Anda di halaman 1dari 4

Apa itu disleksia?

dys bermakna kesukaran ataupun kesusahan lexis bermakna bahasa atau pertuturan
Disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf (Mercer, 1991)

berasal dari perkataan Yunani

Disleksia.
Menurut buku Apa itu Disleksia-Panduan untuk Ibubapa & Guru, Disleksia berasal drpd gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dan lexis bermaksud bahasa dan secara literalnya, disleksia bermaksud kesukaran berbahasa (Ott,1997). Kanak-kanak ini bukan sahaja bermasalah dalam pembacaan, tetapi juga ejaan, penulisan dan beberapa aspek Selain itu, kanakkanak ini juga mengalami masalah dari segi ingatan dan konsentrasi, kemahiran matematik dan pengurusan diri. Atau secara khususnya kanak-kanak disleksia biasanya mengalami masalah:1. Fonologi 2. Mengingat perkataan 3. Penyusunan bersiri 4. Ingatan jangka pendek 5. Kesedaran sintak. Namun demikian kanak-kanak ini memunyai IQ seperti kanak-kanak normal dan kebanyakkan mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi. Cuma mereka hanya bermasalah dari segu kemahiran membaca/menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan yang khusus perlu untuk pembelajaran kanak-kanak ini seawal usia untuk menyediakan peluang dan masa depan mereka.

JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu; Disleksia visual (penglihatan) o Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) o Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori Disleksia visual-auditori o Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Disleksia dan Dispraksia adala dua perkara yang berbeza


Dispraksia. Dispraksia berasal dari kata Dys yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan praxis yang bermaksud bertindak, melakukan. Nama lain Dispraksia adalah Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Pada zaman dulu lebih dikenali dengan nama Clumsy Child Syndrome. Menurut penelitian, gangguan ini kadang diturunkan dalam

keluarga dan gejalanya berkait rapat dengan gangguan lain yang hampir sama seperti disleksia. Dispraksia mungkin juga dianggap ADD (Attention Deficit Disorder), ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Discalculia iatu : kesukaran untuk memahami konsep-konsep dalam matematik. Padahal sebenarnya, dispraksia mencakupi masalah yang lebih luas dan bervariasi. Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak dalam mengorganisasikan gerakan. Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak secara penuh atau benar ditransmisikan. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori. Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama. Gejala-gejala Dispraksia.
Pada anak usia 3 5 tahun (usia pra sekolah) - Aktiviti motorik/fizikal yang sangat tinggi termasuk menghayun-hayunkan kaki dan menghentak-hentakan kaki ketika duduk, bertepuk tangan atau menari. - Tangan mengembang ketika berlari. - Kesukaran mengayuh pedal basikal beroda tiga atau mainan serupa. - Kemahiran motor halus lemah, seperti sukar memegang pensil atau menggunakan gunting. Mengalami kesulitan berbahasa yang terus menerus. Kurang memberi respon terhadap arahan-arahan lisan. Lewat berguling, merangkak, berjalan. - Sukar melangkah, memanjat, menyusun puzzle, mempelajari kemahiran baru dan lewat perkembangan bahasa. - Sukar mengungkapkan perkataan dengan jelas dan sukar menggerakkan mata sehingga lebih suka menggerakkan kepalanya daripada menggerakkan matanya.

Pada anak yang lebih besar (usia sekolah) - Kesukaran dalam berkata-kata mahupun mengekspresikan diri. - Sebahagian anak dispraksia terlalu sensitif terhadap sentuhan. - Sukar mengingat arahan dan menyalin tulisan dari papan tulis. - Tidak dapat menangkap konsep seperti : di bawah, di atas, di dalam atau di luar.

- Mengalami kesukaran dalam memakai baju, mengikat tali kasut dan menggunakan garpu atau pisau. - Keseimbangan badan yang lemah, sukar belajar naik basikal. - Kemampuan membaca yang rendah dan tulisan tidak kemas. - Sebahagian anak dispraksia mengalami articulatory dyspraxia yang menyebabkan mereka mengalami kesulitan dalam bercakap dan mengeja.

Kanak-kanak Disleksia dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasaalah pembelajaran. Murid-murid disleksia merupakan murid yang menghadapi kesukaran dan ketidakbolehan menguasai kemahiran yang spesifik walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi. Mereka mengalami kesukaran dalam menulis,mengira, membaca dan memahami teks bacaan

Anda mungkin juga menyukai