3 AKTIVITI REKREASI DAN KESENGGANGAN Setelah anda memahami akan ciri-ciri dan konsep rekreasi dan kesenggangan, anda akandiperkenalkan dengan beberapa aktiviti yang popular dijalankan oleh komuniti aktivitirekreasi dan kesenggangan di Malaysia2.3.1 Aktiviti Rekreasi Luar Definisi rekreasi luar ini mudah dijelaskan kerana aktiviti ini mengaitkan sebarang kegiatanyang dilaksanakan di luar atau berlatarbelakangkan alam sekitar. Dari aspek jenis aktivitiianya merangkumi spektrum aktiviti yang amat luas. (a)BerkhemahRajah 2.1:BerkhemahPerkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam aktiviti rekreasi. Ianyamerupakan satu aktiviti yang terancang yang disusun untuk mencapai matlamatyang dinginkan. Aktiviti ini memerlukan anda berada di persekitaran yang berbezadari kehidupan biasa. Anda perlu meninggalkan keperluan yang biasa anda gunakandi rumah dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan aktiviti perkhemahan yang
Rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan pada masa terluang, dan tertakluk kepada kelapangan masa. Kehendak untuk berekreasi merupakan elemen penting di dalam keperluan biologi dan psikologi manusia. Masa terluang adalah pemacu yang membolehkan seseorang individu untuk menilai dan bertindak ke atas nilai dan realiti yang sering diabaikan di dalam kehidupan seharian lalu menjadi elemen penting di dalam peningkatan kendiri dan peradaban. Masa terluang merupakan hak asasi manusia seperti yang tertakluk di bawah Universal Declaration of Human Rights (di United Nations). Melibatkan diri di dalam aktiviti rekreasi pastinya akan memberikan seseorang pengalaman dan keseronokan untuk dinikmati. Aktiviti rekreasi akan dapat mengurangkan rasa sepi dan terasing yang mana menjadi punca kepada kemurungan. Dengan berekreasi, ia memberikan ruang sosial dan membawa orang ramai keluar dari rumah dan masuk ke dalam kehidupan berkomuniti. Tubuh manusia dilengkapi dengan sistem penghilang tekanan yang dijanakan melalui aktiviti rekreasi, dan setiap manusia mempunyai tindakan yang berbeza dalam berekreasi. Pengurangan tekanan melalui rekreasi juga datang daripada aktiviti berkumpulan yang dapat mengukuhkan hubungan sosial.
Peningkatan dalam aktiviti-aktiviti berisiko dan sukan ekstrem dalam dekad yang lalu mungkin disebabkan daripada peraturan yang lebih di dalam gaya hidup. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Michael Aptor, penulis buku The Dangerous Edge: The Psychology of Excitement, lebih selamat kita jadikan kehidupan orang ramai, lebih ramai orang akan cenderung mengambil risiko.
Ketamadunan secara tak lansung meminimumkan risiko semulajadi, dan negara-negara maju sedang cuba untuk mengekalkan pembangunan yang sukar dicapai dengan mengawal selia semua aspek kehidupan manusia, dan mereka yang mahu mengambil risiko terpaksa melakukan sesuatu yang baru. Dengan pihak berkuasa cuba untuk menyekat risiko asas yang sering diambil seperti merokok, meminum arak dan memecut kenderaan, Aptor percaya bahawa ketegangan antara ketamadunan dan mengambil risiko ini telah bermula berabad yang lalu. Bagaimanapun, sama ada ianya sukan ekstrem, penyalahgunaan dadah, perjudian atau perlumbaan, kajian menunjukkan bahawa genetik memainkan 60 peratus peranan di dalam pertalian risiko seseorang (dan personaliti yang lain) (Zuckerman, 1971). Ini menandakan bahawa sifat ini telah wujud secara semulajadi.
Keyakinan diri dan imej yang positif boleh dicapai melalui pemilihan gaya hidup dengan memilih aktiviti rekreasi yang mampu menyumbang kepada perasaan terkawal di dalam kehidupan seseorang. Meningkatkan tahap kemahiran dan kejayaan melalui aktiviti rekreasi dapat membina keyakinan dan harga diri yang seterusnya memberikan kesan kepada aspek lain di dalam kehidupan kita seperti, seperti keluarga dan kerja.
Menurut kajian yang dilakukan melalui penglibatan di dalam lapan aktiviti berbeza, rekreasi mampu mengukuhkan identiti dan menjelaskan siapa diri kita sebenar.(Haggrad & Williams, 1991).
Aktiviti rekreasi adalah penting dalam mencapai kepuasan diri dan selalunya mereka yang terlibat di dalam aktiviti ini akan lebih ceria di dalam kehidupan. Mereka yang gemar berekreasi selalunya akan merasa puas dengan pilihan kerjaya, rakan dan kejayaan yang dikecapi. Rekreasi selalunya melibatkan beberapa aktiviti. Ia boleh menjurus kepada aktiviti fizikal, mental, emosi dan berbeza daripada yang lain. Tindakan ini mungkin tidak sentiasa dapat dilihat dari luar. Rekreasi melibatkan aktiviti dan tindakan dan mampu menghilangkan rasa malas di masa terluang. Pada dasarnya,
(i) Aktiviti berekreasi dapat mengurangkan tekanan fizikal dan mental yang berpunca daripada pekerjaan yang membosankan.
(ii) Apa pun jenis aktiviti yang di lakukan di masa lapang sama ada melibatkan fizikal, sosial dan mental akan membantu.
(iii) Pembangunan sahsiah adalah merupakan faktor penting dan menjadi keperluan manusia.
(v) Ia merupakan elemen penting di dalam kehidupan manusia jika tidak hidup akan menjadi bosan, suram dan bermasalah.
(vi) Ia menghilangkan kebosanan di dalam pembelajaran dengan menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti melukis, menari, muzik, pendidikan jasmani dan sebagainya;
(vii) Ia membuka peluang untuk mempelajari perkara baru untuk meningkatkan kemahiran dan menjana idea menerusi pelbagai aktiviti.
(ix) Ia membina kesedaran berkumpulan dan kehidupan bekerjasama dengan menyediakan skop untuk menyertai aktiviti berkumpulan.
Setiap orang berbeza, dan akan memberikan definisi dan tafsiran rekreasi yang berbeza. Ini adalah kerana kehendak, keinginan dan citarasa yang berbeza mengenai perkara yang menyeronokkan dan memuaskan. Setiap aktiviti di masa terluang aka nada penamatnya. Jadi, adalah tidak logik untuk mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti yang tetap. Aktiviti rekreasi tiada batasnya.
Sebelum ini, aktiviti rekreasi selalunya bersifat menjemukan dan kurang mencabar dan secara amnya tidak lagi releven, namun perubahan masa telah mengembangkan rekreasi kepada definisi yang lebih menyeronokkan. Masyarakat kini semakin menggemari rekreasi yang lebih mencabar.