Anda di halaman 1dari 16

ILMU PENGETAHUAN 5.

1 PEMERHATIAN
Sepanjang PBS saya di Sekolah Kebangsaan Senawang, saya telah memerhatikan keadaan sekolah tersebut dari pelbagai aspek iaitu keceriaan, kebersihan, dan keselamatan. Saya juga telah membuat pemerhatian di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran, bengkel kemahiran hidup, kantin, perpustakaan, makmal computer, padang, dan makmal sains. Saya dapat merumuskan bahawa sekolah ini mempunyai banyak kemudahan yang disediakan untuk murid-murid. Semasa pemerhatian saya di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa guru memberitahu tajuk yang hendak diajar dan menyuruh pelajar membuka buku teks sebelum mula mengajar. Guru juga menggunakan bahan ABM yang bersesuai dengan tajuk pembelajaran. Selain itu terdapat pelbagai cara pengajaran yang dilakukan dalam kelas seperti penggunakan LCD, contoh bahan ditunjukkan, buku teks dan kad-kad pembelajaran. Seterusnya kelas ini juga mempunyai komunikasi dua hala iaitu guru bertanya pelajar menjawab dan pelajar bertanya guru menjawab. Guru juga menjalankan aktiviti di dalam kelas dengan menbahagikan mereka kepada 5 kumpulan iaitu satu kumpulan 8 orang untuk membuat aktiviti. Pelajar juga melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti dijalankan dan tidak ada pelajar yang murum atau duduk seorang. Selain daripada itu,guru juga bergerak ke semua kumpulan untuk menerangkan dan memberi tunjuk ajar. Selepas itu, guru juga memberikan latihan selepas mengajar tajuk tersebut dan berbincang dengan pelajar. Melalui pemerhatian saya mendapat tahu cara yang berkesan untuk mengajar di dalam kelas. Saya juga dapat belajar cara untuk mengawal kelas dan cara untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti secara aktif.

Seterusnya, pemerhatian di bengkel kemahiran hidup. Semasa di bengkel, saya dapati bahawa bengkel ini dilengkapi dengan semua peralatan keselamatan yang perlu digunakan semasa menjalankan amali atau sesuatu projek. Terdapat juga satu sudut khas di dalam bengkel itu dilengkapi dengan bahan-bahan projek yang telah disiapkan oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut. Alatan-alatan tangan didalam bengkel ini tidak disusun dengan teratur. Selain daripada itu, bengkel bersih dan pelajar berhati-hati semasa menjalankan amali. Semasa di bengkel ini, saya dapat belajar bahawa alatan yang digunakan perlulah disusun teratur supaya ia tidak mencederakan orang lain. Saya juga dapat belajar cara mengawal pelajar semasa di bengkel supaya mereka tidak berlari-lari. Semasa pemerhatian di kantin sekolah, saya mendapat tahu bahawa sekolah ini mempunyai waktu rehat selama 3 kali disebabkan pelajarnya yang ramai. Selain itu,pelajar-pelajar disekolah ini juga selesa menggunakan kantin semasa rehat kerana meja dan kerusi yang disediakan adalah mencukupi. Pihak kantin juga memberi layanan yang baik terhadap pelajar-pelajar walaupun mereka berebut-rebut semasa membeli makanan. Harga makanan di kantin ini juga berpatutan dan pegawas yang bertugas juga menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Selain daripada itu, semua makanan disediakan dalam keadaan bersih dan tidak ada lalat. Saya juga telah memerhatikan pusat sumber disekolah ini. Pusat sumber ini adalah sangat unik bagi saya kerana pusat sumber ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kraftangan pada sudut yang ditetapkan. Pusat sumber sekolah juga dilengkapi dengan buku-buku rujukan dan latihan yang banyak bagi pelajarpelajar sekolah tersebut untuk membuat rujukan dan ia memudahkan pelajar mengulangkaji pelajaran mereka. Pusat sumber akan dibuka dari 8.00 pagi hingga2.00 petang setiap hari. Selain itu, pusat sumber juga mempunyai rekod peminjam-peminjam buku dan senarai kekerapan pelajar-pelajar meminjam buku. Selain itu, buku-buku di pusat sumber lengkap dengan poket buku, kad

buku, slaid tulang belakang dan kad meminjam buku. Pusat sumber sekolah ini juga mengadakan pameran, menganjurkan pertandingan kuiz mengadakan aktiviti tahunan dan seumpamanya. Melalui pemerhatian ini saya dapat belajar cara menguruskan perpustakaan dengan sistematik dan cara untuk mengemas dan menghias perpustakaan. Seterusnya,saya telah membuat pemerhatian di makmal komputer. Melalui pemerhatian ini saya dapat belajar cara susunan komputer agak teratur supaya memudahkan pelajar berjalan. Pelajar juga dapat mendengar dan menumpukan semasa guru mengajar sekiranya susunannya teratur dan guru juga dapat memerhatikan semua pelajar. Makmal hanya mempunyai 20 buah computer dan komputer di makmal ini tidak cukup untuk satu kelas. Pelajar terpaksa berkongsi komputer semasa proses P&P. Selain itu,makmal ini juga dilengkapi dengan kemudahan penggunaan internet bagi pelajar-pelajar mencari maklumat didalam internet. Semasa membuat pemerhatian ini , saya dapat belajar cara yang berkesan untuk menerapkan ilmu pembelajaran komputer terhadap belajar. Pemerhatian seterusnya ialah makmal sains. Makmal sains sekolah ini dilengkapi dengan semua alat-alat eksperimen yang diperlukan oleh guru untuk menjalankan P&P. Makmal ini juga dihiasi dengan info-info tentang dunia sains dan peraturan-peraturan keselamatan yang perlu diikuti oleh murid-murid semasa berada dimakmal sains. Selain itu, terdapat seorang pembantu makmal yang membantu guru untuk menyediakan alat-alat eksperimen.Tujuan muridmurid dibawa ke makmal untuk mengaplikasikan apa yang diajar secara teori melalui latihan amali. Melalui pemerhatian ini, saya dapat belajar bahawa semasa menjalankan amali seorang guru perlulah memberitahu arahan semula menyuruh anak muridnya menjalankan eksperimen. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang kemalangan.

Akhir pemerhatian di padang sekolah, padang sekolah ini sangat besar dan bersih. Terdapat satu gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola jaring pada sebelah kanan padang. Padang juga dilengkapi dengan astaka yang boleh memuatkan lebih kurang 1000 murid dan kawasan padangnya adalah bersih. Selain itu,padang ini mempunyai satu padang bola sepak yang luas. Secara keseluruhannya, saya mendapat banyak ilmu pengetahuan semasa menjalan pemerhatian di sekitar sekolah ini. Saya dapat belajar cara menjalan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah, cara untuk mengawal kelas, cara melibatkan murid-murid di dalam kelas, bagaimana hendak menggunakan ABM, bagaimana hendak mengaplikasikan hasil pembelajaran ke amali dan sebagainya. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup baik bagi saya meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan dapat menyediakan diri saya sebagai seorang guru.

5.2 SENARAI SEMAK Semasa menjalankan latihan pengalaman berasaskan sekolah (LPBS) di Sekolah Kebangsaan Senawang,saya telah menyediakan beberapa senarai semak iaitu senarai kemudahan atau alatan yang terdapat di bilik darjah, makmal sains,kemahiran hidup, perpustakaan,kantin, dan sebagainya. Melalui pemerhatian saya senarai semak ini membantu saya menilai Sekolah Kebangsaan Senawang ini. Semasa pemerhatikan bilik darjah saya telah menggunakan senarai semak di bilik darjah untuk menilai kemudahan di bilik darjah. Saya mendapati bahawa bilik darjah di sekolah ini mempunyai semua kelengkapan seperti meja guru,meja dan kerusi murid juga cukup. Seterusnya alat bantu mengajar (ABM) yang terdapat di dalam bilik darjah juga lengkap antaranya ialah LCD , tetapi bilik darjah di sekolah ini tidak mempunyai OHP dan skrin LCD. Papan kenyataan di bilik darjah lengkap dengan maklumat-maklumat, terdapat jadual waktu kelas, jadual bertugas, dan peraturan bilik darjah. Terdapat juga sudut bacaan di bilik darjah yang sering digunakan oleh pelajar untuk mendapatkan sumber bacaan. Selain itu, kemudahan-kemudahan lain di bilik darjah seperti kipas dan lampu juga lengkap dan berfungsi. Seterusnya saya menilai bengkel kemahiran hidup sekolah ini. Semua alatan di bengkel cukup dan sekolah ini juga mempunyai ABM seperti LCD,skrin LCD, tetapi bengkel di sekolah ini tidak mempunyai OHP. Terdapat peraturan dan keselamatan di bengkel dan bengkel ini juga berada dalam keadaan bersih. Alatan kebersihan seperti penyapu, tong sampah dan sebaginya lengkap. Alatan keselamatan juga lengkap dan terdapat jadual bertugas. Kemudahankemudahan lain juga lengkap.

Senarai semak seterusnya ialah senarai semak di perpustakaan. Senarai ini menunjukkan bahawa buku-buku latihan dan buku-buku rujukan disediakan dan terdapat kad pinjaman buku. Selain tu, terdapat komputer, pentas bercerita untuk mengadakan pertandingan dan sebagainya. Perpustakaan juga menyediakan buku nilam untuk murid-murid. Hal ini bagi memupuk minat muridmurid untuk membaca. Selain itu, terdapat jadual bertugas pengawas dan peraturan perpustakaan juga diletakkan di dinding perpustakaan. Terdapat rekod pinjaman buku untuk merekodkan pelajar yang meminjam buku. Perpustakaan juga berada dalam keadaan bersih dan kemudahan-kemudahan lain cukup. Perpustakaan sekolah ini bersih disebabkan kerjasama antara guru dan muridmurid. Mengikut senarai semak kantin, terdapat pegawas bertugas semasa waktu rehat. Selain itu, kantin ini dilengkapi dengan tong sampah di setiap sudut. Terdapat juga RMT di sekolah ini dan terdapat doa makan di dinding kantin sekolah ini. Kata-kata hikmah juga terdapat di kantin sekolah ini. Selain daripada itu, kantin ini mempunyai menu makanan yang berlainan setiap hari dan mereka juga menyediakan tempat meletak pinggan kotor. Seterusnya, senarai semak makmal sains. Makmal sains sekolah ini mempunyai alatan eksperimen yang cukup dan mempunyai pembantu makmal untuk menolong guru semasa amali. Terdapat juga peti kecemasan dan peraturan makmal di lekatkan di papan kenyataan. Makmal sains ini mempunyai ABM seperti LCD dan Skrin LCD tetapi tidak mempunyai OHP. Kesimpulannya, kebanyakkan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan untuk sekolah ini cukup tetapi sekolah ini memang tidak mempunyai kemudahan OHP untuk proses P&P.

5.3 TEMU BUAL Semasa menjalankan Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (LPBS) di Sekolah Kebangsaan Senawang saya telah menemu bual Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru kaunseling, Ketua Panitia Matematik, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru disiplin, mentor, kakitangan sekolah, guru-guru dan pelajar sekolah. Melalui temu bual ini saya mendapat tahu tentang aktiviti dan tanggungjawab guru-guru dan pelajar di sekolah ini dan cara pengurusan sekolah ini. EN.Baharin Bin MD Sari iaitu Guru Besar Sekolah Senawang menyatakan bahawa aspek JERI dapat diperkembangkan dengan menghayati dan melaksanakan falsafah pendidikan kebangsaan di sekolah. Beliau juga memberitahu bahawa beliau akan memastikan FPK diikuti oleh semua guru semasa menjalankan P& P di kelas. Selain daripada itu, beliau juga memberitahu bahawa terdapat banyak perubahan yang telah dilakukan tetapi ia masih terikat dengan FPK kerana mempunyai sukatan yang lengkap merangkumi sahsiah, sains teknologi, pendidikan moral, agama islam dan sebagainya. Menurut beliau, aspek JERI dapat diperkembangkan dengan menggubal sukatan pelajaran menjurus kepada FPK. Aspek emosi murid-murid dapat diperkembangan dengan mengawal disiplin dan salah laku murid daripada kegiatan buli, vandalisme dan sebagainya. selain itu, sebagai seorang guru besar beliau selalunya akan merujuk kepada guru kaunseling dan guru disiplin untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selepas itu, beliau akan mengaturkan bimbingan kaunseling kepada pelajar tersebut.

Menurut Che Mastah BT Osman iaitu guru penolong kanan 1 Sekolah Kebangsaan Senawang memberitahu bahawa aspek JERI pelajar tahun 6 dapat diperkembangkan dengan mengadakan program kecemelangan UPSR. Program ini dapat membantu pelajar meningkatkan lagi prestasi mereka dan dapat menyediakan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Beliau juga menyatakan bahawa kelas tambahan, kelas bimbingan dan kelas malam diadakan bagi pelajar tahun 6. Kelas-kelas ini diadakan pada setiap hari isnin hingga khamis dari jam 2.00ptg hingga 3.30ptg. Matapelajaran yang diajar semasa kelas-kelas ini ialah bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains. Manakala kelas malam diadakan pada hari isnin hingga khamis dari jam 7.00malam hingga 10.00 malam. Kelas malam dibuka untuk pelajar yang berminat dan dikenakan bayaran. Beliau juga mengarahkan semua guru supaya menghabiskan sukatan sebelum bulan mei kerana ia dapat membantu murid membuat latih tubi. Sebagai seorang guru penolong kanan beliau mengaturkan bengkel menjawab soalan untuk pelajar tahun 6. Beliau juga menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti ini dijalankan supaya ia dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan pelajar dan dapat menyediakan mereka menghadapi peperiksaan UPSR Seterusnya, saya telah menemuduga ketua panitia matematik EN.Mohd Adzmi Bin Mohd Jani. Beliau juga menyatakan aspek JERI dapat diperkembangkan melalui FPK. Pada mulanya, seseorang guru harus mengetahui latar belakang murid kerana ia dapat membantu untuk mengawal mereka dan memahami . Selain itu, beliau juga akan mengesan kelemahan setiap murid dan membuat kelas pemulihan bagi membantu murid tersebut. Beliau mengadakan ujian untuk mengetahui pelajar yang kurang pandai dan pandai. Selain itu, semasa P&P dijalankan beliau memberikan banyak contoh dan mendedahkan murid-murid dengan isu-isu semasa. Contohnya, semasa P&P matematik beliau memberikan banyak cara penyelasian kerana ia dapat memperkembangkan minda murid-murid. Selain daripada itu, beliau juga akan

memastikan emosi dan situasi murid-murid sebelum mengajar. Menurut beliau, pemastian ini membantu beliau menjalankan P&P dengan baik. Saya juga telah menemuduga guru penolong kanan kokurikulum Hajah Saerah BT Mohd Yusoff. Beliau memberitahu kokurikulum adalah aktiviti yang dilakukan di luar waktu pelajaran formal dan aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan di bawah pengawasan dan bimbingan guru penasihat. Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Senawang terdiri daripada pasukan unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Kokurikulum juga dijalankan di sekolah untuk menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan falsafah pendidikan. Selain itu, untuk memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan dan memberi pelajar pengalaman berhubung dan bersepadu dalam masyarakat. Seterusnya beliau juga menjalan pelbagai aktiviti seperti pertandingan, berkawad, dan sebagainya untuk memperkembangankan bakat pelajar yang terpendam. Ermi Diyana BT Mohd Ghazali sebagai seorang guru kelas memberitahu ABM diperlukan semasa mengajar. Bahan Bantu mengajar itu mestilah selaras dengan matapelajaran yang diajar dan sesuai dengan murid tersebut. Contoh bahan pengajaran ialah penggunaan LCD, kertas edaran, dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa kita tidak harus memaksa murid-murid belajar Selain daripada itu, komunikasi dua hala perlu digunakan antara guru antara pelajar. Ia dapat memupuk pelajar untuk bertanya dan menjawab tanpa sebarang ketakutan dan dapat merapatkan hubungan pelajar dengan guru. Aktiviti kumpulan juga perlu dilakukan dalam kelas kerana ia dapat memupuk minat murid-murid tersebut untuk belajar dan murid-murid juga akan aktif semasa P&P. Semasa aktiviti kumpulan ini, murid-murid digalakkan berinteraksi sesama sendiri dan bersama guru mereka. Menurut beliau, semasa P&P dijalankan guru perlulah menganggap murid-murid tersebut sebagai anak atau adik sendiri. Selain daripada itu, beliau bercakap dengan lembut dengan pelajar yang bermasalah dan tidak terlalu memaksa pelajar tersebut supaya mereka dia

benci untuk belajar. Beliau menggunakan kaedah ini untuk mengetahui masalah pelajar tersebut dan cuba untuk menyelesaikannya. Seterusnya, saya telah menemuduga mentor kami PN. Azlinda Bt.Mustafa. Beliau merupakan pengerusi panitia kemahiran hidup. Beliau telah memberitahu cara mengajar di kelas. Beliau memberitahu bahawa guru tidak harus mengedarkan kertas nota di dalam kelas malah guru harus menulis di papan hitam supaya murid senang ingat. Hal ini kerana, semasa menulis mereka akan membaca dan ini memudahkan mereka ingat. Selain tiu, pelajar juga suka membuat projek semasa matapelajaran kemahiran hidup. Guru harus membawa murid ke bengkel semasa P&P dijalankan kerana guru boleh menunjukkan alatalat, bahan-bahan dan sebagainya semasa mengajar. Beliau juga menerangkan tujuan projek dijalankan. Projek dijalankan untuk mengaplikasikan ajaran di dalam buku teks. Selain daripada itu, beliau dapat mengawal kelas dengan membahagikan pelajar dalam kumpulan supaya mereka senyap. Hal ini boleh menyebabkan kelas dalam keadaan senyap kerana mereka akan membuat pertandingan seperti pertandingan buka dan pasang. Semasa pertandingan ini dijalankan terdapat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan dan mereka akan membahagikan kerja. Semasa menemuduga kakitangan sekolah, saya mendapat tahu bahawa hubungan antara warga sekolah sangat mesra dan mereka tidak mementingkan taraf sesama sendiri. Mereka juga gembira bekerja di Sekolah Kebangsaan Senawang. Kakitangan kantin juga memberi layanan yang baik untuk pelajar dan guru. Selain itu, mereka juga menyediakan makanan yang berlainan setiap hari dan harga juga ditetapkan mengikut kemampuan pelajar.

Kesimpulannya, semua guru-guru mementingkan FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga lebih mementingkan emosi pelajar semasa di kelas dan cara yang sesuai untuk mengawal mereka. Hal ini memudahkan mereka untuk membentuk pelajar. Sekolah ini juga menjalankan pelbagai aktiviti untuk memupuk bakat pelajar yang terpendam. Melalui temu bual saya dapat belajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti dengan sempurna dan cara untuk memupuk bakat seseorang dan cara mengambil hati seseorang dengan lembut. Saya juga dapat tahu bahawa sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan cepat dan sempurna sekiran mempunyai kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, saya juga dapat belajar bahawa kita haruslah bertolak ansur antara satu sama lain dalam menguruskan sesuatu urusan.

5.4 SOAL SELIDIK Sepanjang menjalankan Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (LPBS) di Sekolah Kebangsaan Senawang saya telah mengedarkan beberapa borang soal selidik mengenai pusat sumber, kantin, perhimpunan, makmal komputer, makmal sains. Saya mengedarkan borang ini untuk mengetahui perasaan pelajar Sekolah Kebangsaan Senawang ini mengenai kemudahankemudahan yang disediakan, hubungan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah ini. Mengikut pengumpulan data ini, saya mendapati kebanyakan pelajar sekolah ini berpuas hati dengan kebersihan pusat sumber sekolah ini. Hal mugkin disebabkan oleh kerjasama antara guru dengan pelajar dalam menjaga kebersihan pusat sumber. Pelajar juga puas hati dengan bilangan buku rujukan dan latihan yang disediakan tetapi mereka tidak berpuas hati dengan susunan buku di pusat sumber sekolah ini. Seterusnya, waktu pengurusan pusat sumber dan proses pinjaman buku juga menimbulkan rasa puas hati di kalangan pelajar. Keceriaan di pusat sumber juga menarik minat pelajar serta kemudahankemudahan di pusat sumber juga baik. Pelajar juga memberi komen yang tentang pengawas yang bertugas. Seterusnya mengikut pengumpulan data di kantin,pelajar buas hati dengan layanan pekerja kantin tetapi kantin kurang bersih selepas waktu rehat kerana pekerja lambat membersihkan. Menu makanan dan harga makanan memuaskan pelajar tetapi keceriaan kantin kurang memuaskan pelajar. Seterusnya keadaan disiplin semasa rehat kurang memuaskan pelajar kerana ada segelintir pelajar yang berebut-rebut untuk membeli makanan dan berlari-lari di kantin. Pelajar juga berpuas hati dengan pegawas yang bertugas dan pekerja kantin juga menyediakan kemudahan-kemudahan yang cukup. Selain itu, tempoh waktu rehat pelajar memuaskan pelajar kerana kantin dibuka sehingga waktu sekolah habis.

Data pengumpulan mengenai perhimpunan menyatakan bahawa sistem audi semasa perhimpunan kurang memuaskan. Hal ini kerana sistem audio kurang jelas dan ia mengganggu perhimpunan. Pelajar tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang diucapkan. Selain itu, pelajar juga puas hati dengan tempoh perhimpunan dijalankan, agenda yang dijalakan semasa dan sebelum perhimpunan. Walu bagaimanapun pelajar tidak puas hati dengan tapak perhimpunan yang tidak berbumbung. Hal ini kerana perhimpunan akan terganggu sekiranya hujan dan pelajar juga berada di bawah kepanansan sekiranya tempoh perhimpunan di panjangkan. Dari segi keadaan disiplin, pelajar tidak puas hati kerana ada pelajar yang bising dan bercakap semasa perhimpunan kerana jarak antara satu kelas ke kelas lain dekat semasa beratur disebabkan pelajar yang baik. Pelajar berpuas hati dengan guru bertugas kerana guru-guru menjalankan tanggungjawab mereka dengan terdapat pelbagai aktiviti setiap kali perhimpunan. Data makmal komputer dapat dirumuskan bahawa kebersihan makmal komputer dijaga dan bilangan komputer yang disediakan tidak cukup untuk pelajar. Pelajar terpaksa kongsi komputer dan bilangan kerusi di makmal komputer kurang memuaskan pelajar. Seterusnya keceriaan makmal koputer memuaskan pelajar dan keadaan komputer juga baik serta menyenangkan pelajar untuk belajar. Menurut pengumpulan data soal selidik di makmal sains, saya mendapati bahawa semua pelajar berpuas hati dengan kebersihan makmal dan alatan eksperimen juga cukup. Pelajar kurang berpuas hati dengan bahan kimia yang disediakan kerana bahan tersebut tidak berapa cukup untuk menjalankan eksperimen. Selain itu, pelajar berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan di makmal sains dan keceriaan makamal juga baik.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Senawang ini berpuas hati dengan pengurusan sekolah ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara perlu diambil perhati oleh pihak pengurusan sekolah seperti susunan buku di perpustakaan, disiplin pelajar semasa waktu rehat, komputer yang disediakan, dan sebagainya. Mereka perlu menambaikkan yang sedia ada yang menembahkan kemudahan-kemudahan tidak cukup untuk pelajar.

LAPORAN AKHIR Saya telah menjalankan Latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (LPBS) di Sekolah Kebangsaan Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Saya telah memulakan LPBS saya pada 19 march 2007 dan LPBS saya telah tamat pada 23 march 2007. sepanjang LPBS saya di sekolah tersebut, saya telah mendapat banyak pengetahuan baru dan saya juga dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut. Saya telah melaporkan diri pada 19 march di sekolah tersebut untuk memulakan LPBS saya. Guru besar sekolah ini sangat mesra dan pandai memberi kerjasama. Beliau telah membantu saya menjawab semua soalan yang saya kemukakan. Beliau juga telah memberitahu tentang latar belakang sekolah ini, bilangan pelajar, guru dan kakitangan sekolah ini. Sepanjang LPBS saya telah dapat berkomunikasi dengan guru-guru di sekolah ini. Sepanjang saya di Sekolah Kebangsaan Senawang, say telah membuat pemerhatian teradap prasana, kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah ini. Saya juga telah mengedar beberapa borang soal selidik kepada pelajar untuk mengetahui isi hati pelajar terhadap sekolah in sama ada pelajar berpuas hati atau sebaliknya. Saya juga telah menyediakan borang senarai semak untuk menyemak bahawa kemudahan di bengkel,kantin, makmal dan sebagainya cukup atau tidak. Saya menadapati bahawa terdapat beberapa penambahbaikan yang harus dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah bagi ini memudahkan pelajar dan guru. Selain membuat pemerhatian saya juga telah mengambil beberapa gambar di sekolah ini. Saya juga dapat menemu bual warga di sekolah ini bagi mendapat maklumat untuk tugasan LPBS saya. Selain itu, saya juga dapat melihat cara interaksi antara warga sekolah ini serta hubungan pelajar dengan guru di sekolah ini. Pelajar-pelajar di sekolah ini sangat aktif melibatkan diri

dalam semua aktiviti yang dijalankan. Sekolah ini juga menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memupuk minat dan memperkembangkan bakat pelajar. Apabila dilihat dari segi disiplin sekolah ini tidak mempunyai banyak masalah disiplin dan masalah disiplin sekolah ini juga berada dalam keadaan terkawal. Guru disiplin sekolah ini mengatasi masalah disiplin dengan cara yang lembut dan kasr bagi pelajar yang keras kepala. Selain daripada itu, bimbingan kaunseling di sekolah ini amat berguna bagi pelajar-pelajar sekolah ini kerana mereka tidak segan untuk berjumpa dengan guru kaunseling sekiranya mempunyai masalah. Pelajar juga boleh meluahkan isi hati mereka kepada guru kaunseling mereka dan meminta nasihat dan cadangan darpada guru kaunseling mereka. Kesimpulannya saya dapat tahu bahawa seorang guru perlulah penyayang terhadap pelajarnya. Guru juga perlulah mendidik pelajar di sekolah seperti adik atau anak sendiri. Hal ini membolehkan guru bersabar dengan perangai pelajar dan dapat mengawal pelajar tersebut dengan cara yang lembut.

Anda mungkin juga menyukai