Anda di halaman 1dari 9

EMAK

Ibu Bapa Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak


MELAKA 4 Mei - Sepasang suami isteri hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendera anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun pada hujung bulan lalu. How Guan Teng, 39, yang bekerja sebagai mekanik dan Ang Moi Lay, 35, seorang suri rumah membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zaharah Hussain selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa.

Ibu dan bapa kepada empat orang anak itu dituduh mendera anak lelaki mereka, How Han Ting di rumah mereka di MC 409, Taman Mawar Jaya, Machap Umboo di sini pada pukul 12.30 tengah malam, 25 April lalu.
Dakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau keduaduanya

Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh dengan alasan mereka berdua merupakan ibu dan bapa kandung mangsa. Namun, kata Ifa Sirrhu, jika mahkamah cenderung untuk memberikan jaminan, pihak pendakwaan mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Zaharah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan syarat mereka tidak menganggu saksi-saksi dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan. Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 3 Jun ini sementara menunggu kedua-dua tertuduh melantik peguam bela

Akhbar melaporkan budak lelaki ini mengalami kecederaan di belakang badan dipercayai akibat didera oleh ibu bapanya yang dikatakan tidak tahan kerana mangsa terlalu nakal dan sukar dikawal. Kanak-kanak itu ditemui seorang lelaki kira-kira pukul 8.30 malam, 26 April lalu selepas melihat dia berkeliaran seorang diri di pasar malam Machap Umboo. Dia ditemui dalam keadaan ketakutan, selain belakangnya berbirat. Mangsa mengadu dipukul ibu bapanya dengan rotan dan getah paip.

KKE Yang Perlu Ada Dalam Diri Seorang Ibu


Sifat sabar yang tinggi

Bertanggungjawab

Tingkatkan kawalan kendiri

Berfikiran terbuka

Bijak mengawal kemarahan

Seseorang ibu mestilah sabar untuk menghadapi kerenah anak-anak terutama anak-anak yang masih belum merngerti erti kehidupan dan masih kecil.Jadi ibu perlu tenang Sifat sabar yang menghadapi semua masalah yang wujud pada diri anak-anak tinggi

Bersifat positif dan tenang apabila berhadapan dengan anakanak yang nakal.Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran.Ibu juga perlulah berfikiran waras dan mampu untuk Tingkatkan menguruskan emosi ketika menghadapi situasi tertentu kawalan kendiri

Berfikiran terbuka

Mencari idea yang positif untuk menangani masalah ini bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini

Bijak mengawal kemrahan

Seorang ibu perlu belajar cara untuk menenangkan diri dalam situasi sebigini serta memahami apa yang akan berlaku sekiranya kemarahan itu dilepaskan terhadap anak-anak.Dalam situasi ini (berita) ibu juga perlu pupuk sifat sabar dalam diri si bapa malah bukan menyokong tindakan yang dilakukan

Ibu juga perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan cara yang betul.Ibu perlu memberi pengajaran yang bersesuaian terhadap anak yang nakal,bukan dengan mengambil tindakan mendera bertanggungjawab anak.Cuba cari inisiatif yang lebih wajar untuk mendidik anak-anak

SEMOGA MENJADI IBU MITHALI SUATU HARI NANTI..