Anda di halaman 1dari 8

XENA ANAK DIRIKU (Satu Pengalaman Yang Amat Berharga) Oleh: Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan ABSTRAK

Kemahiran membaca dan menulis amat penting dikuasai oleh semua. Kepekaan pendidik amat penting dalam mengenal pasti masalah penguasaan kemahiran KIA2M yang dihadapi oleh murid-murid supaya dapat membantu mereka di peringkat awal persekolahan lagi. Seorang murid orang asli yang mengikuti program KIA2M telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran menyebut huruf-huruf vokal A, E, I, O dan U. Pengkaji telah memilih teknik meningkatkan imej kendiri melalui hubungan rapat antara guru dengan murid dan pembelajaran menggunakan computer untuk membantu murid ini. Penggunaan komputer dalam pembelajaran dapat menarik minat dan meningkatkan tumpuan murid tersebut terhadap pelajaran. Hasil daripada rawatan yang diberikan selama dua minggu, murid ini telah menunjukkan peningkatan konsep kendiri dan berjaya mengenal dan menyebut semua huruf vokal. Murid tersebut juga telah menunjukkan minat terhadap mambaca dan menulis. Hari itu adalah hari pertama aku dan rakanku Hj. Khairil Sulaiman menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Seri Sedohok yang jaraknya 122 km dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO). Bentuk bangunan dan persekitaran sekolah SK Seri Sedohok tidak jauh bezanya dengan sekolah-sekolah lain yang terdapat di negeri Johor. Kemudahan di sekolah tersebut serba lengkap. Jika tidak keterlaluan bolehlah di katakana daripada segi kemudahan infrastruktur ia lebih baik berbanding dengan setengah-setengah sekolah di kawasan kampung. Apa tidaknya, terdapat 20 buah komputer di makmal komputer dengan kemudahan internet yang boleh diakses. Bangunan batu yang indah tersergam sedia lengkap dengan kemudahan padang dan empat unit rumah guru. Muridnya hanya 46 orang dari tahun satu hingga tahun enam dengan bilangan guru seramai 6 orang. Apabila kami ke kelas tahun satu yang muridnya seramai sepuluh orang murid, kami difahamkan oleh guru besar sekolah tersebut dua orang sahaja murid yang telah lepas

ujian pelepasan satu KIA2M yang diadakan pada bulan April lepas. Kebanyakan murid di sini tidak berapa minat untuk belajar.. Ibubapanya pun tidak ambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka Bila musim menangkap ikan, mereka akan ke sungai untuk menangkap ikan. Terdapat juga murid yang membantu bapa mereka menangkap ular sawa di waktu malam untuk dijual sebagai sumber pendapatan keluarga. Aktivitiaktiviti ini menyebabkan mereka mengantuk dan tidak dapat hadir ke sekolah. Semasa Tuan Hj. Murad (Guru Besar) menerangkan masalah murid tahun satu itu, tibatiba seorang murid berteriak Cikguk.Xena menangis. Hafizi usik cikguk. Hafizi kenapa usik Xena. nanti cikgu gertak Guru Besar kepada murid yang bernama Hafizi. Aku meminta penjelasan daripada guru besar dan guru kelas kenapa keadaan ini berlaku. Murid ini memang lambat encik, huruf vokal pun masih tidak tahu. Tiga orang ni (yang dimaksudkan (Xena, Hafizi dan Kairol) memang tidak boleh belajar, lambat, tulispun terbalik dan mudah lupa. Hari ini ajar, esok pasti lupa, suka bermain aja. Jelas guru kelas. Berbagai persoalan timbul di benak fikiran, memikirkan penerangan yang baru diterima tadi. Hiba juga rasa hati, bagaimana agaknya, kalaunya ia berlaku kepada anak sendiri. Adakah kita sanggup mengeluarkan kata-kata seperti; malas belajar, bodoh, lembab, tak pandai atau kata-kata negatif yang lain? Ya Allah! Jauhkan diriku daripada apa yang aku takutkan. Murid-murid lain pula tidak suka berkawan dengan Xena kerana Xena tidak pandai. Menulis pun tidak pendai, apatah lagi mengeja dan mambaca.. baju pun comot kotor, kuning tak berbasuh.. kelengkapan alat tulis tidak sempurna.pensel pun pendekkuku rambut macam tak terurus. Kesimpulannya self-esteem murid ini terlalu rendah . akibat di ejek oleh rakan-rakan setiap hari. Guru sendiri kurang yakin dengan kebolehannya. Mulai hari itu aku telah berazam untuk memahami keadaan murid ini. Kasihan murid ini, kawan-kawan suka buli dan guru pula kurang memberikan perhatian secara khusus untuk dirinya dan dua lagi yang lain. Bukannya salah guru seratus peratus. Guru yang

mengajar tahun satu itu pukul lima pagi sudah bertolak dari Kampung Simpang Lima Separap, Batu Pahat, Johor yang jaraknya lebih kurang 250 kilometer pergi dan balik. Bayangkan jarak yang jauh sebegitu dengan menaiki motorsikal, berembun, berhujan dan berpanas sudah tentu sebahagian tenaga telah terbuang diperjalanan sahaja. Hanya tinggal semangat yang tinggi sahaja untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Langkah pertama yang aku lakukan ialah membuat dignosis untuk melihat tahap masalah pembelajaran yang murid ini hadapi. Persoalannya adakah masalah ini timbul kerana faktor pelajar itu sendiri atau ada faktor-faktor lain yang menyebabkan murid ini tidak boleh membaca dan menulis walaupun sudah berada dalam darjah satu selama tujuh bulan. Xena.... ini huruf apa? Xena hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ini warna apa Xena?..Putih cikgu.... jawap Xena dengan yakin. Yang mana besar yang nike yang ni?. Xena dapat membezakan. Xena cuba kumpulkan benda yang sama bentuk dan benda yang tidak sama bentuk. Xena dapat melakukan dengan tepat. Aku faham sekarang bahawa sebenarnya Xena bukan murid yang bodoh sepertimana yang dikatakan oleh guru dan rakan-rakannya yang lain. Walaupun sudah tujuh bulan masih tidak mengenal huruf vokal dengan lancer. Persoalannya di manakah silapnya? Daripada dignosis yang dilakukan aku cuba melihat kemahiran berfikir yang perlu dikuasai sebelum dia mengenal huruf abjad. Kemahiran mambanding beza ini amat penting sebagai pra syarat untuk membolehkan murid membanding bezakan antara huruf-huruf abjad itu. Ternyata kemahiran ini telahpun dikuasai dengan amat baik sekali. Sepanjang pemerhatian yang aku lakukan Xena tidak dapat menumpukan perhatian yang lama semasa guru mengajar. Guru sendiri kurang memberikan tumpuan secara individu kepada murid ini. Sedangkan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran memerlukan tumpuan dan perhatian secara individu. Pengurusan bilik darjah agak lemak. Anak ini sebenarnya tidak berdosa.mungkin kita yang silap.

Langkah Kedua yang aku lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan self-esteem murid ini. Pelbagai cara aku lakukan. Aku cuba damping Xena, menyentuhnya, puji dia apabila berani mencuba walaupun salah jawapan yang diberikan. Dalam waktu yang sama aku bersama Tuan Hj. Maurah (Guru Besar) telah pergi ke rumah Xena untuk melihat sendiri keadaan keluarga mereka. Perjalanan ke Kampung Sengka tempat Xena tinggal amat mencabar sekali. Kalau hujan jalannya lecak dan kalau panas debu tanah merah akan menjadi bedak asli. Baju putih akan bertukar warna merah. Jika hujan lebat berkemungkinan murid tidak ke sekolah kerana jalan tidak boleh dilalui. Pemandu van tidak mahu menghantar murid-murid kampung itu ke sekolah. Inilah yang menyebabkan salah satu sebab kenapa murid-murid kampung ini selalu tidak hadir ke sekolah. Kalau dilihat dari segi fizikal rumah keluarganya ternyata Xena bukan dari kalangan keluarga yang miskin. Datuknya bangsa Cina yang berkahwin dengan orang asli. Kebun kelapa sawitnya hampir lima puluh ekar. Bapa Xena dan ibunya tinggal bersama datuknya di rumah banglo yang memang besar. Biasanya anak darah kacukan pandai tapi berbeza pula halnya dengan Xena. Kemudahan asas di rumah keluarga ini cukupi. Ada api, air paip, televisyen dan ada ruang tamu yang luas. Rumah ini kalau berada di Kuala Lumpur kosnya mungkin mencecah setengah juta ringgit Antara masalah yang dihadapi ialah murid ini terpaksa bangun pukul 4.30 pagi untuk menaiki van yang akan menghantarnya ke sekolah dan akan sampai semula ke rumah pada pukul 4.00 petang. Van ini akan menghantar dan mengambil murid-murid lain ke sekolah menengah dahulu kemudian baru menghantar Xena dan rakan-rakannya ke sekolah Seri Sedohok. Biasanya van akan sampai ke sekolah pada jam 7.30 pagi. Muatan van ini macam sardin kerana ramai murid disumbat dalam satu van. Bayangkan bangun pada pukul 4.30 pagi dan sampai balik kerumah pada pukul 4.00 petang. Badan yang mana tidak letih. Bila sampai ke rumah, beg sekolah dicampak dan terus pergi bermain bersama kanak-kanak lain. Malam baru belajar tapi tiada orang yang boleh membimbing.

Aku sentiasa memberi peluang untuk Xena mencuba walaupun salah. Hadiah atau pujian diberikan bukan kerana jawapannya yang betul tetapi keberanian untuk mencuba tampil kehadapan atau cuba menjawab. Usaha aku ini akhirnya memberikan hasil apabila akhirnya Xena telah mula membina keyakinan diri. Xena akan mengangkat tangan untuk mencuba walaupun jawapannaya tidak pernah betul. Kasihan anak ini. Kami akan membawa buah tangan, setiap kali aku dan Hj. Khairil datang ke sekolah untuk mengajar. Aku akan meminta Xena untuk mengambil buah tangan yang kami bawa dan membahagikan kepada rakan-rakan yang lain. Ternyata ia memberi impak yang amat berkesan. Apa yang kami lihat setiap kali kami tiba di sekolah mereka akan berlari mendapatkan kami walaupun pada masa itu ada guru sedang mengajar dalam kelas. Xena telah mulai sedikit demi sedikit membina keyakinnya dirinya. Kami menyuapkan makanan ke dalam mulut murid. Macam ibu burung memberi makanan kepada anak-anaknya dalam sarang. Potong kuku mereka dan ajar mereka memberus gigi selepas waktu rehat. Wah seronoknya mereka bila kami lakukan sebegitu. Xena dan murid-murid lain telah mula menunjukkan minat untuk hadir ke sekolah. Tidak pernah dalam sejarah sekolah murid-murid tahun satu datang 100%. Hinggakan ada seorang guru berkata Encikbudak-budak ini tertunggu-tunggu kehadiran encik.. Saya kata kepada mereka, mana bapak angkat kau.., tu bapak angkat kau dah datang. dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan kepada kami berdua. Kami tidak kisah walau apa pun gelaran yang diberikan. Aku membina rapport dengan pelbagai cara. Beri tumpuan khusus kepadanya. Pada mulanya apabila aku menyentuh bahu Xena aku dapat rasakan dia kurang berasa selesa. Ototnya kejang dan dia cuba untuk mengelak daripada sentuhan. Tetapi keadaan ini berubah dan akhirnya ia amat mesra. Aku cuba mengadakan situasi di mana Xena diberi peluang untuk merasakan kejayaan apabila melakukan sesuatu . Dari hari ke sehari, Xena telah menunjukkan keyakinan diri yang bertambah tinggi. Telah berani untuk berbual-bual dengan aku dan berani menghampiri diriku sebagai cikgunya. Xena agak sukar untuk memberikan tumpuan ketika belajar. Mungkin kerana ia tidak

mengenal huruf, dan apatah lagi untuk membaca. Tambahan pula rakan sekelas pun tidak mahu berkawan dengannya. Tumpuan guru pula hanya kepada murid-murid yang boleh membaca. Ini menyebabkan Xena terus ketinggalan dalam pelajarannya. Aku cuba memikirkan cara untuk menarik minat Xena. Proses pengajaran dan pembelajaran mesti lebih menarik dan lebih berkesan. Aku telah menggunakan komputer sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Ternyata minat Xena terhadap pengajarannya bertambah. Xena dan rakan-rakannya yang lain amat gemar sekali bila diajar dengan menggunakan komputer. Sampai ke tahap mereka tidak mahu belajar jika tidak diberi peluang bermain dengan komputer pada hari itu. Mereka boleh bertahan di hadapan komputer sehingga loceng sekolah berbunyi pada jam 1.00 tengahari. Jika tidak disuruh berhenti mereka akan terus khusyuk dengan aktiviti yang menggunakan komputer. Maklumat awal yang aku terima daripada guru-guru tentang alasan mengapa muridmurid ini tidak pernah diajar menggunakan komputer. Jelas salah seorang guru di sekolah tersebut, Mereka tak pandai encik Rumah mereka bukan ada komputer Nak pegang tetikus pun tak pandai dan takut Nanti kalau tekan sana tekan sini, setting komputer akan lari dan boleh rosak pulak. Lagipun bila nak guna komputer kenalah hidupkan generator..minyak pula terhad..sebab itu kami tak guna komputer untuk murid-murid itu. Aku hanya membenarkan sahaja apa yang diperkatakan. Tetapi dalam hati kecil aku rasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh guru-guru muda ini. Kerajaan bersungguh-sungguh menyediakan segala kemudahan asas tetapi ia tidak dimenafaatkan secara maksimum. Walau bagaimanapun, terima kasih tidak terhingga pada bila-bila masa yang diperlukan. Aku telah menggunakan beberapa jenis perisian komputer yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah untuk mengajar murid-murid mengenal huruf-huruf abjad. Perisian yang dipilih dapat membantu murid-murid membina bentuk-bentuk tertentu. Sebenarnya komputer itu hanyalah sebagai alat untuk mencapai matlamat. Nampaknya dengan menggunakan perisian khas komputer tadi ternyata lebih cepat tercapai matlamat yang diharapkan. Xena telah belajar sendiri mengenal huruf-

huruf abjad dengan menggunakan perisian komputer tadi. Xena amat berminat sekali. Tugas aku mengajar semakin mudah. Peranan aku hanya sebagai fasilitator sahaja. Xena semakin bersemangat untuk hadir kesekolah. Self esteemnya semakin terbina Terdapat beberapa jenis perisian komputer yang telah aku gunakan bagi membantu Xena menguasai huruf-huruf abjad ini. Di antaranya ialah: i. Permainan Abjad ii. Buku Bacalah Sayang iii. Education Kids yang diperolehi daripada Yahoo Game. Murid-murid KIA2M bersama ibu mereka telah kami bawa bermalam di IPTHO. Di IPTHO mereka telah diajar secara individu oleh guru-guru 14 Minggu Kaunseling selama 4 hari tiga malam telah dijadikan bapa angkat. Selain daripada itu, terdapat program out-door yang di atur khusus untuk mereka seperti: i. Bermain di Taman Mainan di Tasek Y Batu Pahat. ii. Berkunjung ke Pusat Membeli belah di BP MALL Batu Pahat. iii. Mandi di Wet World di Bukit Pasir Batu Pahat. Kesan daripada semua aktiviti tadi aku dapati mereka amat seronok dan lupa untuk balik kampung. Sedangkan pada mulanya pihak sekolah amat berat untuk membenarkan murid-murid ini di bawa ke IPTHO kononnya mereka takut murid-murid ini akan rasa tidak selesa dan minta dihantar pulang atau akan menangis bila berjauhan dengan keluarga. Daripada pemerhatian yang aku perhatikan kesemua aktivit yang dijalankan tadi telah dapat meningkatkan keyakinan Xena dan rakan-rakannya yang lain. Satu kejayaan yang paling besar yang aku boleh banggakan ialah Xena telah mengenali semua huruf vokal dan semua huruf abjad yang diajar. Hari terakhir persekolahan, aku telah meminta kebenaran khas dari Pengarah IPTHO untuk pergi ke sekolah tersebut walaupun sebenarnya aku terpaksa berada di Port Dickson kerana mengendalikan kursus Team Building. Alangkah terharunya hati ini apabila hari itu Xenalah satu-satunya murid tahun satu yang hadir ke sekolah yang

dihantar oleh ibunya dengan menaiki motosikal. Sedangkan rakannya yang lain tidak hadir. Ia berlari mendapatkan dirikusambil berkata Cikgu.lama tak datang. Guru lain mengatakan encik.mereka tertunggu-tunggu encik Bapak angkat kau dah tak datang lagi Tanpa aku sedari hatiku menjadi sebak dan kelopak mataku berair, aku mengusap kepalanya dan memeluknya. Daripada cahaya matanya ternyata alangkah kecewanya jika Bapa angkat tidak datang pada hari itu. Xena ini duit raya dari cikgu untuk Xena. Ternyata kehadiran ku menjadi satu penantian yang bererti buat Xena.