Anda di halaman 1dari 6

KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION KLANG VALLEY

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP MEREBUT PIALA HUGUAN SIOU KLANG VALLEY 2004 KE 3

TARIKH : 25HB. APRIL 2004 (AHAD) MASA : 8.00 PAGI 7.00 PETANG TEMPAT: PADANG BOLASEPAK AKEDEMI TENTERA MALAYSIA (ATMA) KEM SG. BESI 57000 KUALA LUMPUR

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN DAN BORANG PENDAFTARAN

PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANJURAN KDCA KLANG VALLEY (TERTUTUP) MEREBUT PIALA PUSINGAN HUGUAN SIOU KLANG VALLEY 2004 KE 3. PERATURAN PERTANDINGAN
1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KDCA KV (TERTUTUP) 2004 yang akan diadakan pada 25hb. April, 2004 (mula jam 8:00 pagi hingga 7 petang). 2. TEMPAT PERTANDINGAN Pertandingan akan diadakan di padang Akademi Tentera Malaysia (ATMA), Sungai Besi dan sebanyak 4 padang disediakan. 3. PENGURUSAN PERTANDINGAN Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah Jawatankuasa Pertandingan iaitu Urusetia Bolasepak 9 Sebelah KDCA KV. 4. UNDANG-UNDANG Undang-undang dan peraturan permainan adalah mengikut undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan oleh FAM dan FIFA. Sebarang kejadian diluar dugaan yang tidak dinyatakan di dalam FAM dan FIFA akan diputuskan oleh Urusetia Kejohanan (Local Rule) dan keputusan adalah muktamad. 5. PENYERTAAN 5.1. 5.2. 5.3. 5.4. 5.5. 5.6. 5.7. 6. Penyertaan adalah terbuka kepada mereka yang berketurunan Kadazandusun dari Sabah. Sekiranya ada pasukan ada pasukan yang didapati menggunakan khidmat pemain yang bukan berketurunan Kadazandusun maka penyertaan mereka akan dibatalkan dan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui borang penyertaan rasmi yang dikeluarkan oleh urusetia Kejohanan di mana semua maklumat dan syarat hendaklah dipenuhi dan dipatuhi. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM300.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS SAHAJA) untuk setiap pasukan. Bayaran boleh dibuat secara tunai kepada Ahli Jawatankuasa penganjur sahaja. Pasukan yang telah mengesahkan penyertaan di dalam Kejohanan ini perlulah menghantar borang pengesahan beserta nama pemain dan disahkan oleh Pengurus Pasukan. Borang penyertaan dan pandaftaran pemain hendaklah dikembalikan kepada Urusetia Kejohanan sebelum 17hb. April, 2004. Penyertaan pasukan jemputan adalah keputusan pihak penganjur.

PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak melebihi 11 orang pemain(termasuk pemain gantian/simpanan) di dalam borang pendaftaran. 6.2 Pertukaran pendaftaran pemain tidak dibenarkan sama sekali setelah borang penyertaan dan pendaftaran pemain diserahkan kepada Urusetia Kejohanan. 6.3 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan oleh sebuah pasukan sahaja yang layak mengambil bahagian. 6.4 Seseorang yang digantung permainannya oleh FAM adalah dilarang daripada menyertai kejohanan dalam tempoh penggantungannya.

7.

FORMAT PERTANDINGAN Keseluruhan perlawanan akan dijalankan mengikut sistem liga berkumpulan.

8.

MASA PERLAWANAN 8.1 8.2 Masa perlawanan ialah 7 minit setiap separuh masa iaitu menjadikan 15 minit masa keseluruhan. Masa perlawanan peringkat akhir ialah 10 minit setiap separuh masa (20 minit keseluruhan dengan masa rehat tidak melebihi 3 minit kecuali dengan izin pengadil).

8.3

Tiada masa tambahan akan diberikan semasa perlawanan peringkat pusingan awal. Jika seri, tendangan penalti diberikan sebanyak 3 kali diadakan bagi menentukan pemenang.

9.

WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN 9.1 9.2 9.3 9.4 Waktu sepak mula bagi semua perlawanan akan ditetapkan oleh Jwatanuasa Kejohanan dan akan dimaklumkan seperti jadual yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa. Jawatankkuasa Kejohanan berhak meminda masa sepak mula bagi mana-mana perlawanan dengan memaklumkan pasukan-pasukan yang terlibat. Setiap pasukan mestilah berada di padang 15 minit sebelum perlawanan bermula. Masa tidak lebih daripada 5 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada di padang. Selepas daripada tempoh tersebut, pengadil berhak untuk tidak memulakan permainan dan akan mengemukakan laporan kepada Jawatankuasa Kejohanan untuk membuat keputusan.

10.

BILANGAN PEMAIN MINIMA 10.1 Sesebuah pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain yang berdaftar berada di atas padang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 jaringan gol. Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan sekurang-kurangnya 7 orang pemain di dalam padang selepas 5 minit apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang dijadualkan maka pihak penganjur boleh membatalkan penyertaan kedua-dua pasukan dan wang pendaftaran tidak akan dikembalikan.

10.2

11.

PAKAIAN PEMAIN 11.1 11.2 Kesemua pemain dalam pasukan mestilah berpakaian pakaian bolasepak yang lengkap mengikut undang-undang FIFA. Jersey hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing

12.

PEMAIN GANTIAN 12.1 12.2 Hanya 2 kali penggantian dibenarkan dalam satu-satu perlawanan. Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.

13.

PENGADIL Pengadil yang bertauliah dan berpengalaman akan disediakan oleh Urusetia Kejohanan untuk mengadili setiap perlawanan, manakala penjaga garisan adalah disediakan oleh setiap pasukan yang bermain pada masa tersebut termasuk perlawanan akhir.

14.

PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN 14.1 Sekiranya pengadil atau penyelaras perlawanan berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat dimainkan, atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan maka Jawatankuasa Kejohanan akan menentukan bilakah perlawanan yang tertunda atau terhenti itu diadakan. Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa Kejohanan untuk membuat keputusan. Sekiranya Jawatankuasa Kejohanan membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah diatas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan 3 mata dan 3 jaringan semasa perlawanan dihentikan, jika ianya lebih.

14.2

15.

TINDAKAN TATATERTIB 15.1 Tindakan tatatertib secara otomatik akan dilaksanakan ke atas pemain-pemain seperti beikut :15.1.1 15.1.2 15.1.3 Seseorang pemain yang telah dikenakan sebanyak 2 kad kuning oleh pengadil didalam satu-satu perlawanan, pemain tersebut akan digantung satu perlawanan. Seseorang pemain yang telah dikenakan kad merah oleh pengadil, pemain tersebut secara otomatik akan digantung 2 perlawanan berikutnya Pihak penganjur akan membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang memulakan pergaduhan atau mengeluarkan terus kedua-dua pasukan yang terlibat ini dari menyertai sebarang perlawanan seterusnya dalam pertandingan ini dan yuran pertandingan tidak akan dikembalikan

15.2 15.3 16. 16.1 16.2

Jawatankuasa Kejohanan (Teknikal) boleh mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemain atau pasukan selain daripada peruntukan yang dinyatakan jka perlu. Keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad dalam membuat keputusan sebarang pergaduhan. Semua bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan berkenaan serta diserahkan kepada pihak Jawtankuasa Penganjur Kejohanan dalam tempoh 15 minit selepas perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan wang bayaran sebanyak RM50.00(Ringgit Malaysia Lima Puluh sahaja) sebelum dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kejohanan. Bayaran tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan berkenaan diterima atau didapati tidak berasas. Ahli Juri Rayuan akan dilantik semasa Kejohanan. Keputusan Jawatankuasa Kejohanan adalah muktamad.

BANTAHAN

17.

FAIR PLAY Pasukan yang bertanding digalakkan untuk mengamalkan konsep Fair Play di dalam setiap perlawanan di sepanjang kejohanan ini.

18.

TENDANGAN PENALTI 18.1 Setiap perlawanan yang berkemungkinan seri pada perlawanan mereka akan diberikan tendangan penalti sebanyak 3 kali. Jika seri juga, 2 tendangan penalti akan diberikan lagi. Jika tendangan seri juga 1 tendangan penalti akan diberikan. Jika keputusan tidak berubah, lambungan duit syiling akan dilakukan oleh pengadil bagi menentukan pemenang. Pada perlawanan separuh akhir dan akhir yang berkeputusan dengan seri selepas masa tambahan suddendeath, tendangan penalti akan diberikan berdasarkan perenggan 18.1 Pihak pengadil berhak menentukan pasukan mana yang dulu akan mengambil tendangan penalti melalui undian. Pemain yang telah dikeluarkan sewaktu perlawanan berlangsung tidak akan dibenarkan mengambil tendangan penalti. Penjaga gol mana-mana pasukan boleh ditukarkan pada bila-bila masa sewaktu tendangan penalti dijalankan, dengan syarat pertukaran yang dilakukan adalah di antara pemain yang bermain sehingga tamat waktu permainan sebenar. Bagi penjaga gol simpanan boleh menggantikan penjaga gol yang cedera samada sewaktu perlawanan ataupun sewaktu sepakan penalti, dengan syarat pasukan yang berkenaan tidak melebihi kuota pertukaran yang ditetapkan.

18.2 18.3 18.4 18.5

19.

HADIAH Pertama Kedua Ketiga Keempat 1 piala pusingan, 1 piala iringan, medal dan wang tunai. 1 piala, medal dan wang tunai 1 piala, Medal dan wang tunai Medel dan wang tunai

20.

HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah KDCA KV dan keputusan adalah mukatamad.

21.

BORANG PENYERTAAN Semua borang penyertaan hendaklah dihantar terus kepada Ahli Jawatankasa yang dilantik beserta wang pendaftaran.

22.

PENYERTAAN Sebarang pertanyaan berhubung dengan pendaftaran pasukan , sila hubungi : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Marinus Johnny Marius Kilau Jude Micory Richard Conrod Kimbin Joseph Umis Julie Jidwin (S/usaha) Debbie Disimon Dorothy Ekol 013-380 8800 013-212 0924 019-683 3305 016-307 8835 016-380 8226 019-370 0521 019-381 7791 019-330 7290

MAJULAH SUKAN UNTUK KDCAKV & NEGARA

KDCA KLANG VALLEY

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH KDCA KLANG VALLEY TERTUTUP) 2004 KE 3
NAMA PASUKAN (dalam bahasa Kadazandusun)

NAMA JURULATIH

ALAMAT PASUKAN

NO. TELEFON

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

NAMA PEMAIN

NO K/PENGENALAN

PENGAKUAN
Saya sebagai Pengurus Pasukan dengan ini mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas pasukan saya semasa menyertai kejohanan ini.

PENGURUS (TANDATANGAN)

TARIKH