Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini. Menganalisis, mengulas dan menghuraikan aspek-aspek gaya bahasa, kesantunan bahasa, sistem sapaan dan kepentingannya berdasarkan sebuah cerpen yang dipilih merupakan satu pengalaman dan cabaran yang baru.

Melalui apa yang telah saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Komunikatif 1 ini, saya secara peribadinya telah menimba pelbagai pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tajuk yang difokuskan iaitu kesantunan bahasa, gaya bahasa dan sistem sapaan di dalam subjek ini.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah merangka satu jadual pelaksanaan tugasan. Pembahagian masa yang tepat dapat membantu saya mengatur hidup saya secara efisien. Memilih cerpen yang sesuai juga menjadi keutamaan saya. Ini amat penting bagi memastikan tugasan saya ini menepati kehendak soalan yang telah ditetapkan.

Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui akan kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar mutakhir ini. Saya dapati, kebanyakkan pelajar tidak

menitikberatkan penggunaan bahasa yang baik dan seringkali menyalahgunakan bahasa mereka dengan sengaja menggunakan bahasa yang salah dan langsung tidak mengambilberat akan kesantunan bahasa.hal ini jelas dapat dilihat daripada perbualan seharian mereka. Saya selaku pelajar juga mengakui akan hal ini kerana saya berpendapat komunikasi menjadi lebih mudah, cepat, mesra dan bergaya. Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa ini walaupun tidak bercirikan kesantunan yang baik sepenuhnya memerlukan seseorang yang turut memahami agar tidak berlaku salah faham.

Walhal, melalui tugasan yang diberi ini, saya yakin dapat memberikan hasil tugasan yang baik kerana saya yakin terhadap penguasaan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Saya amat berkeyakinan terhadap gaya penulisan, penerangan dan

penghasilan berdasarkan analisa dan kajian saya walaupun saya telah lama meninggalkan aktiviti mengarang dan menulis di dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana saya telah memilih untuk mendalami bidang bahasa Inggeris dan telah

memilih profesion sebagai guru Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, saya yakin saya mampu menghasilkan yang terbaik di dalam tugasan Bahasa Melayu Komunikatif ini.

Seterusnya, sebagai seorang bakal guru, saya sedar akan kepentingan kesantunan berbahasa seperti kemahiran bertutur dan mendengar dalam

berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian saya. Hal ini sangat penting supaya kepentingan dan keistimewaan bahasa Melayu dapat dilestarikan agar generasi akan datang dapat berbangga dengan bahasa yang kita gunakan, bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu. Selain itu, bahasa Melayu juga dapat menonjolkan adab kita sebagai orang timur yang berbudi bahasa, menghormati orang lain dan bersopan santun.

Akhirnya, saya sebagai seorang pelajar ijazah berasa begitu gembira, bangga dan berpuas hati setelah menyiapkan tugasan ini. Saya mendapat banyak manfaat semasa menyiapkannya kerana sebelum ini saya sendiri tidak menyedari kepentingan untuk memartabatkan bahasa Melayu walaupun saya seorang Melayu. Melalui tugasan ini, saya telah sedar akan kepentingan kesantunan bahasa dalam kehidupan dan bagaimana memupuk didikan bahasa yang sempurna kepada generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai