Anda di halaman 1dari 8

ISL MINGGU 3 Jadual ciri-ciri perkembangan berdasarkan perspektif teori perkembangan fizikal, kognitif dan sosio-emosi.

PENDAHULUAN Kanak-kanak pintar cerdas memiliki perkembangan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal dari segi fizikal dan sosio-emosi. Perbezaan tersebut dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas dapat diperhatikan dan dikenalpasti. Terdapat pelbagai ciri-ciri sosio-emosi yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas tetapi berbeza diantara individu. Ciri-ciri yang dimiliki tersebut turut memberi kesan yang positif dan negatif kepada individu tersebut. Walaubagaimanapun, kebijaksanaan melaksanakan atau merancang program yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang dimiliki penting supaya cirri yang memberi kesan yang negatif dapat dikurangkan atau dihapuskan. Selain itu, program untuk tingkatkan ciri-ciri yang positif juga boleh dijalankan sekiranya ciri-ciri tersebut perlu ditingkatkan atau diteruskan supaya kesan positif dapat dikecapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

Definisi Perkembangan Perkembangan merupakan perubahan bersifat kualitatif , tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel hingga akhir hayat organism hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan berubah secara kualitatif serta cenderung kearah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Seterusnya, D.S.Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kanakkanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan kordinasi. Menurut Schmidt dan Wrisberg (2000), menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Kemahiran fizikal tertutup

bermaksud kanak-kanak bermain dalam suasana persekitaran yang terkawal. kemahiran fizikal terbuka pula merupakan persekitaran bagi kanak-kanak melakukan aktiviti yang sentiasa berubah. Kanak-kanak yang telah memasuki peringkat umur dua hingga enam tahun mereka akan mengalami perkembangan fizikal yang tidak begitu pesat tidak berlaku seperti diperingkat bayi sebelum ini (Kamarulzaman, 2009). Pada peringkat ini juga berat dan bentuk badan kanak-kanak akan kelihatan lebih halus. Walaubagaimanapun, pertumbuhan otot semakin maju yang membolehkan kanak-kanak tersebut dapat menunjukkan kemahiran motor yang semakin baik. Kajian menunjukkan bahawa kadar perubahan fizikal kanak-kanak perempuan adalah lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lelaki. AwalPeringkat Remaja Hidup Kematangan fizikal, peringkat operasi formal, Tugas Perkembangan

(12-18 tahun) Bayi-awal kanak-kanak

mula emosi dan kasih sayang pandai Bayi mengawal menjalin hubungan dengan ibu bapa; sistem deria-persepsi membentuk kumpulan rakan sebaya; tertarik ( lahir-2 tahun ) fungsi motor beransur-ansur matang, pada lain jantina. mencapai kecerdasan deria, memahami sifat objek. Akhir Remaja Cuba memperolehi otonomi dari ibubapa, mula membentuk identiti; mematuhi nilai moral Toddlerhood/Pertengahan Pergerakan yang pelbagai,bermain (18-22 tahun) masyarakat dan mula memilih kerjaya yang kanak-kanak ( 2-3 tahun ) fantasi /seorang; berkomunikasi dalam sesuai. bahasa mudah; bercakap seorang dan mula mengawal pergerakan diri. Awal Dewasa Keintiman dalam pergaulan, berkahwin, mendidik Prasekolah generasi Belajar peranan anak/ baru. mengikut jantina, (22-34 tahun) ( 4-6 tahun ) Bermain dgn rakan di luar. memantapkan profesyen serta wujud cara hidup sendiri. Perkembangan moral Pertengahan Dewasa ( 34-60 tahun) Sekolah Rendah ( 6-12 tahun ) Akhir Dewasa ( 60-75 tahun) Berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi Wujud teori kendiri ketua, Mula bermain dalam kumpulan. memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. mula menguasai 3M terlibat dalam kerja amal. Perbezaan Operasi konkrit; lebih kemahiran permainan & kemahiran Bersara, menumpukan masa kepada kerja hidup spt. berjual beli, mula menilai amal dan ibadat. diri sendiri dan orang lain, suka bersahabathari & jadi sesuatunikmat kelab menjalani kehidupan tua, ahli mensyukuri permainan. dan takdir Tuhan; berfikir tentang kematian.

Tua ( 75 meninggal dunia )

Menangani masalah kesihatan, mengenang zaman silam dan menanti saat kematian.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu.

Kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh factor baka/genetik. Interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Keseimbangan. Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Proses mencapai keseimbangan.


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kita sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, dalam menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dijangka. Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman ini di dalam minda masing-masing dan

membentuk satu sistem yang dipanggil skema. Proses penyusuan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi. Skema-skema ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukkan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya: bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu benda atau skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu atau memasak. Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru. Contohnya: kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato. Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skemaskema yang telah sedia ada. Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b. Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengamilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi atau pengalaman yang baru dan ia berjaya maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut.

Perkembangan Sosial-Emosi Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Menurut kamus Advanced Learner s English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluapluap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbezabeza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain. Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan sosiol-emosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan. Selalunya, pada peringkat awal kanakkanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.

Idea tentang perkembangan atau pembelajaran soaial telah dipelopori oleh Miller dan Dollard pada tahun 1941 tetapi Albert Bandura dan R.H Walter (1963) telah menghalusi dan mendalami kajian ini.Bandura mendapati bahawa dalam kehidupan seharian terdapat banyak tingkah laku yang dipelajari melalui contoh, tauladan, tiruan dan penggunaan bahasa. Tiruan ini boleh dibahagikan kepada 2 bentuk : (1)- Tiruan Mudah (2)- Indentifikasi seseorang supaya ditiru. Peniruan ini berlaku dlm 3 bentuk iaitu secara lengsung, melalui sekat lakuan dan tidak sekat lakuan dan secara elisitasi. Dengan idea tiruan ini maka moral kanakkanak banyak dibentuk atau diperoleh dari menirui ibu bapa atau guru mereka sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai contoh, kanak-kanak cuba meniru ibu

bapa atau guru mrk dari segi gaya bercakap, berpakaian, gaya makan, gaya berjalan dan sebagainya. Orang dewasa pula cuba meniru personaliti yang mereka agongagongkan dalam kehidupan . Ini dipengaruhi melalui media massa dan indentifikasi individu atau kumpulan. Contoh : Para remaja gemar meniru perlakuan dan pakaian artis-artis idola mereka. Ada pengikut fanatik yang sanggup mati kerana ketua atau pemimpin yang disanjungnya.

Teori Bandura mungkin sesuai dgn perkembangan moral pada awal kanakkanak dan kurang jelas ttg perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanakkanak remaja. Namun teori ini amat penting kerana perkembangan moral kanak2 dipengaruhi oleh ibu bapa, guru, dan rakan sebayanya. Keputusan social yg dibuat atas beberapa factor iaitu standard penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti mereka. Ibu bapa adalah contoh atau teladan mereka.

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA a) Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. c) Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. d) Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

e) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

(i) PEMERHATIAN Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri-ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isiisi penting. (ii) MENGINGAT Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak-kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru-guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciriciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isiisi penting. (iii) REPRODUKSI Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri-ciri atau langkah-langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara-perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. (iv) PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan.

Anda mungkin juga menyukai