Anda di halaman 1dari 16

Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan: 1.

Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri. 2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anakanak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya. 3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah. Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anakanak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar. 4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa. 5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan. Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru. Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas. Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya. 6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tibatiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia.

7. Masukkan dia ke program motivasi. Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi merangsang anak belajar. Pengalaman saya 16 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar. Ada ketikanya mereka mahu belajar, tetapi tidak tahu cara, di mana mahu bermula, terlalu banyak perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk.

Autisma SATU Anugerah


"JANGAN jadikan anak2 istimewa ini sebagai SATU MASALAH, Tapi anggaplah mereka sbg SATU ANUGERAH. Sebab bila kita anggapnya sbg masalah, pasti kita tidak akan dapat mengatasinya.... Dan jgn berharap mereka akan mengerti dan menjadi seperti anak2 normal yg lain...."

Ciri-ciri ANAK autisma


DEFINISI keadaan yang meyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. CIRI-CIRI 1. menghadapi masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi serta berkaitan IQ 2. mempunyai IQ tinggi ini biasanya cukup bijak di sekolah terutama dalam bidang yang membabitkan kekuatan hafalan tetapi apabila menyentuh aspek bahasa, mereka agak lemah 3. tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya tetapi mereka mempunyai kemahiran yang begitu baik dalam bidang muzik, lukisan dan matematik. 4. pertuturan yang tidak mempunyai makna untuk difahami oleh orang lain. 5. sering meniru perkataan-perkataan yang disebut oleh orang lain dengan hanya menyebut perkataan di hujung ayat sahaja (echolalia) 6. tidak dapat memahami apa yang disebut oleh orang lain dan ada ketikanya mereka mungkin dapat bercakap tetapi tidak menggunakan yang sepatutnya untuk berkomunikasi 7. mereka mungkin tidak boleh bertutur langsung, boleh bertutur atau boleh bertutur dengan bahasa yang hanya difahami mereka sendiri. 8. suka melakukan sesuatu perkara secara berulang kali, gemarkan kepada ketepatan dan persamaan dalam semua hal termasuklah mengulang-ulang sesuatu pertanyaan atau perkataan. 9. tidak berkebolehan untuk bertentang mata dengan orang lain atau sering memandang sipi, tidak dapat melahirkan perasaan menerusi senyuman, masam atau mengerutkan muka. 10. lebih suka bersendirian atau berada dalam dunia mereka sendiri serta tidak tahu mengawal perasaan dan ada ketikanya menjadi agresif atau terlalu aktif.

Keadah mendidik anak autisma 1

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri. Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti. Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah 1. Tidak menghiraukan orang lain 2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain 3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap 4. Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) 5. Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran 6. Lebih suka bermain sendiri 7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi 8. Lambat bercakap 9. Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang 10. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik 11. Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

12. Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) 13. Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya 14. Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa 15. Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan 16. Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek 17. Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan 18. Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang 19. Tidak boleh duduk diam 20. Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) 21. Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri 22. Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

Cara mendidik anak autisma

"Atas kesedaran berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak mengetahui tentang autisma dan kesukaran mendidik anak autisma maka dipaparkan di sini cara mendidik anak autisma yang perlu diketahui oleh setiap ibubapa yang mempunyai anak autisma. Walaupun fokus utama artikel ini berkaitan dengan peranan guru mendidik anak2 autisma, ibubapa juga perlu memainkan peranan yang sama di rumah. Sumber diperolehi daripada ....tidak dikenalpasti. Maklumat yang diperolehi amat dihargai. Semoga ianya dapat dijadikan pedoman dalam memberikan didikan terbaik kepada anak2 autisma masing-masing. "

Anak2 autisma adalah ANUGERAH Allah yang perlu dihargai. Suatu AMANAH yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Hanya manusia yang terpilih sahaja dikurniakan dengan anak2 autisma.
AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh

belajar dengan baik dan berdikari. Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan pelik, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu. Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini. Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri. Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti. Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.

Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:


# Tidak menghiraukan orang lain # Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain # Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap # Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) # Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran # Lebih suka bermain sendiri # Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi # Lambat bercakap # Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang # Tidak boleh berkomunikasi dengan baik # Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot # Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) # Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

# Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa # Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan # Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek # Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan # Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang # Tidak boleh duduk diam # Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) # Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri # Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanakkanak autisme iaitu: # Kurang tumpuan kepada persekitaran # Sering ada dalam dunia sendiri # Kadangkala pertuturan tidak jelas # Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran Apabila kanak-kanak mula menunjukkan perangai, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan. Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi, katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:


# Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya # Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau buat perangai)

# Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas) # Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian) # Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek # Cuba mengambil balik kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa) # Stimming perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

Apa yang boleh dilakukan guru?


Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu: # Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah. # Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. # Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. # Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya. # Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa. Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika

tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik negatif. # Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang. # Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme, katanya.

Memahami anak-anak autistik


ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjamjam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar dikawal. Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang ketara atas tingkah laku anaknya.

Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik. Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka berharap anak dapat membalas jasa mereka. Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik. Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan

amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk membantu anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain. Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama. Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama. Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak. Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan kesamaan.

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku. Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain. Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran mereka. Menurut APA lagi, kebanyakan tanda anak autistik dapat dikesan sebelum usia mereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada anak autistik mempunyai IQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yang serius. Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70 manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70. Ujian IQ amat berguna untuk menentukan pronogsis anak autistik. Semakin tingginya skor IQ, semakin kurang sokongan keluarga yang diperlukan. Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalah menguasai kebolehan berkomunikasi. Anak sedemikian memerlukan sokongan sosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa. Untuk kebanyakan kes, keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQ merupakan petunjuk ramalan yang boleh dipercayai untuk masa depan anak autistik. Punca berlakunya kecelaruan autistik boleh ditinjau daripada perspektif psikologikal, sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yang masih memerlukan banyak penerokaan. Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa. Pada peringkat permulaan, Kanner (1943) mengatakan autisme berpunca daripada faktor biologikal. Dingin Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya. Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi. Bettelheim percaya bahawa tingkah laku anak autistik sama seperti askar Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar ini

menunjukkan ciri-ciri autistik seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan juga kelihatan murung. Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian. Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik. Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain yang normal. Tahun kebelakangan ini, dimensi biologikal pula lebih diberi keutamaan oleh para penyelidik dan pusat kesihatan profesional. Beberapa faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan autistik termasuk German measles, hypsarrhythmia, cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa autisme disebabkan faktor genetik. Risiko Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung selepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anak yang menghidap kecelaruan tersebut lagi. Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistik yang berikutnya. Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anak kembar "Twin Studies". Kajian ini menunjukkan bahawa anak autistik daripada kembar monozigotik memperlihatkan peratusan autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus manakala peratusan autisme untuk anak kembar dyzygotic adalah - 0 (Folstein & Rosen, 2001). Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecelaruan autistik boleh diwarisi. Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terlibat dalam kecelaruan autistik mungkin terletak pada kromosom 2,7,15 dan x. Bukti sedemikian turut diperoleh oleh Wassink et al (2001) yang mengatakan bahawa gen WNT2 terletak pada kromosom 7 yang mana gen inilah yang memainkan peranan utama dalam menyebabkan kecelaruan autistik. Untuk kebanyakan anak autistik, mereka menghadapi aras serotonin dan dopamine yang tinggi. Tsai dan Ghasinddin pada 1992 pula mengatakan 30 hingga 75 peratus daripada golongan autistik memperlihatkan struktur neurologikal yang luar biasa. Manakala penyelidik yang menggunakan teknologi CT dan MRT mendapati bahawa wujudnya keadaan yang luar biasa untuk bahagian serebelum iaitu saiz yang

lebih kecil berbanding orang normal. Walaupun keluarbiasaan otak ini bukan dijumpai di setiap kajian, ini merupakan dapatan yang lebih boleh dipercayai. Menurut kajian, jantina merupakan satu faktor bahaya yang signifikan. Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki berbanding perempuan, satu sahaja. Kajian autistik merupakan suatu bidang yang baru dan masih memerlukan suatu kombinasi teori yang lebih lengkap. Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka tidak seharusnya berputus asa. Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan. Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan. Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan. Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran. Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya. Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik. Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik. Apabila dewasa, anak autistik harus digalakkan mengambil bahagian dalam intervensi yang melibatkan komuniti. Ibu bapa anak autistik harus menerima sokongan moral daripada ahli-ahli keluarga dan masyarakat kerana mereka menghadapi tekanan yang tinggi.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa. Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja. Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)

Cara mendidik anak autisma hiperaktif.


Faqihah termasuk dalam kategori ini, cabaran amat besar kepada kami sekeluarga dalam mendidik Faqihah. Pelbagai dugaan mendatang... Alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan kepada diriku, isteriku dan semua ahli keluargaku menghadapi dugaan tersebut. Kini, Faqihah dah seperti kanak-kanak normal yang lain. Segalanya tidak berlaku secara semulajadi tapi usaha perlu dilakukan dari segi terapi dan rawatan yang perlu dilakukan ke atas Faqihah. Pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit amat diperlukan. Jangan lupa, berdoa kepada yang Esa.

Memahami sifat hiperaktif anak penting bagi membantu ibu bapa mengendalikannya dengan baik. Anak hiperaktif sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat yang diterima. Ibu bapa yang memiliki anak hiperaktif tidak seharusnya kecewa atau menyesali tentangnya, sebaliknya bersyukur dan menganggapnya suatu anugerah dan ujian daripada Allah s.w.t.. Anak hiperaktif sangat aktif dari segi fizikal dan mental berbanding kanak-kanak lain. Ingatan mereka kuat tetapi kelemahan mereka adalah cepat bosan dan kurang memberi fokus kepada sesuatu perkara yang mana akan menjejaskan ingatan jangka panjang mereka.

Selain mereka lebih pintar dan lebih kreatif berbanding rakan-rakan seusianya, mereka bersifat berani. Inilah yang sering menjadi kebimbangan ibu bapa kerana anak hiperaktif jarang mempertimbangkan akibat daripada tindakan yang dilakukannya samada merbahayakan dirinya atau orang lain. Oleh itu, kanak-kanak hiperaktif memerlukan pengawasan rapi serta perhatian yang lebih daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama mereka untuk melayani kerenah yang kadang-kadang diluar jangkaan dan memalukan. Perkataan yang diungkapkan oleh anak hiperaktif ditambah dengan sifat umum kanak-kanak yang suka berterus terang boleh memalukan rakanrakan kita di dalam sesetengah keadaan. Walaupun jika difikirkan, memang apa yang diperkatakan mereka ada kebenarannya tetapi kebiasaannya tidak berlapik. Contohnya dengan kata-kata eh.. orang tu tak tutup aurat! di hadapan seorang wanita muslim, telah menjadikan kita berasa segan walaupun ianya benar. Kanak-kanak hiperaktif suka berkomunikasi dan bermain. pelbagai bagi mengatasi sifat pelbagai aktiviti Tips berkawan. Mereka cepat bosan sekiranya tiada kawan untuk Ibu bapa hendaklah menyediakan dan merancang aktiviti yang cepat bosan mereka. Oleh itu ibu bapa perlu kreatif merancang menarik dan selamat untuk mereka. anak hiperaktif:

menangani

1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikuti kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif. 2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk. 3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!) 4. Bersabar dan tidak bertindak memukul dan memalukan mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (.kena banyak sabaaar). 5. Tukar perkataan jangan kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit Jangan lari!!!, cuba tukarkan kepada perkataan Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh. Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi tak pe, jangan jemu memberi teguran!! 6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti kenapa la kamu ni nakal sangat, bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka. (cepat-cepat ambil wuduk kalau naik marah..) 7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya. 8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan). 9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya

lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan give up walaupun terpaksa bercakap perkara yang sama kepada mereka 10. Dapatkan nasihat dan rawatan pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan. Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mulai mencecah 12 tahun. Berdoa tanpa jemu dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah s.w.t.wallahu alam..

Cara tarik minat anak2 autisma mempelajari perkara baru

Selalunya kanak-kanak akan merasa tertekan bila dia dipaksa mempelajari sesuatu perkara yang dia tidak suka atau minta apatah lagi jika kita menggunakan kekerasan terhadap dirinya sudah pasti setiap ilmu yang dipelajarinya akan ingat, ingat lupa..atau paling tidak pun ilmu itu akan lepas begitu sahaja. Bagi kebanyakan ibu bapa apabila melihat anak-anak itu belajar dengan tanpa disuruh atau dipaksa, sudah pasti akan membuatkan setiap hati ibubapa senang melihatnya. Bagi menjadikan hal-hal tersebut menjadi kenyataan tindakan berikut perlu dilakukan oleh ibubapa: 1. Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak. 2. Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya. 3. Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk mengetahui sebab, mengapa, dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu. 4. Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi. 5. Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda. 6. Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar. 7. Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. 8. Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai