Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kami dapati kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa perancangan, pelaksanaan dan selepas pelaksanaan Karnival Permainan

Tradisional perlu penambahbaikan yang sepatutnya agar kelemahan sepanjang pelaksanaan karnival tersebut dapat memberi pengajaran kepada kami semua dalam merancang, melaksana dan mengelola sesuatu program seperti karnival ini. Tarikh yang dirancang untuk melaksanakan karnival tersebut perlu ditetapkan terlebih awal bagi memastikan masa mencukupi untuk bersedia lebih awal kerana setiap perancangan yang telah dibuat memerlukan masa yang lama supaya persediaan dan pelaksanaan sesuatu program seperti karnival permainan ini dapat dijalankan dengan lancar dan tidak kelam kabut. Ahli jawatankuasa peru mengadakan sekurang-kurangnya tiga kali perjumpaan atau mesyuarat bagi memastikan perjalanan program yang dirancangkan berjalan dengan baik. Selain itu, sebarang permasalahan yang timbul sewaktu perancangan dapat diselesaikan bersama. Disamping itu, setiap kelas diminta memilih satu jenis permainan tradisional untuk diketengahkan atau dipertandingkan sewaktu karnival

dilaksanakan. Kelas 5 PISMP Sains 2 telah memilih permainan gasing untuk dikelolakan sewaktu karnival tersebut. Keputusan untuk memilih permainan yang sesuai yang agak lewat perlu dielakkan untuk program yang seterusnya. sepatutnya kami merancang dan memilih permainan yang difikirkan sesuai untuk

dipertandingkan lebih awal agar tidak menganggu proses-proses lain seperti penyediaan kertas kerja dan juga barang-barang yang diperlukan untuk permainan tersebut perlu disediakan lebih awal. Pembahagian tugas dan penerangan tentang tugs-tugas yang sepatutnya dilakukan sebelum hari karnival perlu dilakukan lebih awal agar ahli jawaankuasa yang terlibat dengan tugas-tugas tersebut bersedia dan jelas tentang bidang tugas asing-masing. Jadi masalah seperti kekeliruan tentang bidang tugas dapat dielakkan sama sekali. Sistem pemarkahan bagi permainan gasing yang telah kami anjurkan perlu lebih sistematik dan tetap. Sistem pemarkahan yang lebih jelas perlu ditampal pada papan pameran di stesen permainan agar kekeliruan dan sebarang bantahan daripada pihak peserta dapat diselesaikan dengan adanya maklumat yang jelas dan

lengkap. Peraturan permainan juga perlu tepat dan harus disediakan di stesen permainan. Sekiranya perlu, risalah tentang peraturan ringkas permainan boleh diedarkan kepada setiap kumpulan peserta agar para peserta dapat memahami peraturan dengan jelas sebelum bermain. Selain itu, kami juga perlu mengkhaskan sekurang-kurangnya seorang petugas yang bertanggungjawab untuk memberi penerangan kepada pengunjung yang datang melawat ke stesen kami, stesen "GASING". Dengan cara itu, pengunjung yang datang akan mendapat lebih maklumat dan penerangan yang lebih jelas daripada petugas selain daripada maklumat yang telah disediakan pada papan pameran. Selain itu, pihak penganjur juga perlu memberi masa yang lebih lama kepada para peserta untuk mencuba permainan tersebut kerana ada diantara mereka yang tidak pernah bermain malah ada yang tidak pernah menyentuh gasing tradisional. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang untuk mencuba dalam masa sepuluh minit sekurang-kurangnya untuk memberi kebiasaan dan melatih cara yang betul untuk memegang gasing. Sewaktu karnival berlangsung, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki untuk program yang akan datang. Antaranya ahli jawatankuasa teknikal perlu lebih peka dan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya sebelum hari karnival seperti mikrofon mudah alih bagi memudahkan pengacara bergerak dari stesen ke stesen untuk mendapatan maklumat dengan lebih cepat dan betul. Selain itu, alat pembesar suara juga tidak disediakan sewaktu sesi penutup. Kebanyakan guru pelatih tidak dapat mendengar penerangan berkaitan dengan laporan tugasan yang perlu disediakan selepas karnival. Jadi kebanyakan guru pelatih yang tidak mendengar arahan dengan jelas dan hanya bersembang sesama mereka Oleh itu, pihak pengurusan yang telah ditugaskan perlu mengambil langkah bijak dengan menyediakan kelengkapan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut seperti menyediakan alternatif lain. Disamping itu, pihak pengurusan juga perlu mengambil kira sistem pertukaran stesen yang agak kelam kabut walaupun jadual pertukaran telah diedarkan namun pihak stesen yang sepatutnya memaklumkan kepada peserta stesen yang perlu dituju selepas sesuatu stesen tidak berbuat sedemikian. Perkara terakhir yang perlu diambil kira dan perlu penambahbaikan untuk program seterusnya adalah makanan yang disediakan. Memandangkan waktu tamat karnival adalah waktu tengah hari iaitu tepat pada waktu makan tengahari, sepatutnya ahli jawatankuasa makanan perlu mengambil kira waktu tamat karnival. Pada hari

karnival, makanan yang disediakan adalah bihun dan pada pendapat ami adalah tidak sesuai. Makanan tengahari yang sepatutnya disediakan adalah nasi kerana kebanyakan guru pelatih yang menganjur dan menyertai karnival permainan tersebut belum sempat bersarapan. Setelah tamat sesi penutup, satu lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah refleksi atau sesi 'post-mortem' perlu dilaksanakan. Hal tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada guru pelatih membuat refleksi dan berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam menjalankan karnival tersebut.