Anda di halaman 1dari 56

MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN UPSR [PPD]

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penafian. Hakcipta Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Adalah DIGALAKKAN bagi pegawai PPD membaca keseluruhan Manual Pengguna PPD yang disediakan ini sebelum proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon bermula bagi melancarkan proses pendaftaran dan pemantauan. Turut disertakan bersama-sama manual pengguna ini adalah Manual Pengguna SUP sebagai rujukan pegawai PPD.

Halaman | 2

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0

PENGENALAN PENGGUNAAN SISTEM 2.1 2.2 Pra Penggunaan Sistem Senarai Menu MENU PROSES PUSAT 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.2.1 3.3.1 Daftar Pengguna Senarai Pusat Telah Daftar Calon Senarai Pusat Belum Daftar Calon Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Reset Katalaluan

3 36 7

3.0

PROSES PENGGUNAAN SISTEM 3.1 8 10 11 12 12 13 13 14 15 16 17 18 18 19 20 20 21 - 56

MENU PROSES CALON MENU KONFIGURASI MENU CETAKAN MENU LAIN-LAIN MENU BANTUAN MENU UTAMA

4.0

KELUAR DARI SISTEM *MANUAL PENGGUNA SUP

Halaman | 3

1.0 PENGENALAN Aplikasi Pendaftaran Calon UPSR Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) untuk memudahkan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memantau proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda PIPP Nasional. Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon UPSR dapat dilakukan dengan lebih efisien. 2.0 PENGGUNAAN SISTEM 2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel) Taipkan alamat url seperti berikut: http://apps2.moe.gov.my/daftar Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 4

Klik pada butang Pejabat Pelajaran Daerah

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan melalui Surat Login untuk Aplikasi Pendaftaran UPSR. Klik butang Masuk dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 5

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi ini, proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

Masukkan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru. Maklumat seperti Nama Pegawai, No. Telefon dan No Faks perlu dimasukkan. Klik butang SIMPAN dan mesej Maklumat Berjaya Dikemaskini dipaparkan.

Halaman | 6

2.2

SENARAI MENU Bagi PPD menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut: Utama Proses Pusat o o o o Daftar Pengguna Senarai Pusat Telah Daftar Calon Senarai Pusat Belum Daftar Calon Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Reset Katalaluan

Proses Calon o Konfigurasi o Cetakan Lain-lain o Tukar Katalaluan Manual Pengguna Pegawai Dihubungi Bantuan o o Keluar

Halaman | 7

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM 3.1 MENU PROSES PUSAT Menu ini disediakan bagi membolehkan PPD memantau setiap proses dan status pendaftaran pusat dan calon peperiksaan. Selain daripada itu, PPD juga boleh mendaftar pengguna (SUP). Terdapat empat (4) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pengguna, Senarai Pusat Telah Daftar Calon, Senarai Pusat Belum Daftar Calon dan Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat. Proses terperinci bagi keempat-empat submenu ini diterangkan di bawah: 3.1.1 Daftar Pengguna Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD mendaftar Sekolah yang tidak wujud di dalam aplikasi di mana Surat Login akan dijana melalui submenu ini dan diberikan kepada SUP sekolah untuk memulakan proses pendaftaran pusat dan calon peperiksaan. Untuk mendaftar sekolah, masukkan Kod Sekolah dan Nama Pusat (tidak boleh melebihi daripada 54 aksara. Tekan butang DAFTAR.

Jika Sekolah telah wujud, mesej Kod Sekolah Telah Wujud akan dipaparkan.

Halaman | 8

Jika Sekolah belum wujud lagi dan berjaya didaftarkan, mesej Sekolah berjaya didaftarkan. Sila cetak Surat Login akan dipaparkan. Klik butang OK. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah Sekolah berjaya didaftarkan.

Klik butang CETAK SURAT LOGIN untuk mencetak Surat Login kepada SUP Sekolah yang didaftarkan. Skrin di bawah menunjukkan contoh Surat Login.

Halaman | 9

Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada Surat Login.

Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi.

Halaman | 10

3.1.2 Senarai Pusat Telah Daftar Calon Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD melihat status dan senarai pusat peperiksaan bersama calon yang telah didaftarkan. Status Janaan Angka Giliran dan Status Pendaftaran Calon Disahkan turut dipaparkan bersama senarai pusat peperiksaan untuk pemantauan PPD. Maklumat pusat peperiksaan yang dipaparkan dapat membantu sekiranya PPD ingin menghubungi pusat peperiksaan berkenaan. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Senarai Pusat Telah Daftar Calon ditekan:

Status sesebuah

pusat

tumpang boleh dilihat

pada

senarai

pusat

peperiksaan seperti di bawah:

Halaman | 11

Jika PPD ingin melihat senarai calon yang telah didaftarkan pada pusat

peperiksaan berkenaan, klik pautan Bil Calon ( seperti di bawah:

).

Pautan Bil Calon akan menghubungkan PPD kepada skrin Senarai Calon

Klik

pautan

SETERUSNYA>>

atau

<<SEBELUMNYA

untuk

melihat

keseluruhan calon. Klik butang KEMBALI untuk kembali kepada Senarai Pusat Telah Daftar Calon. 3.1.3 Senarai Pusat Belum Daftar Calon Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD memantau dan melihat senarai pusat peperiksaan yang belum mendaftarkan calon. Maklumat pusat peperiksaan yang dipaparkan dapat membantu sekiranya PPD ingin menghubungi pusat peperiksaan berkenaan. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Senarai Pusat Telah Daftar Calon ditekan:

Halaman | 12

3.1.4 Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD memantau dan melihat senarai sekolah yang belum mendaftarkan pusat peperiksaan. Maklumat sekolah yang dipaparkan dapat membantu sekiranya PPD ingin menghubungi sekolah berkenaan. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Senarai Sekolah Belum Daftar Pusat ditekan:

Halaman | 13

3.2 MENU PROSES CALON Terdapat satu (1) submenu untuk Proses Calon iaitu Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini diterangkan di bawah: 3.2.1 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Submenu ini disediakan bagi membolehkan PPD melihat senarai calon istimewa bersama keperluan khas yang telah dimasukkan oleh SUP pusat peperiksaan masing-masing. Skrin ini akan memaparkan kesemua sekolah yang berada di bawah kawalan PPD masing-masing. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas ditekan:

Pilih Kod Sekolah untuk melihat senarai calon istimewa (jika ada) dan tekan butang CARIAN. Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 14

Klik

pautan

SETERUSNYA>>

atau

<<SEBELUMNYA

untuk

melihat

keseluruhan calon istimewa pada Kod Sekolah berkenaan.

Halaman | 15

3.3 MENU KONFIGURASI Terdapat satu (1) submenu untuk Konfigurasi iaitu Reset Katalaluan. 3.3.1 Reset Katalaluan Menu ini disediakan bagi membolehkan PPD set semula kata laluan SUP kepada kata laluan pertama yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan di dalam Surat Login. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Reset Katalaluan ditekan:

Masukkan Nama Login dan tekan butang PAPAR. Skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik ikon (

) untuk set semula katalaluan SUP.

Mesej Adakah anda pasti untuk reset katalaluan bagi <nama login>? akan dipaparkan. Klik butang OK jika PPD ingin set semula katalaluan. Klik butang CANCEL jika PPD tidak ingin set semula katalaluan.

Halaman | 16

3.4 MENU CETAKAN Menu ini disediakan bagi membolehkan PPD mencetak dokumen standard yang diperlukan pada setiap proses pendaftaran pusat dan calon peperiksaan. Terdapat lima (5) jenis cetakan yang disediakan iaitu: Kawalan Rumusan Senarai Pusat Senarai Calon Sudah Daftar Surat Login SUP

Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer PPD. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

Bagi cetakan Kawalan: Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat Pilihan Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Rumusan: Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Senarai Pusat: Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Senarai Calon Sudah Daftar: Pilih sama ada Semua Pusat / No Pusat Tekan butang PAPAR

Halaman | 17

Bagi cetakan Surat Login: Pilih sama ada Semua Pusat / Kod Sekolah Tekan butang PAPAR.

3.5 MENU LAIN-LAIN Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, PPD boleh mengemaskini maklumat PPD, maklumat peribadi dan katalaluan. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Tukar Katalaluan ditekan.

Tekan butang SIMPAN setelah maklumat di atas dikemaskini. Mesej Maklumat Berjaya Dikemaskini akan dipaparkan. Tekan butang OK.

Halaman | 18

3.6 MENU BANTUAN Terdapat dua (2) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna dan Pegawai Dihubungi. 3.6.1 Manual Pengguna Tekan submenu Manual Pengguna untuk memaparkan dan menyimpan manual ke komputer. Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada Manual Pengguna.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer PPD. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

3.6.2 Pegawai Dihubungi Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang bertanggungjawab membantu PPD di dalam proses pendaftaran pusat dan calon peperiksaan sekiranya mengalami kesulitan. Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

Halaman | 19

3.7 MENU UTAMA Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat peperiksaan PPD.

4.0 KELUAR DARI SISTEM Klik menu Keluar untuk keluar dari sistem.

Halaman | 20

MANUAL PENGGUNA APLIKASI PENDAFTARAN UPSR [SUP]


BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Penafian. Hakcipta Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

Halaman | 21

Adalah DIGALAKKAN bagi SUP membaca keseluruhan manual pengguna yang disediakan ini sebelum memulakan proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon bagi melancarkan proses pendaftaran sekaligus mengelakkan kesilapan di dalam mendaftar pusat dan calon.

Halaman | 22

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0

PENGENALAN PENGGUNAAN SISTEM 2.1 2.2 Pra Penggunaan Sistem Senarai Menu MENU PROSES PUSAT 3.1.1 3.1.2 3.2 3.2.1 Daftar Pusat Senarai Pusat Daftar Calon 3.2.1.1 Calon Sekolah Kerajaan A. B. 3.2.1.2 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Calon Lengkap Dokumen Calon Tiada Dokumen

24 24 27 27

3.0

PROSES PENGGUNAAN SISTEM 3.1 28 29 30 31

MENU PROSES CALON 31 36 32 34 34 35 35 36 37 39 40 41 42 47 48 49 51 51 52 53 54 54 55 56 56

Calon Sekolah Swasta

Tambah Calon Kemaskini Calon Senarai Calon Jana Angka Giliran Senarai Calon KOHORT Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

MENU CETAKAN MENU IMPORT / EKSPORT MENU LAIN-LAIN MENU BANTUAN MENU UTAMA

4.0

KELUAR DARI SISTEM

Halaman | 23

1.0

PENGENALAN

Aplikasi Pendaftaran Calon UPSR Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) untuk memudahkan Setiausaha Peperiksaan (SUP) mendaftar pusat peperiksaan dan calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Ini adalah satu langkah yang dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan mengaplikasikan kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda PIPP Nasional. Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses pendaftaran pusat peperiksaan dan calon UPSR dapat dilakukan dengan lebih efisien. 2.0 PENGGUNAAN SISTEM 2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel) Taipkan alamat url seperti berikut: http://apps2.moe.gov.my/daftar Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 24

Klik pada butang Setiausaha Peperiksaan

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh Lembaga Peperiksaan melalui Surat Login untuk Aplikasi Pendaftaran UPSR. Klik butang Masuk dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 25

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi ini, proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

Masukkan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru.

Halaman | 26

Maklumat seperti Nama SUP, No. Tel Pejabat, No. Tel Bimbit dan Emel wajib dimasukkan. Jika tidak, ralat dikeluarkan dan maklumat tidak akan disimpan. Klik butang SIMPAN dan mesej Maklumat Berjaya Dikemaskini dipaparkan.

2.2 SENARAI MENU Bagi SUP menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut: Utama Proses Pusat o o Daftar Pusat Senarai Pusat Daftar Calon Tambah Calon Kemaskini Calon Senarai Calon (Jana Angka Giliran)

Proses Calon o o o o

Cetakan Import / Eksport Lain-lain o Tukar Katalaluan Manual Pengguna Pegawai Dihubungi Bantuan o o Keluar

Halaman | 27

3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM 3.1 MENU PROSES PUSAT Ini adalah menu di mana SUP akan mendaftar pusat peperiksaan pilihan. Untuk melancarkan proses mendaftar pusat peperiksaan, SUP diwajibkan mendapat kebenaran untuk mendaftar pusat pilihan daripada PPD/JPN masing-masing. Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pusat dan Senarai Pusat. Proses terperinci bagi kedua-dua submenu ini diterangkan di bawah: 3.1.1 Daftar Pusat Untuk mendaftar pusat peperiksaan, masukkan No Pusat dan No Sekolah. Tekan butang SEMAK.

Jika No Pusat dan No Sekolah belum diwujudkan, skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 28

Klik butang DAFTAR. Mesej No Pusat dan No Sekolah Berjaya didaftarkan akan dipaparkan. Jika No Pusat dan No Sekolah telah wujud, ralat No. Pusat dan No. Sekolah Telah Wujud seperti di bawah akan dipaparkan.

Jika pusat peperiksaan SUP mempunyai lebih daripada satu No Sekolah, pastikan No Sekolah yang dimasukkan adalah mengikut turutan. Jika tidak, aplikasi tidak akan mendaftar pusat pilihan dan ralat akan dipaparkan seperti di bawah.

SUP dibenarkan mengemaskini Nama Pusat sahaja. Nama Pusat tidak boleh melebihi 54 aksara. Bahasa Pengantar dan Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik.

Halaman | 29

3.1.2 Senarai Pusat Melalui menu ini, SUP boleh melihat senarai pusat peperiksaan yang telah didaftarkan, senarai pusat tumpang (jika ada), bahasa pengantar, bil calon, status janaan angka giliran, status pengesahan pendaftaran calon, mengemaskini Nama Pusat serta boleh terus mendaftar calon untuk pusat pilihan. Untuk mengemaskini Nama Pusat, tekan ikon Kemaskini ( tekan butang KEMASKINI setelah mengemaskini Nama Pusat. Untuk mendaftar calon untuk pusat peperiksaan, tekan pautan Daftar Calon. Maklumat Bil Calon akan dipaparkan setelah SUP mendaftar calon. Pusat asal hanya boleh melihat maklumat pusat tumpang sahaja. Kemaskini dan Daftar Calon tidak dibenarkan. ) dan

Skrin di bawah adalah skrin Senarai Pusat Peperiksaan selepas SUP mendaftar calon serta telah melakukan Janaan Angka Giliran dan Pengesahan Calon Didaftarkan.

Halaman | 30

SUP boleh menekan pautan Bil Calon ( Calon yang didaftarkan.

) untuk terus melihat Senarai

3.2 MENU PROSES CALON Terdapat enam (6) submenu untuk Proses Calon iaitu Daftar Calon, Tambah Calon, Kemaskini Calon, Senarai Calon Jana Angka Giliran, Senarai Calon KOHORT dan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini diterangkan di bawah: 3.2.1 Daftar Calon Bagi submenu ini, terdapat perbezaan SKRIN dan PROSES mendaftar calon bagi sekolah kerajaan (jenis calon 1, 3, 4) dan sekolah swasta (jenis calon 5). 3.2.1.1 Daftar Calon Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 1, 3, 4) Terdapat dua (2) pilihan submenu bagi Daftar Calon Sekolah Kerajaan iaitu submenu Calon Lengkap Dokumen dan submenu Calon Tiada dokumen.

Halaman | 31

A. Calon Lengkap Dokumen Submenu ini akan memaparkan keseluruhan calon yang mempunyai id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Kelahiran atau No Pasport. Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan tekan butang SENARAIKAN.

Pilih calon yang hendak didaftarkan berdasarkan No Kelas yang dimasukkan dengan memilih () pada ruang kotak Daftar.

Tekan butang SIMPAN untuk mendaftar Calon sebelum menekan pautan SETERUSNYA>> atau <<SEBELUMNYA. Mesej Maklumat Calon UPSR telah berjaya disimpan akan dipaparkan.

Halaman | 32

Jika tidak, satu tetingkap kecil peringatan akan keluar. Jika pautan SETERUSNYA>> / <<SEBELUMNYA ditekan sebelum menekan butang SIMPAN, calon yang telah dipilih tidak akan didaftarkan.

Hanya Kod Calon Istimewa dibenarkan untuk dikemaskini. Hanya 20 orang calon dipaparkan setiap paparan. Bagi Jenis Calon 3 & 4, terdapat tambahan ruang kotak Ambil BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah. Proses Daftar Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

Halaman | 33

B. Calon Tiada Dokumen Submenu ini akan memaparkan calon yang tidak mempunyai id pengenalan diri langsung sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Kelahiran atau No Pasport. Calon ini akan didaftarkan dengan No LP sebagai id pengenalan diri. Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan tekan butang Senaraikan. Pilih calon yang hendak didaftarkan dengan memilih () pada ruang kotak Daftar. Klik butang SIMPAN. No LP akan diberikan secara automatik.

Halaman | 34

Bagi Jenis Calon 3 & 4, terdapat tambahan ruang kotak Ambil BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah. Proses Daftar Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

3.2.1.2 Daftar Calon Sekolah Swasta (Jenis Calon 5) Pilih sama ada No Kad Pengenalan atau No Sijil Lahir calon yang ingin didaftarkan. Masukkan id calon dan tekan butang CARIAN.

Jika id pengenalan calon tidak wujud, ralat Rekod Calon Tidak Wujud akan dipaparkan. Jika id pengenalan calon wujud, skrin akan memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon yang berkongsi id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut dan SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama Calon. Lihat skrin di bawah.

Halaman | 35

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan pilih Kod Calon Istimewa (jika berkaitan) dan tekan butang DAFTAR.

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon Berjaya Disimpan akan dipaparkan.

Halaman | 36

3.2.2 Tambah Calon Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP mendaftar calon secara manual JIKA calon yang hendak didaftarkan TIADA pada submenu Daftar Calon. Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Masukkan No Kelas dan tekan butang TERUSKAN>>.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP perlu memasukkan sendiri No Kad Pengenalan (id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Lahir atau No Pasport), Nama Calon, Agama, Kod Calon Istimewa (jika berkaitan), Jantina, Tarikh Lahir (dalam format ddmmyy) dan Keturunan. Jika calon tidak mempunyai id pengenalan diri, tekan butang Jana No. LP untuk menjana No LP.

Halaman | 37

Jika

Tarikh

Lahir

yang

dimasukkan

melebihi

KOHORT

umur

yang

ditetapkan pada setiap tahun peperiksaan, ralat Sila masukkan tarikh yang sah akan dipaparkan. Calon yang melebihi KOHORT umur tidak akan didaftarkan. Tekan butang DAFTAR untuk mendaftar calon. Jika calon ditambah selepas SUP menjana angka giliran, ruang No. Calon akan dipaparkan dan No Kelas tidak boleh dimasukkan. Lihat skrin di bawah.

Halaman | 38

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon telah berjaya disimpan seperti di bawah akan dipaparkan.

JANGAN sesekali klik pada kotak Prevent this page from creating additional dialogs di atas.

SUP hanya dibenarkan klik pada butang OK sahaja. Bagi Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 3 & 4), terdapat tambahan ruang kotak Calon SJK Yang Mengambil BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah. Proses Tambah Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

Halaman | 39

3.2.3 Kemaskini Calon Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP Kemaskini maklumat calon atau Hapus calon melalui carian id pengenalan diri atau angka giliran. Masukkan id pengenalan diri atau angka giliran dan tekan butang CARIAN.

Jika

id

pengenalan

calon

atau

angka

giliran

wujud,

skrin

akan

memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon yang berkongsi id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut dan SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama Calon. Lihat rajah di bawah.

Jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya No Kelas dan Kod Calon Istimewa boleh dikemaskini. Jika Janaan Angka Giliran telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya Kod Calon Istimewa boleh dikemaskini.

Halaman | 40

Jika calon didaftarkan melalui submenu TAMBAH CALON dan jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja serta Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, semua maklumat calon boleh dikemaskini. Jika Pengesahan Pendaftaran telah dilakukan, mana-mana maklumat calon didaftarkan melalui menu Tambah Calon tidak boleh dikemaskini lagi. Tekan butang KEMASKINI untuk menyimpan maklumat calon yang telah dikemaskini. Tekan butang HAPUS untuk membuang calon daripada Senarai Calon yang telah didaftarkan. Bagi Sekolah Kerajaan (Jenis Calon 3 & 4), terdapat tambahan ruang kotak Calon SJK Yang Mengambil BM 011/012 untuk dipilih seperti skrin di bawah. Proses Kemaskini Calon sama sahaja seperti langkah di atas.

Halaman | 41

3.2.4 Senarai Calon Jana Angka Giliran Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon yang telah didaftarkan bagi setiap pusat peperiksaan kawalannya dan menjana angka giliran. Melalui Senarai Calon ini juga SUP boleh mengemaskini maklumat calon yang dibenarkan dan menghapus calon dengan menekan ikon yang disediakan.

***PENTING: Perlu diingatkan, SUP hanya dibenarkan menjana angka giliran sebanyak TIGA (3) kali sahaja. Setelah pasti dengan senarai calon yang didaftarkan dan angka giliran telah dijana, SUP MESTILAH menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN. Hanya selepas butang PENDAFTARAN DISAHKAN ini ditekan, calon yang didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai senarai calon yang sah untuk didaftarkan. ***SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJANA ANGKA GILIRAN: SUP masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti No Kelas dan Kod Calon Istimewa dan menghapus calon setelah angka giliran dijana sebanyak dua (2) kali. SUP HANYA dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti Kod Calon Istimewa sahaja dan menghapus calon setelah angka giliran dijana sebanyak tiga (3) kali. Sekiranya butang PENDAFTARAN DISAHKAN telah ditekan, SUP TIDAK BOLEH sama sekali mengemaskini mana-mana maklumat calon, menambah dan menghapus calon. Sila pastikan SUP benar-benar pasti dengan senarai calon yang ingin didaftarkan. JIKA SUP ada menambah calon selepas menjana angka giliran buat kali pertama (1) atau kali kedua (2), SILA jana angka giliran sekali lagi sebelum menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN.

Halaman | 42

Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon. Tekan butang CARIAN. Skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik

pautan

SETERUSNYA>>

atau

<<SEBELUMNYA

untuk

melihat

keseluruhan senarai calon. Klik ikon ( Klik ikon ( ) untuk Kemaskini maklumat calon. ) untuk Hapus calon.

Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN untuk menjana angka giliran.

Halaman | 43

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali pertama (1).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan. Mesej di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN

DISAHKAN ditekan.

Halaman | 44

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali kedua (2).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan.

Halaman | 45

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali ketiga (3).

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat calon dan senarai calon telah dipastikan. Setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan, senarai calon yang telah didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai calon yang sah didaftarkan.

Halaman | 46

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan.

Sekiranya ada penambahan calon untuk didaftarkan selepas angka giliran dijana pada kali pertama (1) atau kedua (2), DAN butang PENDAFTARAN DISAHKAN terus ditekan TANPA menjana angka giliran SEKALI LAGI, mesej ralat Masih terdapat calon yang tidak mempunyai angka giliran. Sila Jana Angka Giliran akan dipaparkan. Klik butang OK. Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN.

Halaman | 47

3.2.5 Senarai Calon KOHORT Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon di bawah KOHORT umur yang sah pada setiap tahun peperiksaan yang didaftarkan pada setiap pusat peperiksaan. Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dipaparkan. Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik. Tekan butang CARIAN.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 48

3.2.6 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas (CBK) Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP memasukkan keperluan khas bagi setiap calon istimewa yang didaftarkan. HANYA calon istimewa yang telah SAH didaftarkan akan dipaparkan pada submenu ini. Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dipaparkan. Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik. Tekan butang CARIAN.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 49

Masukkan setiap keperluan khas calon istimewa (jika berkaitan) pada ruang yang disediakan. Sila pilih kotak Tambah Masa, Kertas dan Pengecualian PEKA dan PAFA (jika berkaitan). Kotak akan bertanda () setelah dipilih. Calon yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan daripada tidak mengambil PAFA. Mesej di bawah akan dipaparkan jika SUP memilih kotak Pengecualian PAFA bagi calon istimewa beragama Islam.

Setelah memasukkan semua keperluan khas calon istimewa, tekan butang SIMPAN. Mesej Maklumat Calon Istimewa telah disimpan akan dipaparkan. Klik butang OK. Aplikasi akan mengira jumlah setiap keperluan khas calon secara automatik. Skrin di bawah menunjukkan skrin Borang Maklumat CBK yang telah dimasukkan keperluan dan telah dikira jumlah setiap keperluan.

Halaman | 50

Sekiranya ada keperluan khas calon istimewa yang perlu dikemaskini, pilih kotak yang berkaitan dan tekan butang SIMPAN.

3.3 MENU CETAKAN Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mencetak dokumen standard yang diperlukan pada setiap proses pendaftaran calon. Terdapat 7 jenis cetakan yang disediakan iaitu: Kenyataan Semakan Kenyataan Kemasukan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran Rumusan Sekolah Mata Pelajaran Senarai Calon Istimewa Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

Halaman | 51

SUP perlu memilih No Pusat dan No Sekolah pada SETIAP jenis cetakan. Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi. Bagi cetakan Kenyataan Semakan: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Kenyataan Kemasukan: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran: Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas. Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Rumusan Sekolah Mata Pelajaran Pilih No Pusat dan No Sekolah. Tekan butang PAPAR Bagi cetakan Senarai Calon Istimewa: Pilih sama ada Semua Calon Istimewa / Kod Calon Istimewa Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR: Pilih sama ada Semua Calon / Angka Giliran Tekan butang PAPAR. Bagi cetakan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas Pilih No Pusat dan No Sekolah. Tekan butang PAPAR

Halaman | 52

3.4 MENU IMPORT/EKSPORT Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mengeksport dan menyimpan maklumat calon dalam bentuk fail Excel (.xls) ke komputer sendiri. Pilih No Pusat dan No Sekolah untuk dieksport data calon. Jenis Calon dan Nama Pusat akan terus dipaparkan. Tekan butang EKSPORT DATA CALON.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP mempunyai pilihan sama ada untuk terus membuka fail ( Open With) atau menyimpan fail (Save File) pada komputer. Klik butang OK.

Halaman | 53

3.5 MENU LAIN-LAIN Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, SUP boleh mengemaskini maklumat sekolah, maklumat peribadi dan katalaluan. Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Tukar Katalaluan ditekan.

Tekan butang SIMPAN setelah maklumat di atas dikemaskini.

3.6 MENU BANTUAN Terdapat dua (2) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna dan Pegawai Dihubungi. 3.6.1 Manual Pengguna Tekan submenu Manual Pengguna untuk memaparkan dan menyimpan manual ke komputer. Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada Manual Pengguna.

Halaman | 54

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP. Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.

3.6.2 Pegawai Dihubungi Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang bertanggungjawab membantu SUP di dalam proses pendaftaran pusat dan calon peperiksaan sekiranya mengalami kesulitan. Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

Halaman | 55

3.7 MENU UTAMA Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat peperiksaan SUP.

4.0 KELUAR DARI SISTEM Klik menu Keluar untuk keluar dari sistem.

Halaman | 56