungan 1. Tunjukkan sama bahasa hukuman kawad 2. Cuba seorang demi seorang dengan berteriak bahasa hukuman kawad 3. Pecahkan skuad itu dua bahagian sejauh 30 ela lebih kurang jarak 5 langkah tiap-tiap seorang 4. Tiap-tiap seorang akan kawadkan kawannya di hadapan 5. Tukarkan barisan itu tiap-tiap 10 minit ., dengan ini kedua-dua bahagian skuad itu dapat peluang untuk berkawad. b. Mengawadkan skuad 1. Bariskan skuad dalam 3 barisan kemudian terangkan kepada skuad, penanda kanan , kiri, baris hadapan , tengah dan belakang 2. Keluarkan seorang demi seorang untuk berkawad

9. MASA DAN LANGKAH 1. Masa Berjalan


PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

~ Masa Cepat jalan kebiasaannya ~ Masa Cepat Jalan rekrut ~ Masa Perlahan Jalan ~ Masa Berlari 2. Jarak Selangkah ~ Masa Cepat Jalan & Perlahan ~ Langkah Panjang ~ Langkah Pendek ~ Langkah Berlari ~ Langkah Sebelah ~ Senang diri

116 120 langkah seminit - 140 - 65 - 180 - 30 inci - 33 inci - 21 inci - 40 inci - 12 inci - 12 inci

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERATURAN KAWAD KAKI ASAS


PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

JENIS / PERKARA
1. Berbaris dalam tiga barisan

ARAHAN / ULASAN / TINDAKAN


Peringatan : Dengar sini semua sekali. Apabila dapat hukuman tiga Barisan Di hadapan Saya , Gerak skuad hendaklah sedia, berlari berbaris dalam tiga barisan di hadapan, di tengahtengah di masa saya menghadap. Faham itu skuad ! Hukuman : TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA , GERAK Perhatian : Kalau skuad dalam kedudukan sedia hendaklah diberi hukuman PUSING KE KANAN BERLARI BERBARIS.. kalau dari mula senang diri , diakhiri dengan senang diri

2. Meluruskan barisan

Hukuman : KE KANAN LURUS -satu Angkat tangan kanan paras bahu orang di sebelah kanan , jarijari digenggam ( bahagian belakang tangan ke atas, pengengam tangan kena bahu orang di sebelah kanan Skuad 2 Hentak kaki berturut , pendek-pendek serta meluruskan barisan., tentukan tiap-tiap orang nampak bahagian bawah muka dua orang selang darinya. Dengan pantas , orang di sebelah kanan barisan tengah dan belakang tentukan jarak ke barisan hadapan 30 inci. PANDANG DEPAN Pusingkan kepala dan muka dengan pantas ke hadapan dan jatuhkan tangan ke tepi badan , lengan lurus.

3. Buka dan tutup barisan

Bagi memeriksa skuad atau untuk mengawadkan skuad , adalah mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini . Seperti hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain, pergerakan ini adalah dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan belakang sahaja, barisan tengah diam. Jikalau dalam dua barisan dilakukan barisan belakang sahaja skuad mesti berada dalam kedudukan sedia. Hukuman : BUKA BARISAN , GERAK (3 pergerakan ) a) Buka Barisan Dengan Nombor, Buka Barisan- Satu Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci. Barisan belakang langkahkan kaki kanan ke belakang sejauh 15 inci, kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi. Anggota yang lain diam . b) Skuad Dua Barisan hadapan langkah kaki kiri ka hadapan sejauh 30 inci barisan belakang langkahkan kaki kiri ke belakang sejauh

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

30 inci ( dari tumit kaki kanan ) tapak kaki kanan/ kiri rata di atas bumi, tumit kaki kiri/kanan di belakang terangkat sedikit, anggota yang lain diam . c) Skuad Tiga Barisan hadapan langkahkan kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak. Barisan belakang langkahkan kaki kanan ke belakang sejauh 15 inci dan hentak , dengan masa yang sama angkat kaki kiri ke hadapan bengkokkan lutut , dan hentak di sebelah tumit kaki kanan sampai seperti kedudukan sedia. Peringatan : i) Jarak di antara barisan dalam buka barisan , barisan hadapan ke barisan tengah 90 inci . Barisan tengah ke barisan belakang 90 inci dan barisan hadapan ke barisan belakang 180 inci dan kalau dalam dua barisan setelah buka barisan jarak barisan hadapan ke barisan belakang 120 inci. ii) Jika hendak mengajar skuad , hendaklah diajar kepada dua bahagian , pertama selaku barisan hadapan apabila skuad sudah faham baharulah di ajar selaku barisan belakang. Apabila semua sekali sudah faham barisan hadapan dari belakang, barulah latihkan skuad dalam tiga barisan buka barisan gerak. b) TUTUP BARISAN GERAK ( 3 pergerakan ) Hanya pergerakan barisan hadapan buat seperti pergerakan belakang buka barisan gerak, dan pergerakan barisan belakang , buat seperti pergerakan barisan hadapan semasa buka barisan gerak, cara-cara mengajar dan melatih skuad adalah sama seperti buka barisan gerak. 4. Paras 1. Paras boleh dilakukan sama ada yang tinggi ke kanan , rendah ke kiri atau yang tingi di tengah-tengah . Ini boleh dilakukan dengan cermat dengan menjadikan semua orang ke dalam satu barisan dan menyusun mereka mengikut tinggi rendah atau sebaliknya sebagaimana yang dikehendaki. Ini boleh dilakukan dengan cara mereka dalam bertiga-tiga atau beberapa banyak sekali pun barisan yang dikehendaki. Cara yang terakhir ini hendaklah terhad kepada kumpulan kecil . 2. YANG TINGGI KE KANAN , RENDAH KE KIRI DALAM SATU BARISAN PARAS. Seluruh skuad berpusing seperti dalam berhenti, terus berjalan dan selepas itu mengaturkan diri mereka mengikut paras tinggal dalam keadaan sedia. Susunan yang betul selepas itu diperiksa oleh jurulatih. 3. NOMBOR Skuad itu membuat nombor dari kanan ke kiri
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

4. NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN , NOMBOR GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG , GERAK. Jurulatih mesti memerikasa pergerakan ini. 5. ORANG YANG DI SEBELAH KANAN SEKALI DIAM , NOMBOR GANJIL KE KANAN , NOMBOR GENAP KE KIRI , BARISAN KANAN DAN KIRI PUSING. Semua berpusing sebagaimana yang diperintahkan, orang yang di sebelah kanan sekali di barisan hadapan yang tinggal diam menghadap arah hadapan. 6. JADIKAN TIGA BARISAN , CEPAT JALAN. Skuad itu jadi tiga barisan nombor genap mengikut belakang nombor ganjil , misalnya nombor 1 dalam barisan hadapan . Nombor 3 jadi 1 dalam barisan tengah , nombor 5 jadi nombor 1 dalam barisan belakang. Nombor 7 jadi nombor 2 dalam barisan hadapan dan seterusnya., bila berhenti dalam kedudukan setiap orang berpusing ke hadapan serta luruskan barisan dan tinggal dalam keadaan sedia. Peringatan i) Sekiranya dikehendaki pada akhirnya memaras dengan orang-orang yang paling tinggi di sebelah kanan dan orang-orang yang paling rendah di sebelah kiri , perkataan hukuman hendaklah ORANG YANG PALING RENDAH DI SEBELAH KANAN SEKALI DIAM , YANG LAIN BERGERAK KE KANAN DALAM SATU BARISAN KE KANAN PUSING. JADIKAN TIGA BARISAN CEPAT JALAN dan skuad akan buat seperti di atas. Jika satu skuad kecuali hendak diparaskan , perkataan hukuman ialah DALAM TIGA ( SATU ) BARISAN PARAS Skuad itu berpusing ke kanan , mereka berhenti sekejap dan menjadikan barisan mengikut paras . Hentak langkah kaki hendaklah dilakukan apabila skuad berpusing ke kanan.

ii)

5. Senang diri dari sedia

SENANG DIRI Biarkan kaki kiri tinggal diam dan tapak kaki tegang ke belakang angkat kaki kanan ke hadapan, bengkok lutut, 6

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

bawa kaki kanan ke sebelah kanan hentak ke bumi. Supaya jarak kedua-dua kaki adalah lebih kurang 12 inci. Pada ketika yang sama bawa tangan kanan ke dalam tapak tangan kiri, ibuibu jari bersilang, jari-jari dan tangan lurus menunjukkan arah ke tanah, pada masa yang sama mengalihkan berat badan sedikit ke kanan supaya berat sama rata. Hukuman : BARIS , SENANG DIRI Angkat kaki kanan 12 ke hadapan , bengkok lutut , hujung jari junam ke bumi dan hentakan padu di sebelah tumit kaki kiri sampai ke dalam kedudukan senang diri , dalam masa yang sama bawa ke dua-dua belah tangan pantas ke belakang. 6. Sedia dari senang diri Kedudukan - SEDIA Kedudukan sedia . Tumit rapat sebaris , buka hujung kaki 30 darjah ; lutut tegang, badan tegak dengan berat sama timbang di antara kedua-dua tapak kaki dan tumit, bahu di bawa ke belakang ( supaya dada berada dalam keadaan biasa dengan tidak menyusah atau mengeraskan badan ) Tangan lurus ke bawah, siku-siku rapat ke rusuk badan, pergelangan-pergelangan tangan lurus, tapak tangan tutup ( bukan genggam) belakang jari-jari dekat kepada peha, ibu jari tegak lurus dan hadapan dekat jari telunjuk dan di belakang sedikit dari garisan jahitan seluar, kepala tegak, tengkok kena leher baju, dan memandang terus ke hadapan. Hukuman : BARIS , BARIS SEDIA Angkat kaki kanan 12 ( bengkok lutut , hujung kaki junam ke bumi dan hentakkan padu di sebelah tumit kaki kiri sampai dalam kedudukan sedia, dalam masa yang sama bawa keduadua tangan dengan pantas dalam kedudukan sedia. REHATKAN DIRI Hukuman : REHATKAN DIRI Kira masa ( 1-2-3 rehat ) Kendurkan anggota-anggota badan, bahagian pinggang ke atas perlahan-lahan tanpa menggerakkan kaki. 7. Berpusing ke kanan pusing Hukuman : BERGERAK KE KANAN BERTURUTTURUT, KE KANAN PUSING Pergerakan 1. Pusingkan badan ke kanan 90 darjah. Berpusing di atas tumit kaki kanan dan Hujung kaki kiri. Pergerakan 2. Angkat kaki kiri 12 dan hentakkan padu Di sebelah kaki kanan 8. Berpusing ke kiri pusing Hukuman : BERGERAK KE KIRI BERTURUT-TURUT, KE KIRI PUSING Pergerakan 1. Pusingkan badan ke kiri 90 darjah. 7

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Berpusing di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan. Pergerakan 2. Angkat kaki kanan 12 dan hentakkan padu di sebelah kaki kiri 9. Berpusing ke belakang pusing Hukuman : MENGIKUT KEDUDUKAN BADAN 1. Jika kita menghadap ke hadapan BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG , KE BELAKANG PUSING. 2. Jika baris menghadap ke belakang BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN , KE BRLAKANG PUSING 3. Jika baris hadapan berada di sebelah kiri atau kanan BERGERAK KE KIRI ( KANAN ) BERTURUTTURUT KE BELAKANG PUSING . Pergerakan 1. Pusingkan badan 180 darjah ke belakang Pergerakan 2. Angkat kaki kiri dan hentakkan padu di sebelah kaki kanan Ingatan : Berpusing ke belakang MESTI melalui di sebelah kanan . ( Pusingan Jam ) 10. BERJALAN 1. Berjalan adalah memainkan peranannya dalam kawad sebagai cara mem bentuk tatatertib sesebuah pasukan yang berjalan dengan bergaya, lazimnya adalah mempunyai semangat yang tingi. Begitu juga dalam masa perlahan mengajar timbangan dan bentuk badan yang baik dan adalah menjadi adapt sebagai upacara istiadat ( tentera darat ) 2. Pasukan-pasukan biasanya akan berjalan 116- 120 langkah dalam masa satu minit. Bagaimanapun , rekrut patut mulai berjalan 140 langkah dalam masa satu minit untuk membina kepantasan , siap sedia dan taat kepada perintah tanpa berbicara lagi Hukuman : CEPAT , JALAN Mulai berjalan dari kedudukan sedia.Apabila hukuman cepat Jalan diberi supaya skuad itu melangkah mengikut rentak pancaragam atau sama dengan skuad lain , ianya hendaklah diberi selepas rentak atau langkah , iaitu Cepat pada kaki kanan Jalan pada kaki kiri berturut-turut. Dengan hukuman Jalan ahli puteri hendaklah sentiasa melangkah dengan kaki kanan dan menghayun tangan kiri nya ke hadapan. Untuk membolehkan berjalan dengan betul , hendaklah diajarkan berjalan dengan Nombor . a) Berjalan dengan nombor cepat jalan satu.
PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

11. Berjalan dalam masa cepat

Dengan pantas langkahkan kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak kaki kiri di belakang rata dengan bumi. Dengan masa yang sama , lenggangkan tangan kiri ke hadapan paras 45 darjah dan lenggang tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh, muka terus pandang hadapan . b) Skuad Dua Langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacak. Tapak kaki kanan di belakang rata dengan bumi . Masa yang sama , tukarkan lenggang tangan kanan ke hadapan paras 45 darjah dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang boleh. 12. Berhenti dari cepat jalan ( 3 pergerakan ) a) Berhenti Dengan Nombor BERHENTI Satu Hukuman diberi kaki kiri melalui kaki kanan, penuhkan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti , tapak kaki kiri rata di atas bumi. Kaki kanan di belakang dengan keadaan tumit terangkat, kedua-dua lutut tegang , tangan kiri masih dalam keadaan berlenggang ke belakang , tangan kiri lenggang ke hadapan anggota yang lain terus pandang ke hadapan. b) Skuad Dua Bawa kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci dengan keadaan tapat kaki kanan tergantung , lutut tegang , berdiri di atas kaki kiri, Dengan masa yang sama lenggangkan tangan kiri ke hadapan, tangan kanan di belakang c) Skuad Tiga Bengkokkan lutut kaki kanan ke hadapan , peha paras, hentak di sebelah kaki kiri dan angkat kaki kiri ke hadapan, bengkokkan lutut peha paras, hentak di sebelah kaki kanan sampai kedudukan sedia. Dengan masa yang sama bawa keduadua tangan dengan pantas kepada kedudukan sedia. Peringatan : Berteriak CEK , SATU, DUA . Hukuman : BARIS BERHENTI Hukuman diberi di atas kaki kanan. CEK di atas kaki kiri dan matikan dalam 2 hentakan iaitu kanan kiri ( HENTI , CEK , SATU , DUA ) 13. Berjalan Dalam Masa Perlahan 1. Perlahan jalan adalah digunakan bagi mengajar pergerakanpergerakan dengan berjalan sebelum mereka berjalan cepat. Ianya diajar dengan bilangan cara imbang langkah seperti 9

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

yang diterangkan di bawah. 2) Perlahan jalan dengan langkah beragak , kaki kanan hadapan . Tolak kaki kanan ke hadapan sejauh 15 inci , hujung kaki di keluarkan sedikit menghala ke tanah , bahagian atas badan tegak , tangan lurus di tepi , berat badan di atas kaki kiri. 3) Maju . Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kanan ke hadapan 15 inci lagi, hujung kaki hendaklah jejak ke tanah dahulu BUKAN tumit atau bahagian luar kaki , bawa berat badan pada kaki kanan , kaki kiri ke belakang dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat hujung kaki dari bumi. 4) Kaki kiri hadapan . Bengkokkan lagi lutut kiri tolak kaki ke hadapan dengan senang sebelum lurus dan berada 15 inci di hadapan kaki kanan, hujung kaki menunjukkan ke bawah dan terangkat sedikit dari bumi 5) Maju. Penuhkan langkah dengan kaki kiri sebagaimana yang diperintahkan untuk kaki kanan , apabila kaki itu diluruskan di hadapan badan. ( Sekali lagi hujung kaki mesti menjejak ke bumi terlebih dahulu dan badan hendaklah berdiri tegak. Tangan diam di sebelah , siku rapat , kaki ditolak melintas tangan , bahu diam dan tepat ke hadapan. ( Apabila selesai pergerakan ini , berat badan hendaklah diletakkan di atas kaki kiri , kaki kanan di belakang , hujung kaki tercacak di bumi ) . Pergerakan ini bplehlah diteruskan sehingga skuad telah mendapat timbangan , sehingga selain dari hukuman Maju selepas kanan hadapan . Ingatan : Berjalan dalam masa perlahan dilakukan dalam kadar 65 langkah pada satu minit, dan berteriak RES , KANAN , KIRI 14. Berhenti dari Perlahan Jalan a) Berhenti Dengan Nombor Berhenti Satu. Hukuman diberi kaki kanan melalui kaki kiri , langkah kaki kiri ke hadapan 30 inci dan berhenti , tapak kaki kiri rata di atas bumi tumit kaki kanan terangkat, sedikit , kedua-dua lutut tegang , berat badan di atas kaki kiri , muka terus pandang hadapan. b) Skuad Dua Dengan pantas bawa kaki kanan ke hadapan bengkok lutut peha paras hentak ke bumi dan angkat kaki kiri ke hadapan , bengkok lutut peha paras, hentak di sebelah kaki kanan sampai kedudukan sedia. Peringatan : Berteriak 1 . 2 Hukuman : HENTAK KAKI CEPAT Mulai dengan kaki kanan. Tiap-tiap hukuman berhenti akan diberi di atas kaki kanan 10

15. Berhenti dalam masa hentak kaki

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

16. Berjalan dalam masa cepat jalan

Mengikut kedudukan barisan hadapan, sama ada di sebelah kiri atau kanan. Hukuman : DARI KAKAN ( ATAU KIRI ) , CEPAT JALAN Berjalan mestilah didahulukan dengan kaki kanan. Langkah kaki kanan ke hadapan dan berjalan 21 satu langkah Hukuman : KELUAR BARIS Pergerakan 1 : Pusing badan ke kanan 90 darjah berpusing Di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri Pergerakan 2 : Angkat kaki kiri hentakkan padu di sebelah Kaki kanan dan terus berjalan keluar

17. Berhenti atau bersurai dari barisan kawad

PERATURAN KAWAD / PPIM / TARIKH 23 JANUARI 2010 UNIT LATIHAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

11