Anda di halaman 1dari 7

SK SG KECHIL ILIR 14390 BANDAR BAHARU

KERTAS KONSEP ENGLISH DAY


MBI PROGRAM

2012

1.

RASIONAL

Pelaksanaan program English Day ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu dalam peningkatan pengguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid di sekolah ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program ini mampu menyediakan dan memberi ruang(exposure) yang menggalakkan dan kondusif kepada semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kegiatan harian mereka.

Pengwajiban penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan bagi satu hari seminggu mampu melatih murid untuk menjadi lebih berani dan tidak malu untuk bertutur kerana semua warga sekolah perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang hari. Adalah diharapkan agar program ini akan dapat membantu murid-murid menjadi lebih berkeyakinan dan seterusnya dapat melahirkan murid yang berkebolehan.

Justeru itu, pemilihan program ini sebagai salah satu daripada program di dalam programprogram Meningkatkan Bahasa Inggeris (MBI) yang dicetuskan oleh Kementerian Pendidikan adalah bertepatan dalam memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah diharapkan agar program ini mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua warga sekolah bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.

2.

OBJEKTIF PROGRAM
Untuk menggalakkan murid dan semua warga sekolah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.

Untuk melahirkan murid yang lebih berkeyakinan dan tidak merasa rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris.

Untuk meningkatkan dan memupuk minat dan pengguasaan murid dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi murid-murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris.

Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menguasai Bahasa Inggeris demi masa depan mereka. Bagi melahirkan murid yang mampu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kehidupan harian mereka.

3.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM ENGLISH DAY SK SG KECHIL ILIR BANDAR BAHARU, KEDAH

PENASIHAT : GURU BESAR SKSKI

PENGERUSI : EN ABDUL WAHID BIN AYOB PENGERUSI PANITIA BAHASA INGGERIS

SETIAUSAHA : EN MOHD AZNIZAM BIN ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA: PN SALMAH BT HAMID PN JAMSIAH BT JAAFAR MISS TAN TZE YUEN MR. CHANDRA SEMUA GURU SKSKI

4.

KAEDAH PELAKSANAAN

Program ini dijalankan setiap hari Isnin pada setiap minggu. Semua warga sekolah digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua kegiatan mereka di sepanjang hari. Sebarang aktiviti di sekolah seperti pengumumam dan ucapan selamat hendaklah dibuat menggunakan Bahasa Inggeris bagi menggalakkan dan memberi contoh yang baik kepada semua murid. Pihak sekolah perlu memastikan suasana yang menggalakkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid untuk cuba menggunakan Bahasa Inggeris.

Kerjasama daripada semua guru dalam memberi galakan kepada murid-murid adalah memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan semua murid memberi kerjasama dan perhatian yang sewajarnya terhadap kelancaran dan keiayaan perjalanan program ini. Pihak guru boleh memulakan aktiviti ataupun usaha seperti menegur murid dengan bertanya khabar ataupun mengucapkan selamat.

Murid-murid perlu dididik dan digalakkan untuk terus menggunakan Bahasa Inggeris walaupun membuat kesilapan ataupun menggunakan broken English. Sebarang bentuk hukuman ataupun denda hendaklah dielakkan bagi memupuk minat dan kecintaan murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perbualan harian.

5.

PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu murid-murid untuk lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris sesama rakan ataupun dengan warga sekolah yang lain. Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada dari peringkat pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat kritikal dan membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan semaksimun yang mungkin dalam mencapai hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0 KAEDAH PEMANTAUAN