Anda di halaman 1dari 20

BAB 7

ISLAM HADHARI DAN HUBUNGAN ETNIK

OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami latarbelakang dan sejarah kedatangan Islam dan etnik di Tanah Melayu. 2. Mengenalpasti prinsip-prinsip Islam hadhari, pendekatan serta tujuannya. 3. Membincangkan tentang prinsip-prinsip Islam terhadap hubungan antara etnik. 4. Menerangkan tentang kesan penggunaan pendekatan Islam terhadap aspek sosial, ekonomi dan politik.

7.1 PENGENALAN
Islam Hadhari adalah pendekatan bagi mengembalikan semula keyakinan dan penghayatan umat Islam terhadap Islam dan memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam tentang kesempurnaan Islam. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar dan sedia ada yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah (Islam Fundamental). Sepuluh prinsip Islam Hadhari yang diketengahkan oleh pemimpin negara untuk memberikan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat sama ada muslim atau bukan muslim.

7.2 LATARBELAKANG ISLAM DAN ETNIK DI MALAYSIA Malaysia atau Tanah Melayu pada asalnya didiami oleh orang-orang Melayu. Terletak di dalam gugusan Alam Melayu atau Nusantara. Istilah Melayu boleh ditakrifkan berdasarkan rumpun bahasa/bangsa iaitu tergolong di dalam cabang Melayu Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Melanau, Bajau, Murut, Bugis dan sebagainya dan cabang Melayu Indonesia ini tercangkup pula di dalam rumpun Astronesia (Azhar Aros, 2004: 68). Perkembangan ketamadunan Melayu ini boleh dilihat dalam dua demensi iaitu zaman pra Islam dan zaman Islam. Namun begitu ramai sejarawan mengatakan pergerakan kebangkitan tamadun Melayu ini berlaku selari dengan perkembangan Islam. Sebab itu Melayu dan tamadunnya cukup sinonim dengan Islam.

Malaysia sekarang bukan lagi hanya di diami oleh orang-orang Melayu tetapi telah di diami dari pebagai bangsa dan etnik. Sejarah menerangkan kedatangan pedagang-pedagang dari Arab, India dan China untuk singgah berniaga di pelabuhan-pelabuhan Tanah Melayu seperti Kuala Kedah, Melaka dan sebagainya telah berlaku sejak zaman kegemilangan empayar Melayu dahulu lagi (D.G.E.Hall, 1987). Mereka jugalah yang telah membawa sinar baru bagi umat Melayu yang dijadikan pegangan hingga kini dalam semua aspek kehidupan dan kemajuan iaitu Islam. Islam adalah satu agama yang untuk semua umat manusia tanpa mengira bangsa, iklim, warna kulit, kaya atau miskin dan sebagainya.

Proses penyebarannya mudah diterima oleh masyarakat dunia dan Tanah Melayu telah menerima Islam dengan penuh keharmonian tanpa sebarang peperangan. Menurut beberapa catatan yang ditemui mengatakan bahawa Islam mula bertapak di Alam Melayu sejak kurun ke -7 M (Mahyuddin Yahya, 1993.) Sekarang ini masyarakat di Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dengan berbagai agama, budaya, bahasa, muzik, tarian, seni, pakaian dan makanan dan ada pula di antaranya boleh dikongsi bersama oleh seluruh ahli masyarakat.

7.3 ISLAM HADHARI DAN PENGERTIANNYA 7.3.1 Pengertian Islam Pengertian Islam dari segi bahasa diambil daripada kata kerja salima yang mengandungi tiga makna iaitu Pertama : Tulen dan suci dari sebarang kecacatan zahir dan batin. Kedua : Damai, aman dan sejahtera. Ketiga : Taat dan menyerah.

Pengertian Islam dari segi istilah ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan ikhlas serta jujur hati serta beriman dengan ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah SWT (Harun Din, 1987: 26).

7.3.2 Pengertian Hadhari Hadhari berasal daripada hadharah yang bermaksud kemajuan dan peradaban. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah:
Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam (JAKIM, 2005: 9). Islam Hadhari menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan dari sudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi, kewangan, kesihatan dan sebagainya. (Ismail Ibrahim, 2005).

7.3.3 Pendekatan Islam Hadhari Kerajaan telah membuat pelbagai rangka dalam pembangunan negara sama ada dari aspek ekonomi, undang-undang, pendidikan dan lainlain lagi. Pendekatan Islam yang dibawa ini akan memberikan penekanan kepada aspek untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan melalui jalan menguasai ilmu, pembangunan insan dan juga pembangunan fizikal.

7.3.4 Tujuan Islam Hadhari Menurut Zainal Abidin (2004), matlamat utama pendekatan Islam ini adalah untuk menjaga, memartabatkan dan memperkasakan syariat Islam serta mengembangkannya. (i) (ii) (iii) (iv) (v) Menjaga, memartabat dan memperkasakan agama; Menjaga, memartabat dan memperkasakan akal; Menjaga, memartabat dan memperkasakan nyawa; Menjaga, memartabat dan memperkasakan keturunan; Menjaga, memartabat dan memperkasakan harta.

7.3.5 Prinsip-Prinsip Islam Hadhari

Menurut Abdul Munir Yaacob dan Norhanizah Ismail (2005), bagi menentukan keberkesanan perlaksanaan Pendekatan Islam di Malaysia perlu digariskan beberapa prinsip yang bertujuan untuk meralisasikan kemajuan Islam , Sepuluh Prinsip Islam Hadhari sebagaimana yang digagaskan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badwi, Perdana Menteri Malaysia adalah seperti berikut:
(i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah. Kerajaan yang Adil dan Beramanah. Rakyat yang Berjiwa Merdeka Penguasaan Ilmu Pengetahuan Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif. Kehidupan Berkualiti. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita. Keutuhan Budaya dan Moral. Pemeliharaan Alam Semulajadi. Kekuatan Pertahanan.

7.4 PRINSIP ISLAM TERHADAP HUBUNGAN ETNIK Negara Islam pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW di Madinah telah wujud kebebasan beragama, kebebasan mengemukakan pandangan dan lain-lainnya jelas tertera dan didoktrinkan dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madaniyyah) sebagai peraturan dan undang-undang yang wajib dihormati dan dipatuhi oleh semua rakyat yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia sesungguhnya Kami cipta kamu daripada lelaki dan wanita dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa, bersuku-suku dan berpuak, supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain (beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya) Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya (al-Hujurat: 3)

7.4.1 Prinsip Sosial Islam Terhadap Hubungan Etnik Islam telah menyediakan asas yang utuh melalui tiga dasar utamanya iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Asas-asas tersebut ialah (a) Berkenal-kenalan (al-Taruf)
Perkara pertama yang perlu wujud dalam perhubungan sosial masyarakat yang digariskan oleh Islam ialah berkenal-kenalan, kerana telah menjadi fitrah kepada manusia yang menjalani kehidupan ini perlukan kepada perhubungan dan kasih sayang antara satu sama lain.

(b) Saling Memahami (al-Tafahum) Prinsip kedua dalam hubungan sosial Islam ialah saling memahami iaitu saling memahami antara satu sama lain samada dalam melakukan persetujuan atau permuafakatan. Bagi kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik prinsip ini perlu ditekankan. Apabila bangsabangsa yang wujud mampu untuk memahami cara hidup, kepercayaan dan budaya sesuatu bangsa dan etnik yang lain beerti akan wujud suasana hidup yang penuh dengan sifat kasih sayang dan bertimbangrasa.

(c) Bekerjasama (taawwun) Prinsip sosial dalam perhubungan Islam yang seterusnya ialah bekerjasama atau tolong menolong dan bantu membantu. Prinsip ini dianjurkan oleh Islam bagi memastikan wujudnya kemantapan kehidupan bermasyarakat sama ada di peringkat keluarga, jiran tetangga atau masyarakat yang ada dalam komuniti tersebut.

Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan(kebajikan) dan takwa, janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan maksiat dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya) (al-Maidah: 2)

(d) Persaudaraan (Ukhuwah) Menurut kamus Dewan (1997:1196), ukhuwah atau persaudaraan adalah ditakrifkan sebagai perhubungan dan pertalian yang berkait rapat seolah-olah seperti bersaudara. Islam menganjurkan hubungan berasaskan persaudaraan yang lebih bernilai yang di dasari oleh iman dan takwa bukan Islam juga menegah umatnya daripada membina persaudaraan yang berasaskan hanya semata-mata kepada kebendaan, kesukuan, pertalian darah, pangkat dan bersifat keduniaan. Pembinaan persaudaraan seperti ini juga boleh disifatkan sebagai perhubungan persaudaraan yang didasari oleh hawa nafsu. Perhubungan ini tidak akan dapat bertahan lama. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat (al-hujurat: 10)

(e) Berkasih Sayang (Mahabbah) Setiap kaum mempunyai corak budaya, adat dan pegangan yang tersendiri. Walaupun kita lihat setiap kaum seolah-olah terpisah, namun mereka sebenarnya boleh disatukan dengan mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya saling menyayangi antara satu sama lain. Apa yang dimaksudkan di sini adalah untuk mewujudkan satu sistem sosial yang meletakkan keutamaan kepada kepentingan masyarakat berbanding kepentingan sendiri

7.4.2 Prinsip Ekonomi Hubungan Etnik

Islam

Terhadap

Individu Islam atau jemaah Islam tidak dilarang untuk menjalankan aktiviti ekonomi dengan orang bukan Islam seperti berjual beli dan sebagainya. Keadaan ini pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW sewaktu mana baginda menjalankan kehidupan di Madinah dengan penuh kedamaian di bawah pemerintahan Islam.

7.4.3 Prinsip Politik Islam Terhadap Hubungan Etnik Bagi sebuah negara Islam, orang bukan Islam merupakan golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang berlindung di bawah pemerintahan Islam (zimmi) sepertimana yang telah dilaksanakan pada zaman Rasulullah dan para Khulafa al-Rashidin dahulu dalam menjaga keamanan masyarakat dan negara Islam. Berdasarkan keadaan tersebut, ahli anggota masyarakat yang bukan Islam di kenakan jizyah atau cukai kepala sebagai bayaran kepada tugas yang dilaksanakan oleh pemerintah Islam untuk menjaga dan melindungi hak-hak orang-orang bukan Islam yang terangkum di dalamnya diri individu bukan Islam dan harta benda mereka (Ahmad Rafizi, 2003: 311).

7.5 KESIMPULAN Islam adalah satu agama yang sempurna dan bersifat global. Islam diturunkan oleh Allah SWT melalui Jibrail a.s dan disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan ke seluruh pelusuk dunia serta kepada semua umat manusia tanpa mengira bangsa, etnik, warna kulit, rupa paras, iklim, geografi dan sebagainya. Islam dengan sifatnya yang global ini telah melahirkan prinsipprinsipnya selari dengan fitrah asal kejadian yang diciptakan oleh Allah. Jelaslah pada kita bahawa Islam itu diturunkan kepada semua manusia dan bukan untuk bangsa atau etnik tertentu Firman Allah yang bermaksud: Dan tidak kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada seluruh manusia (al-Anbiya: 107)

Anda mungkin juga menyukai