Anda di halaman 1dari 4

Rujukan Kami : SMKUSJ13/07/01/001Jld.

2(

)
Tarikh

: 02 Januari 2013
19 Safar 1434H

Semua Ahli,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13.

Melalui,
Pengetua
SMK USJ 13,
Jalan USJ 13/1,
47630 UEP Subang Jaya,
Selangor.

Dato / Datin / Tuan / Puan,

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 SMK USJ 13

Dengan segala hormatnya dipersilakan Dato / Datin / Tuan / Puan untuk hadir ke majlis tersebut
pada :
Tarikh

: 02 Februari 2013

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.30 pagi

Tempat

: Dewan Budiman SMK USJ 13

2.

Bersama-sama ini disertakan agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-13 serta keratan

jawapan kehadiran dan keratan usul untuk tindakan tuan. Sehubungan dengan itu, Dato / Datin

/Tuan / Puan diminta untuk memberi jawapan sebelum atau pada 8 Januari 2013.

3.

Diharap Dato / Datin / Tuan/ Puan dapat hadir dan memberi kerjasama bagi menjayakan

mesyuarat tersebut serta membincangkan usul-usul yang telah dicadangkan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

.................
HJ. MOHD NOOR BIN ABU BAKAR
Yang Dipertua PIBG

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13

8.30 pg

-Ketibaan Ibu bapa / penjaga serta pendaftaran


-Ketibaan tetamu kehormat
-Sarapan Pagi (Tajaan PIBG SMK USJ 13)

9.00 pg

-Bacaan Doa
-Ucapan Alu-aluan oleh Pengetua SMK USJ 13, Pn. Hjh. Siti Salmiah Bt Yaakob
-Mesyuarat dimulakan

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-13 SMK USJ 13

1. Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2012/2013


2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2012/2013
5. Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan Beraudit Berakhir 31 Disember 2012
6. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2012/2013
7. Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
8. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG Sesi 2012/2013
9. Perbincangan Tentang Cadangan / Usul Ibu Bapa / Penjaga
10. Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG Sesi 2012/2013

SILA POTONG DI SINI.

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 13,
Jalan USJ 13/1,
47630 UEP Suabng Jaya,
Selangor.

Tuan,
Adalah saya . ibu / bapa / penjaga* murid yang
bernama .. dari tingkatan akan hadir / tidak hadir *
pada Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-13 nanti. Saya akan hadir seorang / bersama isteri / suami * pada
mesyuarat tersebut.

Usul-usul yang saya cadangkan adalah seperti berikut :

..............................................................................................................................................

..............................................................................................................................................

..............................................................................................................................................

Yang benar,

..

*Potong yang tidak berkenaan.