Anda di halaman 1dari 1

EDC2102 : Falsafah dan Etika Guru Nama : Maizaitul Amiza binti Mohamad Tutorial : Mengapa Bahasa Melayu telah

dipilih sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah Cina dan Tamil

1. Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa Melayu diperingkat negara dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi sematamata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu tersebut untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara berdasarkan beberapa bukti yang diperolehi hasil daripada kajian yang dibuat.Menurut Hasmah Hj. Omar: 1985, peranan bahasa Melayu atau disebut sebagai bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan perlu dipandang lebih serius. 2. Bahasa Pengantar Ilmu Pengetahuan Bahasa Ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan ianya memainkan peranan sebagai bahasa pengantar kepada ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan Negara bangsa yang maju dan berdaulat.

Anda mungkin juga menyukai