Anda di halaman 1dari 1

PRA3106 TAJUK 2 LIN Cuba terangkan kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanak-kanak dari aspek kognitif, psikoanalitik

dan persepsi.

KEPENTINGAN SENI VISUAL DARI ASPEK KOGNITIF Aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Kanak-kanak boleh mengembangkan kognitif mereka melalui seni visual. Ini dapat dibuktikan melalui teori kognitif yang mengatakan kanak-kanak mula menconteng pada awal umurnya. KEPENTINGAN SENI VISUAL DARI ASPEK PSIKOANALITIK Seni visual adalah pengantara mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Tahap ini dicapai apabila mengetahui proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual Dapat mengkaji hubungan sejarah hidup dengan hasil karya mereka Melalui seni visual guru mudah menangani masalah perasaan murid

Seni visual merupakan alat terapi berkesan.Lukisan memberi gambaran latar belakang dan keadaan emosi

KEPENTINGAN SENI VISUAL DARI ASPEK PERSEPSI Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Anda mungkin juga menyukai