Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBPE1203

SEMESTER 4 / 2013

TAJUK KURSUS:
LOMPATAN KUADRAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

801119035367001 801119-03-5367 019-2126827 naj_5367@streamyx.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT BANGI

ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN PENGENALAN PERBANDINGAN KBSR DAN KSSR 1. Kandungan KSSR 2. Komposisi Kurikulum 3. Bahan Kurikulum, Dokumen Kuri 4. kulum, Peruntukan Masa PENTAKSIRAN KESIMPULAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RUJUKAN LAMPIRAN 9 10 - 12 13 14 - 19 20 6 7-8 3 4-5

HBPE1203

PENGENALAN
Kebanyakkan aktiviti sukan, ketangkasan dikalangan ahli sukan penting bagi menjamin kejayaan dalam acara sukan yang diceburi. Ketangkasan bererti mempunyai kemampuan fizikal yang membolehkan bergerak dengan pantas dan berkeupayaan mengubah posisi badan ke arah sasaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang cepat dan tepat. Faktor prestasi fizikal (Physical Performance Factor) yang meliputi kekuatan, ketangkasan, kuasa, koordinasi, kepantasan, masa reaksi, kelembutan, keseimbangan dan sebagainya adalah antara faktor yang mempengaruhi pergerakan yang kompleks dan berkualiti. Oleh itu, ujian ketangkasan amatlah perlu bagi mengetahui tahap ketangkasan seseorang itu mencapai ke tahap yang diperlukan. Selain untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam sesuatu acara sukan dan permainan, keperluan ketangkasan yang baik juga amat penting dari segi keselamatan. Pada sesuatu situasi yang tidak dapat dijangkakan atau diluar kawalan, faktor ketangkasan diperlukan untuk bergerak balas dengan pantas bagi mengelakan sesuatu objek atau orang lain yang datang dari arah yang bertentangan. Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan conditioning yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin yang dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan untuk menyelamatkan diri. Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud pergerakan seluruh badan dengan mengubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah badan yang disebabkan rangsangan yang diperlukan.

HBPE1203

PROSEDUR UJIAN LOMPAT KUADRAN


Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran dalam pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Kesahan adalah kriteria terpenting yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisinya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Sebagai seorang guru, selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Ujian Lompat Kuadran ialah ujian untuk menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Antara peralatan yang diperlukan dalam melakukan ujian ini ialah pita penanda dan jam randik. Guru hendaklah mempunyai semua peralatan yang diperlukan dan persediaan kemudahan tempat sehari sebelum ujian dilakukan. Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka. Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kertas permarkahan. Kad permarkahan membolehkan peserta untuk bergilir ketika melakukan ujian di stesen-stesen dan memudahkan mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian tersebut. Apabila seseorang melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan, masa boleh dijimatkan. Sebelum meneruskan kepada sesi ujian, terlebih dahulu sesi pengenalan hendaklah dilakukan selama 3 hingga 5 minit. Dalam sesi pengenalan ini, pelajar akan dijelaskan tentang aktiviti yangakan dilakukan, kepentingannya kepada atlit dan objektif yang ingin dicapai. Selepas itu, pelajar akan diberi peluang untuk memanaskan badan selama lebih kurang 10 hingga 30 minit. Seterusnya, prosedur ujian akan diterangkan kepada pelajar dengan

HBPE1203

mendemonstrasikan cara yang betul melakukan lompatan kuadran. Berikut ialah prosedur bagi melakukan lompat kuadran: 1) 2) 3) Pelajar berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang disediakan. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3 dan 4. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10 saat. 4) Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untuk melompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran pertama, kemudian kedua, ketiga dan keempat dan balik semula ke petak pertama. 5) 6) Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti iaitu pada saat ke-10. Dua percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan. Seterusnya, setiap peserta akan diberikan skor. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat. Percubaan terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah skor bagi setiap kesalahan. Manakala bagi setiap kesalahan, setengah mata akan ditolak setiap kali pelajar melakukan kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya.

HBPE1203

Bagi mengira jumlah lompatan yang berjaya dilakukan oleh murid, dua orang pembantu diperlukan untuk mengira jumlah keseluruhan lompatan dan mengira jumlah kesalahan yang dilakukan sepanjang lompatan. Setelah seseorang peserta selesai melakukan lompatan, jumlah lompatan yang dilakukan akan ditolak dengan jumlah kesalahan semasa lompatan, maka skor peserta tersebut akan diketahui. Berikut adalah jadual klafikasi lompatan kuadran:

HBPE1203

ANALISIS UJIAN
Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan diambil kira sebagai skor ujian setelah skor bagi setiap kesalahan. Setengah mata ditolak setiap kali pelaku melakukan kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya. Dua orang penguji diperlukan, seorang pembantu mengira skor dan seorang lagi mengira bilangan kesalahan subjek. Hasil ujian adalah seperti dibawah : BORANG PEMARKAHAN UJIAN LOMPAT KUADRAN PESERTA MURID 1 MURID 2 MURID 3 MURID 4 MURID 5 MURID 6 MURID 7 MURID 8 MURID 9 MURID 10 Jumlah lompatan 17 17 19 15 18 15 15 14 13 14 Jumlah kesalahan 1 1 1 2 2 Skor akhir 17 16 18 14 18 15 13 14 13 12

HBPE1203

JADUAL PERBANDINGAN PENCAPAIAN Peserta Lelaki MURID 1 MURID 2 MURID 3 MURID 4 MURID 5 Skor akhir 17 17 19 15 18 Peserta Perempuan MURID 6 MURID 7 MURID 8 MURID 9 MURID 10 Skor akhir 15 13 14 13 12

Jadual Klasifikasi Lompatan Kuadran Klasifikasi untuk Lompat Kuadran Lelaki > 31 lompatan 25 30 13 24 7 12 06 Tahap Cemerlang Amat baik Baik Sederhana Lemah Perempuan > 33 lompatan 27 32 14 26 8 13 07

Dengan berpandukan Jadual Klasifikasi Lompatan Kuadran, semua murid lelaki berada dalam tahap yang baik sebaliknya untuk murid perempuan hanya 2 orang murid sahaja yang berada dalam tahap baik. Manakala 3 orang murid lagi berada pada tahap sederhana. Kesimpulan yang diperolehi dari ujian ini mendapati murid lelaki lebih tangkas berbanding dengan murid perempuan. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya, meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Tetapi, mengukur prestasi seseorang murid dalam pelajaran misalnya, tidaklah semudah mengukur tinggi atau beratnya.

HBPE1203

KEKUATAN DAN KELEMAHAN UJIAN


Pemilihan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria dan bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Sebagai guru prosedur penilaian haruslah meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan dan pemilihan ujian yang baik. Semasa ujian penilaian dijalankan, haruslah terdapat empat konsep asas yang sangat penting iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability), keobjektifan (objectivity) dan norma (norms). Jika ujian penilaian yang dijalankan tidak memenuhi keempat-empat prinsip ini, maka keputusan yang boleh diperolehi tidak akan diterima melalui ujian pengukuran itu. Selain itu aspek ujian yang dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut. Pertama, ia mudah ditadbir adalah kerana Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran tidak memerlukan terlalu ramai penilai atau pembantu semasa proses ujian dijalankan. Arahan yang diberikan kepada pelajar mudah dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengambil ujian. Kedua, kos pentadbiran ujian tidak memerlukan peralatan yang mahal dan peralatan yang diperlukan telah sedia ada di sekolah. Contohnya jam randik dan pita penanda. Ketiga, sumber manusia dan peralatan yang diperlukan mencukupi untuk dijalankan Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran ini. Peralatan yang digunakan telah sedia ada diperolehi di sekolah. Keempat, memenuhi objektif iaitu ujian yang dijalankan adalah untuk mengukur ketangkasan dan kepantasan bergerak sambil mengubah haluan tubuh badan dalam jangka masa yang tercepat mengikut keupayaan individu. Keobjektifan, satu bentuk kebolehpercayaan yang dikenali sebagai tafsiran kebolehpercayaan, terjadi apabila dua atau lebih individu mentadbir ujian yang sama, pada orang yang sama, pada orang yang sama dan memperolehi keputusan yang hampir-hampir sama.(Johnson & Nelson, 1986). Kelima, ia juga mencabar dan bermakna bermaksud Ujian Ketangkasan Lompat Kuardran yang dijalankan amat penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Data yang diperolehi menunjukkan kesahan yang dapat membantu pihak sekolah dan guru menyediakan atlit yang benar-benar bersedia dari segi kecergasan psikomotor untuk sesuatu pertandingan.Walaupun begitu masih terdapat beberapa kelemahan dalam ujian ini. Antaranya ialah hanya seorang peserta sahaja yang boleh melakukan lompatan dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan peserta lain terpaksa menunggu giliran untuk membuat lompatan dan ini boleh menyebabkan peserta mudah merasa bosan. Peserta ujian juga mudah terkeliru dengan arah lompatan.Mata akan ditolak sekiranya peserta pijak garisan atau salah arah.

HBPE1203

KESIMPULAN
Penjelasan perlu dalam penekanan bahawa ketangkasan bukan sahaja penting dalam sukan malah merupakan satu elemen yang amat penting dalam kehidupan seharian. Setelah melihat akan peranan ketangkasan dalam Pendidikan Jasmani dan aktiviti sukan serta permainan dapatlah dikatakan bahawa ujian ketangkasan ini banyak kegunaan dan boleh diimplementasikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan sukan. Di antara kegunaan ujian ujian ketangkasan adalah seperti berikut merupakan salah satu cara bagi memperbaiki akan kelemahan kecergasan fizikal para pelajar. Mengetahui keberkesanan sesuatu program latihan yang telah diadakan keatas pelajar pelajar. Sebagai salah satu cara motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi dalam bidang yang diceburi. Merupakan faktor pengukuran dalam ujian ketangkasan kebolehan motor. Merupakan asas bagi meramal akan potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan. Membuktikan bahawa ketangkasan amat penting dalam kehidupan seharian. Ujian-ujian pendidikan jasmani ialah alat yang direka bentuk dengan tujuan mendapatkan maklumat yang relevan untuk membuat keputusan yang praktikal. Seorang guru selepas mentakrif tujuan dan objektif-objektif pengajaran dan menentukan apakah jenis keputusan yang harus dibuat, akan memerlukan maklumat untuk proses penilaian. Guru haruslah membentuk atau memilih alat atau ujian yang baik untuk mendapat maklumat yang sesuai dan relevan. Dengan demikian, ujian yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ujian itu haruslah membantu seseorang guru membuat keputusan yang manfaat. Data-data yang diperolehi haruslah konsisten atau stabil, iaitu yang boleh diharapkan, dan mudah diperolehi. Prosedur penilaian meliputi segala proses pengujian dan pengukuran. Oleh itu, ujian merupakan alat utama dalam prosedur penilaian. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan ujian yang baik.

HBPE1203

10

RUJUKAN Baechie,T.R.(1994).Essentials of Strength Training and Conditioning. Champaign,Illinois:Human Kinetics

Barrow, H.M & Mc Gee.R.(1979). A Practical Approach To Measurement for Evaluation in Physical Education (3rd ).Phil: Lea & Febiger.

Sheikh Kamarudin Bin Sheikh Ahmad.(1987).Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Borhan (2007). HBPE2203 Ujian , Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Open University Malaysia.

http://www.atozfitness.com/ http://www.athletesnetwork.com/pat.htm http://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/testex.htm http://www.usask.ca/sportmedsci/exphys/related.htm http://www.humankinetics.com/products/subjectareas.cfm?suic=0ST http://www.hampshire.police.uk/Recruitweb/recruitfit.htm http://google.yahoo.com/bin/query?p=sport+agility+test&hc=0&hs=0 http://www.topendsports.com/testing/agility.htm

HBPE1203

11

Anda mungkin juga menyukai