Anda di halaman 1dari 2

. .

.
.
.. .
. .
. .
. .
.
.
.
.
. ..
.

. ..

Ya Allah kurniakan Rahmat al-Quran, jadikan al-Quran pemimpin, petunjuk, kasih sayang. Ya
Allah ingatkan kami apa yang kami lupa, ajarlah apa yang kami jahil. Bantulah kami
membacanya. Malam dan siang, jadikan al-Quran pegangan. Ya Allah, Pentadbir Alam.

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah
bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami
kerana ia tempat kembali kami, jadikanlah kehidupan sebagai kebaikan bagi kami dan jadikanlah
kematian sebagai kerehatan kami daripada segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik
umur kami pada penghabisannya, dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik
hari bagi kami adalah hari berjumpa dengan-Mu.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan
tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon
kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.

Beratkanlah timbangan kebaikan kami, teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami,
terimalah sembahyang kami, dan ampunkanlah segala kesalahan kami. Kami memohon
ketinggian syurga-Mu, kami memohon Rahmat dan Pengampunan-Mu, keselamatan daripada
segala dosa, kejayaan daripada segala kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada
neraka.

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami daripada
kenistaan hidup di dunia dan seksaan di hari akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami
ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu,
ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan
kami kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami dengan
pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup kami.

Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kecintaan kami yang paling besar. Ya Allah, janganlah
Engkau tinggalkan dosa-dosa kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau
tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya, janganlah

Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan
janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat kepada kami melainkan
Engkau telah menunaikannya, wahai Zat Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat dan
salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya serta para
sahabatnya.

. ..

. . .

Anda mungkin juga menyukai